Assalamualaikum,

Semalam hari Sabtu, saya dan Maria  berpeluang untuk join satu program yang dianjurkan oleh Shaklee iaitu Inspirasi Jutawan Shaklee.

Bertempat di Impiana Hotel, Ipoh. Tempat program berlangsung tersangat selesa dan best. Program bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Bayaran, tersangat murah. Hanya RM10 untuk setiap peserta. Anak-anak boleh datang secara percuma. Kos selebihnya untuk program ini ditanggung oleh pihak penganjur.

Penting Bertemu Dengan Mereka Yang Dah Berjaya

Satu perkara yang saya nak share dengan anda, untuk berjaya dengan mudah, kita PERLU BERJUMPA dengan mereka yang dah terbukti berjaya. Belajar dengan mereka apa yang dah mereka lakukan. Korek rahsia daripada mereka. 

Kesusahan yang kita sedang alami sekarang ini sebenarnya ada penyelesaiannya. Dan mereka yang dah berjaya pasti tahu cara short cut untuk nak selesaikan masalah kita itu.

Sebab itulah saya rasa sangat penting untuk saya hadir ke program ini.

Lagi pun, bukan mudah nak berjumpa dengan 13 jutawan yang ingin berkongsi rahsia kejayaan mereka. Apa yang dah mereka lakukan? 

Seronok sangat rasanya dapat hadir ke program ni. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari.

Sekarang baru saya sedar, nak berjaya ada banyak cara. Bukan satu cara sahaja. Perkongsian daripada 13 jutawan ini sedikit sebanyak membuka 'jalan' untuk saya dan Maria berjaya lebih cepat dalam bisnes Shaklee ini.

Ramai sungguh yang hadir ke program ini. Bayangkan, ada yang datang dari Terengganu, ada juga yang datang dari Johor. Mereka sanggup datang ke situ semata mata untuk menuntut ilmu.

Bagi saya, tersangat rugi bagi mereka yang buat bisnes Shaklee tapi tak hadir ke program sebegini.

Anyway, saya nak berkongsi gambar gambar yang sempat saya ambil ketika di program ini.


Program Inspirasi Jutawan. Bertempat di Impiana Hotel, Ipoh.


Maria membuat pendaftaran. Bayaran RM10 sahaja untuk setiap peserta. Maria bayar untuk saya dan bibik kami. Anak anak percuma.


Red carpet menuju ke dalam dewan.



Dalam group Shaklee kami, anak anak sangat penting buat kami semua. Kami disuruh bawa anak anak ke program program Shaklee agar hubungan kekeluargaan lebih erat lagi.

Dan yang best, setiap kanak kanak disediakan ruang untuk bermain. Mereka dihadiahkan dengan sekotak pensel warna. Diberikan kertas untuk mereka mewarna. Bayangkan, Fateh yang kecil pun dapat satu kotak warna.



Farees dan Fateh memang khusyuk mewarna semalam.


Di dalam dewan, para peserta mula mengambil tempat. Seperti biasa, saya mesti mencari tempat duduk di hadapan.


Perkongsian daripada Master Suzie mengenai kepentingan kita untuk ambil kesempatan masa yang Allah berikan kepada kita. Kami sepatutnya rasa bertuah terpilih untuk buat bisnes Shaklee kerana modalnya yang tersangat rendah dan mampu menjana pendapatan yang sangat tinggi.

Beliau memberi motivasi kepada kami untuk 'grab' peluang yang sedang berada di hadapan kami sekarang ini. Jangan bertangguh lagi. This is the moment. 

Selain itu, beliau berkongsi pengalaman beliau menguruskan masa beliau dalam menjalankan bisnes Shaklee ini. Dahulu, beliau turut berkerja, mempunyai anak dan menjaganya sendiri, tapi pada masa yang sama masih sempat buat bisnes Shaklee. A very good sharing.


Perkongsian dari jutawan seterusnya mengenai cara berfikir yang positif. Beliau berkongsi pengalaman beliau menulis 'Vision Board'. Cara menulis impian dan cara untuk mencapainya. Best sangat perkongsian beliau.

The Power Of Believe and The Power Of Visualisation. Kita perlu percaya apa yang kita mahu capai. Seolah-olah kita dah capai pun semua tu. Kita mesti selalu menggambarkan yang kita sudah pun berjaya. Insya Allah, apa yang kita fikir itu akan menjadi kenyataan.

A very good sharing daripada beliau.


Perkongsian pengalaman mereka yang sedang buat bisnes Shaklee tetapi sudah mencapai tahap Coordinator. Kira di tahap 3/7 dalam ranking Shaklee. Insya Allah, mereka on the way ke arah menjadi jutawan. Amin.

Perkongsian daripada Nur Aula dan juga sahabatnya. Di tahap ini, income mereka sekitar RM5k sebulan.

Perkongsian Daripada Jutawan Shaklee Yang Seterusnya : Master Azlin

Saya suka dengan perkongsian beliau. Hampir sepuluh tahun beliau berkerja di Oil and Gas company sebagai vendor, hidup beliau amat sukar dahulu. Setiap hari, balik kerja lewat malam. Masa dengan keluarga sangat sangat terhad.

Walaupun dah lama bekerja, increment gaji sangat rendah. End up, stress. 

Akhirnya beliau cuba buat bisnes Shaklee. Sekali, bila buat Alhamdulillah. Income mencurah curah. Apabila pendapatan dah mencapai RM10k, beliau 'terpaksa' berhenti kerja.

Terpaksa menjadi Working At Home Mum. Jika dulu kurang masa dengan keluarga, Alhamdulillah. Sekarang she got more time and more money for her family.

Sekarang, pendapatan beliau memang dah 5 angka sebulan. Dan insya Allah, dalam beberapa bulan lagi akan menganjak ke 6 angka sebulan. Nothing Is Impossible.


Perbezaan sebelum dan selepas beliau buat bisnes Shaklee.


Kenangan beliau semasa berkerja dulu. 'Terpaksa' pergi ke Korea atas tugasan kerja selama beberapa hari. Nampak tak kotak biru putih tu, itu adalah tong untuk bawa stok susu pulang ke Malaysia nanti.

Nampak tak, pengorbanan yang beliau lakukan semata mata mahu fully breastfeed anaknya selama 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, produk Shaklee dapat membantu dalam penghasilan susu yang lebih.

Namun, beliau bersyukur. Disebabkan 'susah-payah' semasa kerja inilah yang menyebabkan beliau 'mencuba' buat bisnes Shaklee. Sekali, terpaksa berhenti kerja. Hehe.


Alhamdulillah, sekarang beliau dah pun menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.


Beliau mengambil masa yang agak 'lama' untuk mencapai ke tahap Master Coordinator. FYI, bonus untuk Master Coordinator bermula sekitar RM25k sebulan. 

Bagi saya, walau pun 'lambat', it's still ok what. Cer citer, kalau kita kerja makan gaji berapa tahun masa diperlukan untuk dapat income RM25k sebulan?

Gambar gambar di bawah ini adalah progress beliau dalam bisnes Shaklee selama 36bulan. Mula menyertai Shaklee pada Ogos 2010. Mencapai tahap Supervisor dengan income 4 angka selepas 4 bulan iaitu pada Februari 2011. (Sekitar RM1000-RM3000 sebulan)


5 bulan selepas itu, iaitu pada bulan Julai 2011, beliau naik ke tahap Senior Supervisor. Income waktu itu sekitar RM3k sebulan.


9 bulan berselang, beliau mencapai tahap koordinator.Pada waktu ini, pendapatan sekitar RM6,000 sebulan. Dua bulan berselang, beliau naik ke Senior Coordinator dan mula mencapai pendapatan sekitar RM8,000-RM10,000 sebulan.

Beliau juga mula memperoleh Car Bonus setiap bulan selepas itu. Shaklee memberi duit CASH kepada beliau setiap bulan untuk membayar duit kereta yang beliau beli. Masya Allah.

Pada waktu ini, beliau mula merasai pendapatan 5 angka sebulan. Alhamdulillah.

4 bulan selepas itu, beliau naik ke Key Coordinator. Pada waktu ini, pendapatan beliau melonjak kepada RM20,000 sebulan. 


Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman beliau memperoleh hadiah 2 tiket menunaikan umrah secara percuma oleh Shaklee. Beliau pergi trip ke Dubai & Umrah pada May 2013 yang lepas. 5 star hotel.

Best sangat saya tengok pengalaman beliau dapat travel secara percuma yang dibawa oleh Shaklee ini.


Gambar kenangan beliau ketika di  Madinah.


Akhirnya, beliau mencapai kemuncak menjadi Master Coordinator dengan pendapatan melebih RM25k sebulan dalam tempoh 36 bulan dari tarikh beliau menyertai Shaklee.

Amcam? Tak tersentap ker? 

Untuk pengetahuan anda, apa yang beliau capai ini sebenarnya agak 'perlahan'. Beliau ambil masa yang agak panjang untuk mencapai ke tahap itu. BUTTTT........ Still better dari kerja makan gaji. Berapa lama kita nak kerja kalau nak dapat income RM25k sebulan.

Perkongsian Dari Jutwan Kak Sue

Kak Sue memamng petah bercakap. Bila bagi microphone kepada beliau. Beliau dapat berkongsi dengan sangat baik kepada kami semua.

Beliau berkongsi pengalaman beliau dari segi 'Big Dream'. Beliau berkongsi dengan kami semua bagaimana beliau telah berjaya mencapai pendapatan RM30k sebulan dalam tempoh 18 bulan. Wawww.... It's a great sharing.

Beliau memulakan perniagaan sebab 'geram' dengan bos. Bos beliau bergaji RM7,000 sebulan. Pada waktu itu gaji beliau hanya RM4,000 sebulan. Beliau geram sebab bos beliau suruh beliau balik kerja lewat. Sekitar jam 10 malam. Tetapi bos yang gaji RM7,000 balik pukul 7 malam.

Disebabkan beliau geram, beliau buat bisnes Shaklee. Niat beliau hanya satu. Beliau nak buat bisnes untuk dapat income RM7,000. Sama seperti bos beliau. Dan kemudian nak berhenti kerja.

Geram punya pasal, beliau buat Shaklee bersungguh sungguh. Alhamdulillah, Allah buka jalan kepada beliau dan dalam tempoh 18 bulan. Beliau dah dapat lebih dari apa yang beliau impikan.

Tengok, kadang kadang Allah bagi kita 'susah' sebab daripada kesusahan itu Allah nak suruh kita keluar dan mencari kesenangan. Hebatkan kekusaan Allah.

Ok.. Jom tengok apa yang beliau kongsikan.



You Must Dare To Dream Big. Beliau berkongsi impian beliau semasa memulakan bisnes Shaklee ini dahulu.

Alhamdulillah, impian beliau sekarang semuanya dah tercapai.


There's a difference between interest and commitment. When you are interested in doing something, you do it when it's convenient.

But, when you are commited to something, you accept no excuses, only result.


Sungguh bermotivasi persembahan daripada beliau. What we need to do is to take our first step. Jangan tunggu lagi. Peluang datang depan mata sekali sahaja, once we don't grab it, others will take it.


Gambar ni really inspire me. Anda yang tak hadir tak akan faham The Power Of Faith. Inilah rahsia dan kunci kejayaan beliau dalam bisnes Shaklee. The Power Of Faith.


Alhamdulillah, dalam 18 bulan. Beliau berjaya mencapai pendapatan RM30k ke atas. 


Beliau memang suka beri mutiara kata. This is the last part from her. Memang terbaiklah Kak Sue.


Sahabat ini datang all the way dari Melaka. Kagum dengan semangat yang mereka tunjukkan. Sanggup datang dari jauh semata mata nak menuntut ilmu. Orang jauh pun sanggup datang, orang dekat macam mana?


Sebahagian daripada mereka yang bergelar jutawan. Muslimah, bertudung litup. Sejuk mata memandang. Dalam mengejar kekayaan dunia, jangan menggadai apa yang Islam sarankan.

Nak kaya tak perlu pakai baju seksi, nak kaya tak perlu pakai baju ketat. Nak kaya tak perlu free hair.

Kalau nak kaya di dunia, kita mesti nak lebih kaya di akhirat. Mereka yang dihadapan ini adalah contoh yang boleh kita ikuti. Insya Allah, sooner or sooner we will join the club.


Pemandangan dari belakang dewan.


Selepas itu, program bersambung dengan forum. Perkongsian daripada para suami tentang sokongan yang perlu diberikan isteri bila mereka nak buat bisnes Shaklee.


Yang pegang microphone adalah Firdaus. Dahulu, beliau berkerja sebagai Engineer. Sekarang, dah terpaksa berhenti kerja. Sebabnya, income dengan Shaklee pun tak lah banyak sangat. Lebih dari 6 angka saja. Itupun dalam tempoh 3 tahun. Boleh la... Cukup-cukup makan.


Yang bestnya, TIBA-TIBA....... TIBA TIBA....... Secara Ad-Hoc nya, saya dipanggil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman sokongan yang diberikan kepada Maria untuk Maria berjaya dalam Shaklee dengan pantas. 

Saya bila dah dapat Mic, mana boleh berhenti. Terus berkongsi dengan para hadirin sekelian.


Last but not least, perkongsian daripada Master Fariha. Cer tengok, walaupun bertudung labuh. Walaupun berjubah. Tapi still mampu untuk dapat 6 angka sebulan. Hehe... Amcam? Best tak buat bisnes Shaklee ni.


Ucapan terakhir adalah daripada Presidential Master Cery. Inilah kata kata beliau yang terakhir sebelum program berakhir.


Maria dan sahabatnya, Ani turut join program ni.


Program potong kek Shaklee. Bayangkan, kek ni boleh dimakan oleh 400 orang yang hadir. Waww..... Hebat sungguh.


Acara potong kek oleh para jutawan.


Kek yang dibuat dalam bentuk buah epal.

 
Maria sempat bergambar dengan Presidential Master Cery. Income beliau pun tak banyak sangat sekarang ni, dalam RM500k saja sebulan. Cukup la kan.... Boleh la...



Maria ambil aura gambar our next car. BMW X6. Insya Allah. Sooner or sooner.

Selepas saya hadir program ni, saya sempat bertanya kepada salah seorang peserta seminar ni yang baru join Shaklee dalam sebulan.

Komen beliau:

"Sekarang baru saya nampak jalan. Sebelum ni masih samar samar. Sekarang saya nampak jelas, rupanya inilah cara mudah untuk saya membina kekayaan. Baru saya jelas macam mana mereka ni semua dapat 5-6 angka sebulan. Saya lebih semangat untuk terus berjuang dalam bisnes Shaklee ini."

Bagi saya, inilah pentingnya untuk anda pergi berjumpa dengan mereka yang sudah berjaya. Belajar dari mereka macam mana mereka berjaya. Tiru apa yang mereka dah buat. Insya Allah, anda terpaksa berjaya seperti mereka.

Seronok Sangat Melihat Anak Bangsa Saya Berjaya

Frankly speaking, saya seronok sangat melihat kejayaan anak bangsa saya dalam perniagaan Shaklee ini. 

Cuba bayangkan, mereka bermula dengan pendaftaran RM65 dan ada jua yang mendapatkan pendaftaran secara percuma, kini mereka berjaya membina empayar perniagaan yang sangat besar sehingga mereka mampu mencapai pendapatan 4,5,6 angka dalam tempoh yang amat singkat. ( Average 3 tahun).

Dan yang lebih best, saya tengok mereka ini semuanya dahulu seorang yang biasa biasa sahaja. Ada yang dahulunya cikgu, supervisor, eksekutif, engineer dan ada juga yang bermula hanya dengan suri rumah.

Hari ini, hidup mereka totally change. Mereka sudah kaya dan berjaya. Bertakwa pula tu. Subhanallah.

Semoga suatu hari nanti, kami bakal menyusul menjadi hebat seperti mereka.

Peluang Hanya Datang Sekali

Buat anda diluar sana, saya sangat sangat menyarankan kepada anda untuk menceburi apa jua bidang perniagaan di luar sana. Anda perlu bertindak sekarang.

Jangan tunggu. Jangan bertangguh. Anda perlu bertindak. Bukan esok, bukan minggu depan, bukan bulan depan, bukan tahun depan, tapi SEKARANG... Ya Sekarang.

Tindakan kecil anda hari ini mungkin memberi perubahan hidup yang lebih besar satu hari nanti.

Tips & Motivasi Perniagaan Percuma

Jika ada di antara anda yang mahu tahu kisah kejayaan Maria dalam menjalankan perniagaan Shaklee ini, anda boleh download ebook percuma yang sudah saya tulis setebal 148 muka surat di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Wassalam

* Jika tidak keberatan, saya mohon anda LIKE Button di bawah ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada kisah inspirasi ini.

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top