By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai event Shaklee National Conference pada 7 dan 8 June 2014 yang lalu. Hari bersejarah buat kami kerana telah dianugerahkan 11 awards oleh Shaklee sempena pencapaian sepanjang cycle Mar 2013 - Feb 2014.

Kisah sepenuhnya boleh baca di sini yer:-

National Conference 7 June 2014 (Sila Click)
National Conference 8 June 2014 (Sila Click)

Pada sebelah malam selepas anugerah, 8 June 2014, Shaklee menyediakan Dinner khas untuk meraikan semua penerima anugerah. Best kan?

Jom kita layan gambar-gambar Glitter Nite ni pula :)


Invitation Card to the Glitter Nite Gala Dinner.

Free room at Sunway Resort and Spa, sponsored by Shaklee for my Sister, Kam Haryatie.

Shaklee bagi my sister 1 bilik free Sunway Resort and Spa untuk 2 malam sebab cukup Local Travel Point. Kami pulak tak dapat free room sebab tak cukup Point. Semua Travel Point kami dah digunakan untuk 3 free trip USA bulan August 2014 nanti. Jadi kami stay di rumah Mak Maria di Taman Keramat je. 

Alhamdulillah, kami dan beberapa geng MFMS beramai-ramai tumpang bilik Kak Lang untuk bersiap dinner pula. Thanks Kak Lang sebab bagi tumpang!! 


I'm ready for the Dinner!! Dah nama pun Glitter Nite kena la berkelip-kelip bajunya kan..Hihi..
Oh ye, sebenarnya Maria pakai baju lama jer ni. Inilah "baju kahwin yang tak jadi". (Haa?!!). 

Hihi. Jangan terkejut. Sebenarnya Maria buat baju ni masa sebelum kahwin (tahun 2006), kononnya nak pakai masa kahwin dengan Firdaus lah. Tapi tak jadi pakai, sebab last2 pakai baju sewa pulak. 

So first time pakai baju ni masa jadi pengapit Kak Lang kahwin, masa kenduri sebelah pengantin lelaki pada 2007 (Kami kahwin serentak, Double Celebration). So dah 7 tahun dah usia baju ni, tapi masih boleh pakai lagi tau. 

Maria tau, tak ramai wanita yang masih boleh pakai baju kahwin lepas dah beranak pinak kan, sebab kebanyakannya 'alignment' dah lari. Huhu. 

Tapi syukur Alhamdulillah, inilah penangan ambil Shaklee sejak selepas bersalin. Maintain slim macam anak dara (berat masih sama macam masa kahwin ok), walaupun dah anak dua. Hihi. Oh I'm in love with Shaklee!! :)


Dewan Award siang tadi dah berubah jadi dewan Dinner.


Full House!! Amboi masing-masing sibuk upload photos kat Facebook la tuuu..


Maria Firdaus Together Forever. Amin :)


With Master To Be Affni & Master To Be Kam Haryatie.


One of my great mentor, Master Ira. Kecil-kecil cili padi ni. Ex-Petronas Engineer yang dah pun resigned  dan jadi Working-At-Home-Mom, baru berumur 30 tahun tapi income dah cecah 6 angka sebulan. Hmm terbakor..I'll follow you so soon dear..


Chinese Set Menu!!


Perarakan tanda bermulanya sessi Makan Malam. 


Dah nama pun Chinese Set Menu. So memang banyaklah set nya. Ini set pertama. Apa bendanya yang cantik sangat ni pun tak tau. Makan aje lah. Sedap juga. Hehe..


Set kedua, ayam plus kerabu mangga.


Set Ketiga, gambar mangkuk besar lupa pulak nak snap, gambar mangkuk kecik je ada.  


Set Keempat, ini bapakk ikan nihh. Hihi.


Set kelima, ada udang galah lagi tu..


Set keenam, mushroom pula..


Set ketujuh. Aduhai..semua orang perut dah penuh baru nasik sampai, so memang tak habis lah. Sayang je tengok, membazir kan. Kalau lah boleh tapau bawak balik ni, boleh makan nasi goreng untuk breakfast esok pagi..hihi..Tapi takleh la pulak..hmmm..

Set kelapan, ada dessert. Tapi sebab dah kekenyangan, sampai lupa nak amik gambar...



Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki. Ini muka orang kekenyangan, Firdaus pun sampai dah kena bukak coat tu..


Selesai sudah event dinner. Jom bergambar atas stage pula!! These are the MFMS Team members yang dah dapat award siang tadi. Kami sayang anda semua :)


Ambil Aura Presidential Master again :)


Us! :)


Sebelum balik, sempat jumpa dengan my ex-schoolmate di MRSM Jasin, Tuty. Lama tak jumpa. Rasanya last jumpa pun masa SPM tahun 1999. Alhamdulillah, Shaklee menemukan kami semula. 

Selesai sudah event Shaklee yang paling bersejarah dalam hidup kami. Bermula dengan Exclusive Dinner with CEO Shaklee, Roger Barnett pada 6 June 2014 (click kisah DI SINI), kemudian National Conference pada 7 June 2014 (click DI SINI) dan 8 June 2014 (click DI SINI), dan diakhiri dengan Glitter Nite Gala Dinner ini.

Sesungguhnya kami bersyukur kepada Allah atas segala penghargaan daripada Shaklee ini. Kejayaan ini bukanlah dari hasil usaha kami sahaja, tapi berkat doa dari semua terutama ibu bapa kami dan sahabat-sahabat semua.

Sekarang masa untuk terus berusaha dengan lebih baik. Demi kejayaan yang lebih besar, bukan hanya untuk kami, tetapi juga untuk semua orang yang penting dalam hidup kami dan semua anak didik kami dalam Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS).

Mohon semua pembaca doakan kejayaan kami yer. 

Mudah-mudahan kita semua Kaya, Berjaya dan Bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam. 

Thanks for reading! :)

3 ulasan:

  1. Kay nak jadi Maria nye mentee. Pls be my mentor

    Kay salute lah Maria. Email me pls di snebeautiful@gmail.com

    Plsss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Kay, thanks for ur comment. Pls check ur email ya! :)

      Padam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top