Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya berkesempatan untuk keluar makan dengan seorang sahabat saya. Sheikhul Islam Ustaz Haji Saufi.

Kami keluar sambil berbincang peluang-peluang bisnes yang ada banyak disekeliling kita hari ini.

Kami makan di Pizza Hut. Memandangkan kami makan Pizza, saya diberikan pisau dan garpu sahaja. 


Ketika makan pizza ini, ustaz ini menegur saya.

"Firdaus, cara hang pegang pisau dengan garpu tu tak betul la," kata Ustaz Saufi.

"Apa yang tak betulnya?" saya bertanya kembali.

"Hang pegang pisau dengan tangan kanan, lepas tu hang makan dengan tangan kiri, salah tu" beliau menambah.

"Hmm..... sebenarnya, aku dah terbiasa potong dengan tangan kanan. Sebab tu aku guna pisau tangan kanan dan makan tangan kiri," saya menjelaskan kepada beliau.

"Sebenarnya, tak salah hang nak potong pizza tu dengan tangan kanan. Yang salahnya bila hang makan dengan tangan kiri. Itu yang salah......." 

Saya terkelu. Betul jugak apa yang ustaz katakan. Hmmm...... Selama ini, saya tak lah mengambil 'berat' kalau setakat nak makan dan minum dengan tangan kiri. 

Pada akal fikiran saya, ia hanya larangan. Bukan haram pun makan dan minum dengan tangan kiri. So, saya tak ambil berat sangat.

Selepas saya menceritakan kepada member saya ni, beliau kemudiannya menambah.

"Tahu tak, dalam hadis. Cara penekanan Rasulullah mengenai larangan makan menggunakan tangan kiri tu sebenarnya larangan yang kuat. Bukan larangan yang biasa. Lagi pun, bukan satu hadis saja ada pasal larangan makan menggunakan tangan kiri. Tapi ada banyak hadis, ini nak tunjukkan betapa 'keras' larangan makan tangan kiri," Ustaz Saufi menambah.

Ok.... Saya terima teguran yang diberikan. Syukur Alhamdulillah. Selepas hidup 32 tahun, baru 'sedar' ketegasan larangan Rasulullah untuk kita makan menggunakan tangan kiri.

Sebelum ini saya ingat ia biasa biasa sahaja.

Selepas saya balik ke rumah, saya buat semakan di internet. Subhanallah. Sebenarnya, memang banyak hadis larangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.

Ada hadis yang membawa maksud. 

"Jika kamu hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Jika kamu hendak minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kiri"

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang membawa maksud.

"Hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kanan, mengambil sesuatu dengan tangan kanan dan memberi dengan tangan kanan, sesungguhnya syaitan makan, minum dan mengambil sesuatu dengan tangan kiri."

Perkara ini sebenarnya agak asas dalam kehidupan kita sebagai orang Muslim. Tapi, ada juga seorang dua seperti saya yang 'mengambil' ringan larangan ini.

Semoga 'entri' ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Founder : Mariafirdaus.com.my

Jika anda rasa ia mungkin memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin anda boleh "SHARE" dengan menekan LIKE button di bawah ini.

3 comments:

  1. Assalamualaikum, Ustazah ada mengajar jika kita tengah makan dengan tangan kanan kemudian kita hendak pegang gelas untuk minum air. Selalunya kita pegang tangan kiri gelas tu sebab tangan kanan telah digunakan untuk makan dan mungkin berminyak dan licin. Jadi kita minum guna tangan kiri. Sebaiknya menurut Ustazah, kita angkat gelas tu dengan tangan kiri tapi masa hendak minum letak belakang tangan kanan dibawah gelas tu seperti mengampu gelas dan gunakan ianya untuk membantu minum daripada gelas itu. Wallahuallam. Salam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Ustazah ada memberi nasihat mengenai mainum tangan kiri. Jika kita tengah makan menggunakan tangan kanan kemudian kita hendak minum air dan kita ambil gelas menggunakan tangan kiri dan minum. Kita guna tangan kiri kerana tangan kanan sedang digunakan untuk makan dan mungkin akan mengotorkan gelas atau mungkin licin kerana berminyak. Jadi sebaiknya menurut Ustazah, kita angkat gelas guna tangan kiri tetapi semasa hendak minum, letakkan telapak atas tangan kanan dibawah gelas seperti mengampu gelas itu dan kemudian minumlah. Wallahualam. Salam

    ReplyDelete
  3. Makan dengan tangan kiri sama seperti syaitan makan. Oleh itu jika selama ini anda makan dengan tangan kiri, mulai sekarang, ubahlah tabiat tersebut. Jika anda masih terus berdegil dengan cara itu, bermakna anda telah mengikut cara syaitan, sedangkan syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top