[ APA YANG ANDA MAHU DALAM HIDUP INI? ]
Assalamualaikum,
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda Apa Yang Anda Mahu Dalam Hidup Ini?
Bagi saya, kita semua mesti tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Apa impian kita, apa matlamat kita. kita kena jelas dengan semua ini.
Hidup kita perlu ada matlamat apa yang ingin kita capai. Bila kita tahu apa yang kita mahu, Insya Allah lebih mudah untuk kita berjaya.
Jika saya bertanya kepada anda sekarang:
"Apa sebenarnya yang ingin anda capai dalam hidup ini?"
Cuba anda tanya pada diri anda sekarang? Apa sebenarnya yang anda mahukan?
Anda sudah lama hidup di dunia ini, ada yang sudah 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun dan sudah ada yang berumur 60 tahun.
Namun, pernahkah kita terfikir, apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini?
Jika anda bertanya saya, pasti dan pasti saya akan menjawab saya mahu hidup saya dipenuhi dengan keberkatan, kebahagiaan dengan keluarga tersayang dan dapat memberi lebih banyak kepada orang lain.
Itu yang saya mahukan. Mahu berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Persoalannya, bagaimana saya mahu mencapai semua ini?
Untuk mencari keberkatan, mencari kebahagian dan kemampuan untuk memberi, saya perlu berjaya dalam setiap perkara yang saya buat.
Ya, saya perlu berjaya. Kejayaan inilah yang akan memberi kepuasan kepada saya.
Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu rahsia untuk membina kehidupan yang sentiasa luar biasa dan diberkati Allah?
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda 7 perkara yang perlu kita cari dalam membina hidup yang penuh keberkatan. Keberkatan bukan sahaja apa yang kita miliki dan apa yang kita dapat, tapi ia juga merangkumi berapa banyak manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain.
7 Kejayaan Yang Perlu Kita Cari:
1. Kejayaan Dari Segi Kepuasan Hati Dan Jiwa
2. Kejayaan Dari Segi Kesihatan
3. Kejayaan Dari Segi Hubungan Yang Baik Dengan Allah Dan Sesama Manusia
4. Kejayaan Dari Segi Freedom of Time
5. Kejayaan Dari Segi Kerjaya dan Bisnes
6. Kejayaan Dari Segi Financial Freedom
7. Kejayaan Dari Segi Kemampuan Memberi Sumbangan
Percayalah, jika kita mampu mencapai ketujuh-tujuh aspek kejayaan ini, Insya Allah hidup kita akan mencapai kebahagian yang maksimum,
Hati akan berasa tenang, hidup terasa bahagia dan terasa dipenuhi dengan keberkatan.
Mentaliti Masyakarat Hari Ini
"Buat apa nak kaya, mati nanti bukan nak bawa duit masuk kubur pun."
"Orang kaya ramai yang sombong, riya', kedekut"
"Dia tu kaya mesti sebab dia ada buat apa-apa tu."
"Kalau kita kaya, nanti susah nak masuk syurga. Banyak yang akan dihitung"
Ini yang ramai orang hari ini fikir. Fikir tak perlu jadi kaya. Hidup biasa biasa sudah la. Mengapa nak hidup luar biasa. Buat letih badan saja.
Inilah orang yang mempunyai pemikiran yang sangat negatif.
Sekarang, ayuh kita tanya soalan ini kepada mereka yang berfikiran negatif itu?
"Kalau kita kaya, kita boleh beri manfaat kepada ramai orang. Semua itu boleh dibawa masuk kubur. In fact, duit yang banyak yang kita tinggalkan untuk anak anak juga boleh memberi manfaat kepada kita. Ini semua boleh menjadi asbab kepada kita masuk syurga nanti"
"Nak sombong, riya' dan kedekut tak perlu nak tunggu kaya, ramai orang miskin pun ada sifat tu."
"Ramai orang miskin sebenarnya sebab dia sendiri 'malas' nak berusaha."
"Kalau miskin ingat senang ke nak masuk syurga? Ingat orang miskin tak perlu dihisab ker?"
"Apa salah kalau kita guna kekayaan yang kita ada tu untuk membantu orang lain, menambah nilai hidup orang lain. Ramai orang miskin disekeliling kita memerlukan bantuan kita. Kalau kita pun miskin, macam mana kita nak bantu orang lain".
"Sebaik baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain."
Kata kuncinya di sini, duit bukan segala galanya. Tapi segala-galanya memerlukan duit.
Kita semua perlu menjadi kaya dan berjaya. Sebab ummat Islam hari ini ramai yang memerlukan bantuan dan pertolongan kita.
Ingatlah, kesyukuran orang yang kaya adalah lebih baik berbanding kesabaran orang yang miskin.
Ini kerana kesyukuran orang yang kaya itu pasti dapat memberi manfaat kepada ramai orang lain melalui derma, sedekah dan sebagainya berbanding orang miskin yang bila dia sabar, ia hanya bermanfaat untuk dirinya sendiri, tidak dapat membantu orang lain.
So, kita tiada pilihan sekarang ini. Kita mesti berusaha untuk menjadi kaya.
Erti Hidup Pada Memberi
Hidup kita akan menjadi lebih bermakna jika kita boleh banyak memberi. Lagi banyak yang kita boleh beri, lagi bagus.
Persoalannya, selama hidup kita ini. Berapa ramai orang yang sudah kita bantu? Berapa ramai orang yang sudak kita permudahkan hidup mereka? Nak tak kalau kita boleh memberi lebih banyak kepada orang lain?
Kita hanya boleh beri kalau kita memiliki.
Memberi tidak semestinya hanya melalui duit, kita boleh memberi melalui tenaga, idea, pemikiran dan setidak tidaknya memberi senyuman.
Saya beri contoh kepada anda, ramai dikalangan anda yang tidak berkesempatan untuk pergi ke Seminar Jutawan Industri ini. Syukur Alhamdulillah, Allah beri kelapangan kepada saya untuk pergi.
Apabila saya pulang, saya berkongsi pula dengan anda di sini. Ini juga salah satu bentuk 'pemberian'. Kata kuncinya, beri apa sahaja yang kita boleh beri.
Selagi ia dapat memberikan manfaat kepada orang lain, jangan berhenti memberi.
Bila saya berkata begini, mungkin akan ada dikalangan anda yang berkata.
"Dia boleh la, dia dah pi seminar, aku tak pi, aku nak share ngan orang lain macam mana. Blog pun aku tak ada. Nak menulis, aku mana ada masa."
Saya harap, tak ada dikalangan anda yang berfikiran begini. Sebenarnya, memberi boleh dilakukan dengan pelbagai perkara.
Misalnya, anda mungkin ada belajar satu dua perkara daripada apa yang saya tulis ini. Apa kata anda kongsikan 1-2 ilmu yang anda belajar di sini dengan orang lain. Ini pun memberi.
Kalau anda perhatikan dalam entri entri saya sebelum ini, saya selalu meminta tolong anda tekan LIKE button di bawah entri ini. Tapi, tak ramai yang sanggup menekan LIKE button itu .Walaupun ia sebenarnya percuma.
Tahukah anda, apa kesan ANDA menekan LIKE button tersebut?
Mungkin, selepas anda tekan LIKE button di bawah itu, akan ada seorang dua sahabat anda yang lain yang akan terbaca blog ini. Dan mungkin akan ada mana mana entri dalam blog ini yang memberi kesan kepada mereka untuk mengubah kehidupan mereka.
Siapa tahu, hanya dengan satu klik LIKE dari anda, kawan-kawan anda mengenali blog ini. Dan tiba tiba, mereka membacanya dan terkesan di hati mereka.
Siapa yang dapat pahala? Anda juga... Sebenarnya, inilah cara termudah jika anda mahu mencari 'Pencen Kubur'. Anda tak perlu nak buat apa apa pun, hanya LIKE jika anda rasa posting yang saya tulis ini memberi manfaat kepada anda. Mungkin, ia akan memberi manfaat kepada orang lain juga.
Insya Allah, selepas ini saya akan berkongsi dengan anda gambar-gambar suasana di sekitar PWTC sepanjang berlangsungnya program Seminar Jutawan Industri ini.
Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Yang Menulis,
Mohd Firdaus Bin Mat Saad
* Adakah anda berminat untuk mendapatkan TIPS PERNIAGAAN ONLINE, KISAH MOTIVASI USAHAWAN ONLINE YANG BERJAYA? Dapatkan secara PERCUMA di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria

COMMENTS