Assalamualaikum,

Salam dari USA buat semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my!!

Seperti yang anda tahu, kami sekarang sudah pun selamat mendarat di Los Angeles, California sebentar tadi untuk bercuti di sini selama 10 hari. Percutian kami ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia Sdn Bhd.

Alhamdulillah.


Macam mana kami boleh berjaya mendapat peluang ke sini?

Anda boleh baca entry kami sebelum ini di sini yer :-


Ok, sekarang ni ada masa lapang sikit dalam bilik hotel sebelum pergi breakfast.

Dapat FREE WIFI dalam bilik pulak tu. So tak sabar nak share gambar-gambar kami sepanjang perjalanan ini dengan semua pembaca blog kami..

Enjoice!!

Apa yang kami kongsikan dalam entri kali ini adalah perjalanan kami pada hari pertama.


Buku panduan rujukan kami di sana. Segala atur cara program perjalanan percutian kami tertulis di dalam buku ini.



Sedang dalam perjalanan dari Taman Keramat ke KLIA. Thanks Abang Turie iaitu Abang Maria, sebab sudi tolong hantar kami ke airport.

Semua document perjalanan dah siap dalam satu folder. Anda tahulah kan, nak ke US bukan senang. Macam macam dokumen 'WAJIB'


Make sure semua bag dikunci dan sealed dengan baik. Kami wrap beg kami dengan plastic bagi atas tiga sebab. Yang pertama tak nak bagi orang buka beg. Walaupun dah berkunci. Yang kedua tak nak bagi beg bercalar. Sebab beg ni mudah calar. Yang ketiga sebab nak bezakan dengan beg orang lain. Bayangkan ada 100 beg yang sama. So, we need to be different.


Untuk pengetahuan anda, adik kepada Firdaus iaitu Dzuha dan wife Ainul juga qualify 2 tiket ke USA. Jadi kami 5 sekeluarga termasuk mak Firdaus dapat bercuti bersama-sama. Alhamdulillah.

Kiranya, ini family trip la. Cumanya, si kecik tu tak ikut yer. Sebab bawah 4 tahun tak boleh ikut.


Deretan bag-bag semua ahli group kami.


Apa apa pun, kita selfie dulu. Ini gambar di KLIA.



Ini baju rasmi Empayar Maria Firdaus. Baju ni murah saja. RM30. Bagi orang lain, mungkin tertanya Tanya kenapa pakai baju 'murah' nak ke US.

Bagi saya simple, saya membawa imej saya ke sana. Saya membawa EMPAYAR MARIA FIRDAUS ke US. Saya mahu, mereka yang berada di bawah saya turut merasakan mereka berada bersama saya di US apabila mereka melihat baju ini di sana.

Tak kisahlah, walau apa orang kata. Saya tetap mengatakan. "Baju Ini Cantik".

"I AM MASTER. MILLIOANAIRE IN SHAKLEE"


Kami berada di dalam train di KLIA. Dari bangunan utama ke terminal perlepasan. Insya Allah, kami akan menaiki China Airlines.
Untuk pengetahuan anda, mak saya berkerusi roda. Actually, dia boleh jalan. Tapi untuk long distance lutut dia sakit. Sebab dah pakai besi di kedua dua lutut. So, kami dua beradik akan bergilir gilir mengambil peluang menjana pahala untuk membahagiakan mak sepanjang perjalanan ini.


Kami lunch dulu di KLIA. Ini namanya NASI AYAM RM30 sebungkus. 'Mengkelan' nak makan.

 

Saya menolak mak ke kapal terbang. Kerusi roda ini disimpan oleh pihak China Airlines dan kami hanya membuat tuntutan di Los Angeles nanti.


Kami berada di dalam kapal terbang. Bilangan seat untuk satu barisan adalah 2-4-2. Kami duduk di sebelah tepi.


Hujan renyai renyai mengiringi pemergian kami ke United States.


Suasana di dalam kapal terbang.


Keseluruhannya, ada lebih kurang 100 wakil Shaklee dalam kapal terbang ini. In total ada 300 orang. Tapi kami dibahagikan kepada 3 kapal terbang. Ada yang naik Singapore Airlines, Cathay Airlines dan China Airlines


Dalam kapal terbang, sebelum dan selepas makan.Suplemen Shaklee tidak boleh dilupakan. Sangat sangat penting untuk kami mengekalkan kecergasan dan memberi tenaga tambahan sepanjang perjalanan kami selama 25 jam ini.


Makan tengah hari kami di atas kapal terbang. Maria ambil ayam dan kentang, saya pula ambil daging dan nasi.


Jam 7.30 malam kami sampai di Taipie,  Taiwan untuk transit. Kami akan bertukar kapal terbang yang lebih besar untuk ke Los Angeles.

Di Taipie, kami terpaksa tunggu hamper 4 jam sebelum menyambung perjalanan kami yang seterusnya.


Memandangkan kami membawa mak yang berkerusi roda. So, kami adalah penumpang yang terakhir keluar dari kapal terbang.


Turun saja dari kapal terbang, mak terus diberikan kerusi roda. Ditolak terus oleh staf di situ sehingga ke Gate D5, tempat kami akan berlepas yang seterusnya.


Pihak organizer sedang memberi penerangan ringkas kepada kami mengenai apa yang akan berlaku setibanya kami di USA nanti.


Memandangkan kami ada tempoh masa 4 jam di Taipie, apa lagi. Masa untuk bergambar. Lagi pun kami berdua memang suka bergambar.


Kami berada di dalam keretapi untuk membawa kami transit ke terminal lagi satu.


Saya dan Maria di dalam tren.


Apa lagi, Maria ambil peluang untuk cuci mata. Di sini bukan untuk membeli, tapi untuk tengok design terbaru dan juga harga terkini supaya boleh buat perbandingan sebelum shopping sakan di US nanti.


Kami mengambil peluang untuk bersolat Maghrib dan Isyak secara jamak di Taipie.  


Maria bergambar bersama mak bila jumpa patung robot ni.


Lagi gambar sekitar airport di Taipie.


Dalam salah satu kedai tu, kami terjumpa satu mainan kanak kanak yang kecil tersusun macam ni. Yang kami rasa pelik, mainan ni kecil tapi mahal. Dan dia boleh bergerak sendiri serta tidak berlanggar dengan yang lain. Bila tengok, nampak macam unik. Kecil, comel dan kiut miut.


Maria bergambar dengan mainan kecil ini. Anda boleh nampak tak harga satu mainan kecil tu? Tapi, itu harga dalam Taipie la... Bukan USD.


Maria dan mak di salah satu kedai dekat airport.


Terjumpa cermin macam ni. Ambil ajalah gambar. Macam comel ajer, macam cantik ajer.......


Sedang mengeluarkan aura positif dari badan.

Ntah macam mana ada patung kerbau di Taiwan. Takkan ada banyak kerbau di sana. Mengapa ada 2 ekor kerbau di sini? Saya tak pasti. Pelik, unik tapi lukisan di kerbau tu macam menceritakan tentang sejarah Taiwan.


Ada taman pulak dalam airport tu.


Maria bergambar bersama keretapi yang ada di situ. Tapi ini hanyalah replica, bukan yang betul. 


Bergambar di depan kedai Food And Souveniour Shop. Hello Taiwan.

Kami bergambar di tempat yang macam menunjukkan dinasti ketamadunan Taiwan. Macam banyak pulak patung patung maharaja dan wanita wanita cantik di situ.


Sampai mainan kanak kanak pun ada banyak yang berkongsepkan maharaja dan pendekar.


Gambar Maria lagi..... mana gambar saya? Nasib badan.... Inilah nasib sorang suami yang isterinya suka bergambar.


Menceritakan asal usul patung patung kecil di Taiwan.



Patung ni pun ada banyak kat airport. Mungkin ada kartun di Taiwan kot yang macam ni. Kira di Malaysia macam Upin Ipin la.


Boarding pass untuk kami dari Taipie ke Los Angeles. Setelah 4 jam 'berehat' di situ. Akhirnya tiba masanya untuk kami berangkat ke Los Angeles.


Kami menaiki kapal terbang ke Los Angeles. Kali ini, kapal terbang lebih besar. Satu barisan ada 3-4-3 kerusi. Penerbangan ini mengambil masa selama 12 jam. Subhanallah.... It's a very very long journey.



Pemandangan di dalam kapal terbang. Rata rata para penumpang menonton video yang disediakan atau pun tidur........ Sebabnya, semasa kami di atas kapal terbang itu, jam di Malaysia adalah pukul 12 malam. So, rata rata orang mengantuk pada waktu itu.


Antara benda yang boleh dilakukan di atas kapal terbang. Berzikir dan membaca Al Quran. 


Untuk pengetahuan anda, kapal terbang yang besar dan baru sekarang dah ada USB Port. So, mudah untuk kita caj phone di atas kapal terbang.


Antara makanan yang dihidangkan di atas kapal terbang. Kami semua dah buat special request, nak halal food.


Peta dunia. Kami terbang dari Taipe ke Los Angeles. Merentas ZON SEMPADAN WAKTU. Tempat yang membezakan antara satu tarikh dan tarikh yang sebelumnya. Misalnya, bahagian sebelah kiri INTERNATIONAL DATA LINE itu akan memulakan sesuatu tarikh dan yang sebelah kanan akan mengakhiri tarikh tersebut.


Anda boleh lihat dari peta ini. Kawasan yang sedang waktu malam dan kawasan yang sedang waktu siang.


Again... Makanan yang disediakan di atas kapal terbang. Kali ini kami dijamu ommelete dan juga kentang.

Ini yang unik penerbangan kami ini. Jika kami berlepas dari Taipe pada 13 Ogos 2014 jam 11.50 malam. Tetapi, di dalam kapal terbang kami bertemu dengan siang 13 Ogos 2014 semula. Kami dah pun solat Maghrib dan Isyak di Taipie, tetapi di atas kapal terbang. Kami bertemu balik waktu Zuhur dan Asar hari yang sama. So, tak perlu solat 2 kali.


Selepas itu, kami bertemu dengan malam semula. Pemandangan di atas kapal terbang ketika hamper masuk waktu Maghrib. Again, kami tak perlu solat Maghrib semula.


Sekitar jam 8.00 malam. Alhamdulillah, kapal terbang touch down di Los Angeles.


Memandangkan mak saya perlukan bantuan kerusi roda, ada seorang staf yang ditugaskan untuk menolak mak saya sehingga keluar dari airport.


Koko.... nama akak ni... Mula mula ingat lelaki. Rupa rupanya perempuan. Lagi satu, di US ada budaya memberi tips. Siapa tak bagi tips dikira sebagai kedekut atau tidak beradab. So, kami berikan sedikit tips untuk Koko...


Saya menunggu beg yang tak kunjung tiba.


Tiba di Los Angeles airport.



Kemudian, kami terus di bawa ke Hilton Long Beach and Executive Meeting Center.

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak Shaklee Malaysia kerana memberikan kami hotel 5 Star yang sangat cantik dan sangat selesa sepanjang kami berada di sana. 
.

Tiba di hotel. Hotel ini sangat cantik. First time saya nak merasa duduk di hotel Hilton.


Kami disambut oleh Presiden Shaklee Malaysia. Mr Victor Lim.


Jam 11.50 malam tiba di hotel... Kami diberikan penerangan mengenai apa yang akan berlaku pada esok hari. Arghh... Letihnya....


Bilik hotel kami. Alhamdulillah.. Bilik yang sangat cantik.


Pemandangan bilik lagi.


Bilik air yang cantik juga. 


Bathtub


Toiletries.


Coffee Maker.

Alhamdulillah..... Berakhirlah hari pertama kami. Ia satu perjalanan yang sangat memenatkan. Dari Keramat, Kuala Lumpur akhirnya kami sampai ke Hilton Long Beach Hotel di Los Angeles.

Semoga Allah memudahkan urusan kami sepanjang kami berada di sini.

Insya Allah, kami akan berkongsi lagi kisah perjalanan percutian kami dalam entri yang seterusnya.

Hari kedua kami di sini akan ada Shaklee Conference, aktiviti shopping dan juga Future Leader Dinner bersama Shaklee.

Doakan yang terbaik untuk kami yer.

Sekian.

Salam dari Los Angeles,
Maria Firdaus
Founder Empayar Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini:

USA TRIP - PART 2 : BUFFET BREAKFAST AT LONG BEACH HILTON, LOS ANGELES



Jika anda rasa anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan LIKE Button di bawah. Sokongan LIKE anda ini akan memberi dorongan kepada saya untuk terus berkongsi pengalaman kami sepanjang bercuti di sini nanti. Terima kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top