Assalamualaikum,

Anda yang melihat Maria buat bisnes, anda mungkin nampak Maria macam mudah ajer. Suddenly her life change. Yes, totally change. Syukur Alhamdulillah.

Namun, anda mungkin nampak Maria seperti anda melihat seekor itik yang sedang berenang di atas tasik. Anda nampak Maria di luar sahaja. Hakikatnya... Allah sahaja yang tahu.


Mudah? Anda melihat Maria mudah buat bisnes kerana anda melihat dari atas. Jika anda tengok dibawah air itu, kaki itik itu tanpa berhenti mengayuh, mendayung untuk maju ke hadapan. Kepenatan kaki itik ini tak ada siapa pun yang nampak. Hanya Allah yang tahu.

Kisah 2 Bulan Yang Lepas

Maria stuck dalam bisnes. Maria jammmm..... Dah tak boleh nak handle bisnes. Tak tahu nak buat macam mana. Maria berbincang dengan saya, masalahnya saya pun tak tahu nak buat macam mana. 

Sebab bisnes Shaklee bukan kepakaran saya. Tapi, syukurnya saya tahu short cut yang Dr Azizan kongsikan dengan saya semasa menghadiri kursus yang beliau anjurkan.

Shortcut nya, "Pergi cari mentor, tanya mereka apa yang perlu dilakukan. Mentor yang dah berjaya tu dah melalui kesusahan dan kepayahan yang sedang kita lalui. Mereka tahu apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi halangan pada waktu itu"

Syukur Alhamdulillah. Inilah salah satu sebabnya saya memilih untuk Maria buat bisnes Shaklee. Dalam bisnes ini ada ramai mentor yang sudi untuk membantu kami yang masih baru dalam dunia Shaklee ini. 

Dalam Shaklee sahaja, Maria ada 5 orang mentor. Maria boleh meminta pertolongan mereka at any time. Mereka semua dah expert. Dah 2-3 tahun berenang dalam dunia Shaklee.

Since mentor dah ada, kami mencari ilmu baru dengan bertemu dengan mentor kami. Kami kongsi masalah yang sedang kami hadapi.

For your info, bukan senang nak jumpa mentor-mentor yang hebat ini, mereka ni semuanya busy. Tapi, Alhamdulillah, bila dah jumpa date dan masa yang sesuai, kami buat appointment untuk jumpa mentor, Kak Ceri. 

Meeting selama 1 jam sahaja.

Walaupun beliau di KL, kami di Parit Buntar. Untuk mencari ilmu, kami sanggup meredah perjalanan ke KL hanya untuk bertemu dengan beliau. Jauh, penat, kos semuanya kami letak ke tepi.

Sebabnya, itulah harga yang perlu kami bayar untuk kami berjaya.


Presidential Master Cheri. Mentor utama kami dalam group Jutawan Shaklee. Beliaulah yang banyak berkongsi dengan kami rahsia untuk berjaya dalam Shaklee.


Maria sedang ber'talaki' dengan Kak Ceri. Banyak ilmu sedang disedut pada waktu ini. Orang pakar ni, memang hebat. Masuk aja bilik, terus tanya, "Apa masalah u?" 

Then..."Oh... ni senang aje. Buat macam ni... bla bla bla" 


Sedang buat perancangan untuk Maria selama 3 bulan. Baru nampak apa yang tak nampak sebelum ini.

Kesan Pertemuan Dengan Mentor


Akhirnya, pengorbanan kami terbalas. Berjaya naik satu ranking lagi dalam Shaklee. KEY COORDINATOR.. Ini pangkat ke 5 daripada 7. Sikit je lagi nak ke puncak.

Alhamdulillah, peningkatan yang sangat memberangsangkan. Semuanya hasil tunjuk ajar daripada mentor yang hebat.

Kesan Terhadap Bonus

Actually, rasanya tak molek kami menceritakan bonus bulan September yang lepas. Cuma, yang saya boleh kongsikan dengan anda, perbezaan bonus bulan Ogos dengan bulan September adalah sebanyak 5 angka. 

Alhamdulillah, bonus Maria bersama Shaklee sekarang sudah mencapai 5 kali ganda berbanding gaji semasa kerja di Silterra dahulu.

Yang seronoknya pastilah saya. Sekarang, bila shopping Maria dah tak minta duit saya dah. Semua guna duit sendiri sahaja.

Hehe.....Syukur.

Pengajaran

Bagi saya, ada dua pengajaran penting yang ingin saya kongsi dengan anda:

1) Kalau ada tempat untuk 'menadah ilmu', ada mentor yang sedia membantu, carilah mereka. Mungkin itulah jalan 'short cut' yang anda cari selama ini. Mungkin ia akan menyelesaikan masalah anda 

2) Jika nak  buat sesuatu bisnes, buatlah bisnes yang ada mentor yang sudi membantu. Insya Allah, lebih mudah untuk anda berjaya jika ada mentor yang boleh tunjukkan jalan buat anda.

Semoga kisah ini memberi sedikit pengajaran buat kita semua.

Wassalam.

1 comments:

  1. Setuju. Mentor memang antara perkara penting untuk berjaya bisnes.

    Mereka orang yang telah berjaya dalam bisnes yang ditempuhi. Dengan mempunyai mentor atau guru, ia akan memudahkan jalan kita untuk menuju kejayaan dalam bisnes. :)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top