Assalamualaikum,

Salah seorang Lecturer di Politeknik Seberang Perai merupakan pembaca blog www.mariafirdaus.com.my ini.

Selepas beliau melihat saya berkongsi pengalaman keusahawanan melalui beberapa siri ceramah sebelum ini. Beliau berhasrat untuk membawa saya ke Politeknik Seberang Perai.

Alhamdulillah, selepas semuanya diatur. Masa yang dijanji pun telah sampai.

Matlamat ceramah ini adalah untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar mereka.

Jumlah keseluruhan pelajar di sini adalah sekitar 5000 orang. Untuk sessi ceramah kali ini, ia adalah untuk 600 pelajar yang baru mendaftar Semester 1 pada minggu lepas.

Saya kongsikan dengan anda, gambar yang sempat di ambil di sekitar program ini.


Saya tiba awal pagi di Dewan Mutiara, PSP. Sebagai penceramah, saya tidak mahu lewat. So, saya datang awal bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.


Para pelajar mula mengambil tempat.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang pelajar.


Saya mula beraksi di pentas. Tengoklah kerusi sebelah saya tu. Hehehe... Sanggup beli kerusi tu. Nak bagi sama macam kerusi Tok Guru.


Intensif Mentor Keusahawanan. Program 2 jam. Intensif dan sarat dengan perkongsian dan pengalaman bagaimana saya menjalankan perniagaan dahulu.


Nampak di awal pagi ni. Bebudak macam tak bermaya. So, kita tarik nafas dalam dalam dulu....


Tarik nafas.... Lepaskan..... Tarik nafas..... Lepaskan.

Cuba perhatikan pelajar lelaki. 4 baris kerusi dihadapan mereka kosong. Ini benar benar menyentapkan saya. Kenapa mereka memilih untuk duduk di belakang sedangkan lebih banyak manfaat kalau duduk dihadapan.


Majlis bermula. Saya berkongsi pengalaman saya belajar dahulu sebelum saya berkongsi pengalaman sebagai seorang usahawan. Bermula dari ternakan ayam daging. Kemudian kontraktor. Then penceramah motivasi dan penulis buku.


Para pelajar sangat aktif. Mereka bersemangat mendengar. Saya lagi bersemangat untuk berkongsi.


Saya sempat 'sekolahkan' bebudak ni. Terutama pelajar lelaki. Kepentingan duduk di kerusi hadapan. Saya share orang yang duduk di kerusi hadapan akan sentiasa berada di hadapan. Dan mereka yang duduk di kerusi belakang akan sentiasa berada di belakang.

Ramai yang tersentap.


Adik adik khusyuk mendengar.


Berkongsi mengapa mereka perlu menjadi seorang usahawan..... 10 sebab mengapa jangan kerja makan gaji.


Kerja makan gaji, kalau setakat bawah RM2000 sebulan. Agak sesak sebenarnya dengan keadaan ekonomi di Malaysia hari ini. Mereka perlu mencari peluang untuk buat bisnes. 

Kadar inflasi dinegara kita semakin meningkat. RM5 yang kita ada hari ini sudah tidak sama dengan RM5 yang kita ada 5 tahun lepas. Dan nilai ini semakin mengecil 5 tahun akan datang.

So, saya sarankan kepada mereka untuk mula berfikir. Buat bisnes satu hari nanti.


Saya tayangkan video motivasi ini. Dalam hidup kita pasti akan ada masa di mana kita mengalami kejatuhan. Seteruk mana pun kita jatuh. Kita perlu bangkit kembali.

Ingat, "Anything didn't kill you will make you stronger."

Alhamdulillah. Habis sessi pertama.


Masuk sessi kedua, anda perhatikan. Taraaaa.... Semua kerusi hadapan dah penuh. Bagus mereka yang bertindak untuk memilih duduk dihadapan.

Buat A - B. Kongsikan apa yang mereka belajar untuk sessi tersebut dengan orang sebelah.


Para pelajar berkongsi dengan rakan mereka. Apa yang mereka belajar untuk sessi pertama.

Untuk sessi kedua, saya kongsikan dengan mereka Strategi Pemasaran : Rahsia Menarik Pelanggan.

Saya share marketing strategi dengan para pelajar.


Selepas habis sessi ceramah, saya buat tawaran istimewa buat mereka yang berminat mendapatkan Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang yang saya tulis. Jika mereka beli, mereka dapat percuma Ebook Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja !!!.

Dan saya juga maklumkan, jika mereka tak mampu. Tolong datang ke hadapan. Datang berjumpa dengan saya. Saya akan hadiahkan ebook tersebut secara percuma kepada mereka.


Cuba anda perhatikan. Alhamdulillah. Kosong terus kerusi di bahagian belakang.


Semoga mereka terus berjaya dan sukses selalu.

Selepas habis 2 sessi ini, saya sempat makan tengah hari dengan para pensyarah di PSP. 

Alhamdulillah. Mereka teruja dengan konsep perkongsian yang saya berikan. Memang lain daripada yang lain. Banyak perkongsian. Bukan teori semata mata.

Dan yang lebih best, mereka minta saya buat satu program lagi di PSP untuk 20-30 pelajar untuk saya coaching mereka secara personal. Agar mereka berjaya menjadi seorang usahawan suatu hari nanti.

Insya Allah. Jika ada rezeki. Boleh bertemu lagi.

Semoga apa yang saya sampaikan ini akan menjadi pencen kubur buat saya nanti. Semoga ia menjadi amal ikhlas yang diterima Nya.

Wassalam.

* Jika anda suka dengan entri ini, saya mohon anda TEKAN BUTTON LIKE dibawah ini.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top