Assalamualaikum,

Baru baru ini, emak dan ayah saya memberitahu saya mereka hendak pergi ke Kelantan, ke rumah abang saya.

Disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang sangat panjang, saya tahu ayah saya dah tak cukup stamina untuk drive kereta sejauh itu.

Bila ditanya, kenapa tak nak pergi naik flight atau bas. Mereka cakap, lebih senang naik kereta sebab di Kelantan nanti senang sikit mereka nak bergerak. Lagi pun, mereka akan duduk di sana selama 3 minggu. So, mereka perlukan kereta di sana.

Sebagai anak, saya rasa bertanggung jawab untuk memudahkan urusan mereka. So, saya pun pergi hantar mereka dengan kereta dan kemudian tinggalkan mereka di sana di rumah abang saya.

Kemudian, saya pulang ke Parit Buntar dengan menaiki bas.

Hanya satu sahaja yang saya boleh katakan, 

It's Crazy. Pemandu bas bawa sangat laju dan sangat berbahaya. Malam tu saya naik bas, ada beberapa ketika yang saya rasa seperti nyawa dihujung tanduk. 

Anda bayangkanlah, jalan yang banyak selekoh, berbukit, di malam yang hujan renyai renyai, driver bawa laju. Saya rasa cukuplah. Tak berani dah nak naik bas ke Kelantan dengan jalan yang berbukit bukau macam tu.

Bila saya dah balik ke Parit Buntar, ini bermaksud saya perlu patah balik ke Kelantan. Saya hanya ada dua pilihan. Naik bas sekali lagi atau pun naik kapal terbang.

Kali ni, saya pilih untuk naik KAPAL TERBANG.

Mudahnya Travel Bersama Firefly

Untuk pengetahuan anda, saya jarang travel dengan kapal terbang di Malaysia. Saya juga tak pernah lagi naik Firefly. Ini pengalaman saya yang pertama.

So, saya nak share dengan anda betapa senangnya kalau kita nak travel dengan menaiki kapal terbang Firefly.


Abang saya merupakan pelanggan setiap Firefly. Sebabnya, beliau kerja di Kelantan dan family tinggal di Kuala Lumpur. So, setiap minggu beliau akan naik Firefly untuk berulang alik ke sana.

Amazingly, harga tiket Firefly tersangat murah kalau kita beli dari awal. Just nak share dengan anda, macam mana nak beli tiket Firefly ini.

1. Buka website Firefly www.fireflyz.com.my
2. Tengok peta Malaysia tersebut. Anda boleh pilih destinasi dari mana nak ke mana yang hendak anda dituju.
3. Pilih perjalanan anda. Tempat berlepas, destinasi dan tarikh penerbangan. Untuk makluman, anda akan dapat harga yang sangat murah kalau beli 1 bulan lebih awal.
4. Anda boleh beli dengan harga yang sangat murah.
5. Harga yang dipamerkan sudah termasuk harga Airport Tax dan caj caj lain.
6. Anda boleh terus buat Web Check In. 
7. Selepas buat Web Check In, anda boleh terus print Boarding Pass.
8. Boleh terus naik kapal terbang pada hari dan masa yang telah ditentukan.

Sekarang, saya nak berkongsi dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil semasa menaiki kapal terbang Firefly baru baru ini.


Menuju ke tempat berlepas domestik.


Di bahagian pemeriksaan bagasi. Nak memudahkan pemeriksaan, kami semua diminta membuka tali pinggan yang berkepala besi. Segala kunci, beg duit, jaket dan handphone perlu di scan.


Berada di kawasan berlepas. Saya perlu masuk dari pintu B4.


Dikawasan boarding. Bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang.


Inilah kapal terbang Firefly. Agak kecil. Boleh memuatkan sekitar 80 penumbang dengan 4 anak kapal. Masa saya naik hari tu, hampir full house.


Ini pemandangan di dalam kapal terbang. Syukur Alhamdulillah, saya dapat duduk di tepi tingkap. Boleh tengok pemandangan di luar kapal terbang.


Sempat lagi iklan di kerusi tempat duduk penumpang.


Blade kapal terbang. Seat saya pulak betul betul dengan blade. Rasa takut pun ada. Macam dekat aje dengan bilah kipas tu.


Gambar di dalam kapal terbang. FYI, keadaan dalam kapal terbang sangat bersih. Saya terasa macam naik kapal terbang yang baru. Sangat bersih, sangat kemas dan berbau wangi.


Telefon ditukar masuk ke Mode Airplane. Tidak lagi boleh membuat sebarang panggilan telefon pada waktu ini. Kapal terbang bersiap sedia menuju ke landasan untuk berlepas.


Dengan lafaz Bismillah, kapal terbang berlepas meninggalkan bumi Pulau Pinang. Perjalanan dijangka mengambil masa 55 minit sahaja.


Ini gambar sekitar Pulau Pinang. Saya nampak ada banyak kilang di sini. Tapi, saya tak dapat nak pastikan ini kilang apa.


Lagi pemandangan di Pulau Pinang. Rasanya, dekat Roundabout area Bukit Jambul ni kalau tak silap saya.


Jambatan Pulau Pinang tersergam indah. Selalu duduk dalam kereta tengok kapal terbang. Hari ni duduk dalam kapal terbang, tengok kereta pulak. Hehe.


Ini pula, pemandangan sekitar Butterworth.


Kapal terbang mula melintas kawasan Baling nak merentas Banjaran Titiwangsa.


Alhamdulillah, cuaca sangat baik pada hari itu.


Pemandangan di dalam kapal terbang. Yang tak bestnya, akak depan ni ada bawa baby kecil. Dan hampir 
separuh perjalanan, anaknya menangis. Sabar aje la.


Saya menikmati keindahan alam. FYI, walaupun tempoh penerbangan hanyalah 50 minit. Kami tetap diberi minum Jus Oren dan Kek untuk mengalas perut. 


Kapal terbang, terbang tinggi di atas awan.


Alhamdulillah, kapal terbang sudah mula sampai di Kota Bharu.


Saya tak pasti ini di mana. Tapi, kapal terbang sudah terbang semakin rendah sekarang.


Semakin rendah.


Apa ni yer? Nak kata sekolah, bukan sekolah. Dah dekat dengan lapangan terbang masa ni.


Alhamdulillah, perjalanan lancar. Tepat 50 minit, kapal terbang touch down di airpot Kota Bharu.


Kapal terbang buat U Turn untuk menuju ke landasan.


Kami semua turun dari kapal terbang dan berjalan menuju ke tempat ketibaan.


Kapal terbang Firefly. Bagi saya satu pilihan yang sangat bagus untuk travel dalam Malaysia pada harga yang berpatutan. Bagi mereka yang ada budget lebih, boleh ambil Malaysia Airlines terus.


This is Kota Bharu. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan mudah bersama Firefly.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan LIKE Button di bawah ini. Semoga, lebih ramai orang dapat menaiki kapal terbang dengan cara yang lebih mudah lepas ini.

Wassalam

3 comments:

  1. blm pernah cuba naik firefly...next time blh cuba

    ReplyDelete
  2. Sharing yang baik bagi yang suka travel...feel.free to visit http://sahrizalmohdnoh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. saya akan naik firefly bersama anak anak for the first time cuti krismas nanti dari KL ke KB.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top