By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan dalam hidup kami sekeluarga.
Memang tak terhitung banyaknya.

Dalam entry sebelum ini, Maria ada share yang Maria, Firdaus dan Mak Mertua Maria akan ke US Global Conference di California pada August 2014 ini.

Anda boleh baca kisahnya di sini:-

PART 2 - USA KAMI DATANG!! - 3 TICKETS CONFIRMED!

Ok, sebelum nak pergi US, kenalah apply Visa dulu kan. So dalam entry kali ini, Maria nak share tentang pengalaman kami mendapatkan US Visa ni.

VISA APPLICATION


Pada 20 Jun 2014 yang lalu, kami dah pun dapat confirmation email dari Shaklee. Kami dikehendaki memohon US Visa. Shaklee turut memberikan supporting documents yang diperlukan untuk permohonan US Visa, termasuk tentative program dan alamat hotel di US. 

Untuk complete step by step process for US Visa application, boleh refer di link ini yer:-


1) US VISA FEES (RM512 PER PERSON)


First step, kami kena pergi buat bayaran untuk US Visa Fee di bank Standard Chartered. Bank lain tak boleh ye. Memandangkan di Parit Buntar takde bank Standard Chartered, kami terpaksa drive dalam 45 minit ke branch Standard Chartered Taiping.

US Visa Fee adalah sebanyak RM512 per person. Jadi untuk kami 3 orang total RM1536. Cost ni Shaklee tak cover, so kena bayar sendiri. 

Masa nak bayar, kami kena bawa photocopy passport (front page) dan printed slip yang boleh didapati dari website  US Embassy. 


Lepas dah bayar, bank akan beri US VISA Fee Deposit Form. Pastikan jaga betul-betul receipt ni, jangan hilang tau. Ada Unique ID yang penting untuk kita masukkan dalam online form nanti. 

2) PASSPORT PHOTOS


Next, kena pergi ambil gambar passport with white background. Cakap je nak gambar untuk US Visa. Biasanya orang kedai tu taulah size yang betul. Sizenya tak sama dengan gambar untuk Visa Umrah. Gambar ni kena ada yang softcopy juga sebab nanti nak kena upload dalam online form. 

Oh ye, gambar passport tak boleh sengih nampak gigi tau. So sebab tu la muka Firdaus jadi serius macam nak makan orang tu. Hihi.. :)


3) ONLINE VISA APPLICATION FORM (DS-160)


Ok lepas dah bayar dan ada gambar passport, kita boleh lah mula isi online DS-160 Form ni. Kena isi form berasingan untuk setiap orang. Link nya https://ceac.state.gov/genniv/.

Sebelum isi form ni, make sure kita dah ada semua info tentang alamat hotel and contact person at US, kenapa kita nak ke US, dan macam-macam lagi soalan yang ada. Jenuh jugak nak menjawabnya. 

First form Maria ambil masa hampir sejam nak siapkan. Huhu..Tapi lepas tu isi 2nd and 3rd form, copy je info sebelum ni. So cepat lah sikit :)


4) SCHEDULE APPOINTMENT FOR INTERVIEW

Ok lepas dah siap isi dan print completed form, kita bolehlah schedule appointment untuk interview di US Embassy, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Yang ni kena isi online form lagi, dan pilih tarikh dan masa yang kita nak. 

Alhamdulillah, kami telah memilih tarikh 2 July 2014 jam 10 pagi. Pada tengahari 1 July 2014, kami pun bertolak ke rumah Mak Maria di Taman Keramat, KL.


5) VISA INTERVIEW


Alhamdulillah, pada tarikh dan masa yang dijanjikan, pada 2 July 2014 jam 10 pagi, kami pun sampai di US Embassy, Jalan Tun Razak, KL. Tak boleh lambat tau. Kalau lambat, nanti kena schedule masa lain pulak. 


Muka happy sebelum nak kena interview. Masa ni kami tengah beratur di luar bangunan sebelum dibenarkan masuk ke bangunan Embassy.

Ok, yang ni agak menarik. Just nak share procedure sebelum nak masuk ke kawasan Embassy. Mula-mula setiap orang kena tinggalkan IC pada guard. 

Then sebelum masuk dalam kawasan Embassy, kami kena scan semua barang-barang yang dibawa.

Alah..macam scan bag kat airport tu. Barang-barang yang kena scan termasuklah handbag, handphone, kasut, tali pinggang (lelaki). Oh ye, backpack tak dibenarkan bawa masuk langsung ye. 

Yang suspen nya, masa Mak Mertua Maria lalu kat scanner, scanner tu asyik berbunyi je.

Sampai dah kena bukak semua jam, gelang, rantai. Bila lalu scanner bunyi lagi. Kami pun dah pelik.

Last-last guard tu tanya, makcik ada buat apa-apa operation letak besi dalam badan ke?

Haa..barulah jumpa puncanya. Mak memang pernah buat operation tukar kepala lutut besi, sebab tulah scanner asyik berbunyi.

So guard tu advice, masa nak ke US nanti pastikan bawa surat doctor yang inform tentang operation tu. Kalau tak, nanti kena tahan pulak kat airport US nanti.

Ok lepas dah settle scanning, handphone dan kunci kereta kena ditinggalkan dalam locker pada guard.

HANDPHONE DILARANG sama sekali masuk ke dalam bangunan Embassy. Handbag dan barang-barang lain boleh dibawa masuk.


Dah masuk dalam bangunan Embassy, first kena ambil no giliran. (Gambar no giliran ni diambil masa dah balik rumah, bukan kat Embassy. Hehe) 

Mula-mula kami kena tunggu turn untuk submit semua document, passport, dan photo. 

Lepas submit document, kena tunggu turn lagi untuk fingerprints. Kami kena scan kesemua 10 fingerprints. Bukan thumbprint saja yer. Hehe. Strict sungguh. 

Lepas tu tunggu turn lagi untuk Interview pulak. Alhamdulillah interview kami simple je. Tak sampai 5 minit je rasanya. Maria sorang je pun yang tolong jawabkan.

Antara soalan yang dia tanya, "How much is your Shaklee sales per month, that Shaklee can sponsor 3 of you to US?". Maria pun jawablah "About RMxxx,xxx per month.". Ok, dia buat muka impressed gitu. Hehe. 

Lepas tu dia cakap, "Ok, your Visas are approved. We will send the Visas to your home address. Have a nice trip!". 

Syukur Alhamdulillah!! Segalanya berjalan lancar. Dalam 1 jam lebih je dah siap segalanya. Tengahari tu juga, kami terus bertolak balik ke Parit Buntar. 


6) APPROVED VISA


Taraaaa.. 2 hari lepas tu Passport berserta approved Visa kami pun sampai ke Parit Buntar thru GDEX. Security Handling lagi. Fast and excellent service from the US Embassy!!


Inilah dia rupa approved US Visa yang dah siap. Walaupun kami terpaksa bayar RM512 seorang, tapi berbaloi sangat, sebab kami nak pergi 10 hari je kali ni, tapi terus dapat 10 tahun Visa!! Syukur Alhamdulillah..

Lepas ni boleh lah pergi sana lagi bila-bila masa. Tapi yang paling best mestilah Free Trip, fully sponsored macam ni kann..

Tahun 2015 kami akan ke Italy bersama Shaklee lagi!! Setakat ini kami dah pun qualify 1 tiket ke Italy. 

InsyaAllah, kami sedang berusaha yang TERBAIK untuk mencapai impian kami qualify 5 tiket pula. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.

Thanks for reading! :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

1 comments:

  1. Thanks for this entry. Sangat membantu. Ramai kata susah sangat procedure nak apply visa ke US tapi bila baca sini, rasa macam senang je.. :)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top