Assalamualaikum,

Untuk makluman anda, semasa menhadiri program Seminar Jutawan Industri 2013, saya dan Maria telah mengambil pakej Super Supreme. Iaitu pakej yang termahal yang Dr Azizan tawarkan. 

Namun, disebabkan harga yang ditawarkan oleh Dr Azizan berubah rubah mengikut keadaan, so saya tak berhasrat untuk berkongsi dengan anda berapa harga sebenar yang saya bayar untuk pakej ini. 

Untuk entri kali ini saya hanya mahu berkongsi mengenai suasana di program untuk kami yang mengambil pakej Super Supreme.


Sejak di tempat pendaftaran lagi, kami diberi layanan yang sangat special. Yang pertama, kami tak perlu bersesak sesak untuk mendaftar. Kaunter banyak tapi orang tak ramai.


Di dalam kelas, kami duduk di barisan hadapan. Tak perlu berebut rebut untuk nak dapatkan seat yan dihadapan. 


Kami disediakan makanan untuk makan tengah hari dan makan malam.


Juadah makanan secara buffet.


Tempat makan yang sangat selesan dan eksklusif.


Saya dan Maria bergambar ketika makan. Siap ada desert lagi.


Tempat makan yang kondusif. Bila duduk secara berkumpulan, di sinilah kami buat networking.


Diberikan tiket untuk makan malam Gala Dinner bersama Anuar Zain dan Dr Azizan Osman.


Amcam? Ko ader? Actually, saya bukan peminat Anuar Zain. Tapi, bila dah jumpa. Ambil lah gambar. Gambar ini diambil ketika beliau sedang menyanyikan lagu 'Lelaki Ini.'


Berpeluang untuk berjumpa dengan artis. Teka siapa yang baju biru merah putih tu?

Actually, kami peserta Super Supreme ada satu hari extra class with Dr Azizan Osman. Insya Allah, nanti saya akan kongsikan dengan anda apa yang kami belajar dalam kelas itu.

Jika anda tanya adakah berbaloi kami ambil pakej Super Supreme dan bayar mahal untuk program sebegini? Jawapan saya begini.

Sejujurnya, jika anda ada duit lebih, anda patut register yang Super Supreme. Banyak kelebihannya. Tapi jika anda baru start buat bisnes, dan duit pun tak ada berapa banyak. Cukuplah jika anda pergi dengan pakej VIP atau yang paling murah General.

Apa yang penting, anda pergi dan duduk dalam kelas tu. Dengar. Banyak ilmu yang anda akan belajar nanti.

Insya Allah, selepas ini saya akan kongsikan beberapa lagi ilmu yang saya pelajar dari kelas Dr Azizan Osman.

Semoga bermanfaat.

Yang Menulis,
Mohd Firdaus Mat Saad

* Jika anda berminat untuk mendapatkan TIPS RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG, anda boleh layari www.rahsiapelajarcemerlang.com . Mungkin tips tips ini berguna untuk anak-anak atau saudara mara anda.

3 ulasan:

  1. Jumpa Fizo kat Gym semalam....Tengah lari kat treadmill x sedar dia kat sebelah pastu dia tegur, u dulu yang pergi Dr. Azizan kan?...mmg anak murid DAO x sombongla...

    BalasPadam
  2. Salam, review yang menarik dan peenuh informasi. Saya pun dah pergi Seminar Jutawan Industri Siri 1 Dec 2012. Memang banyak input dan teknik yang dikongsikan oleh DAO.

    Nur Amin Jamaludin
    www.facebook.com/HjSaniCatering

    BalasPadam
  3. Lepas program IJI ni, minda saya telah diracuni dan diserap dengan aura Jutawan!!!

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top