Assalamualaikum,

Kepada para pembaca blog Maria Firdaus, nantikan pelancaran Ebook Siri Motivasi Pelajar Cemerlang Esok.


3 buah buku akan dilancarkan esok. Jom kita baca "Apa Kata Mereka" yang sudah membaca buku ini.

PEMBACA #4 : DR REZQA ABDULLAH HUSSAIN (PAKAR BEDAH HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR PERLIS)

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Firdaus Mat Saad kerana berjaya menghasilkan tiga buah karya sekaligus. Kejayaan ini adalah satu daripada banyak capaian luar dari kebiasaan oleh beliau.

Mohd Firdaus Mat Saad adalah seorang budak Melayu yang biasa dan normal, lahir dalam keluarga yang sederhana dan kebanyakkan, hidup di dalam masyarakat kampong yang tipikal dan tidak ideal tetapi mampu untuk berjaya dan mencapai keluarbiasaan di dalam banyak aspek kehidupan anak muda Melayu yang biasanya, biasa-biasa sahaja.

Buku pertamanya ‘Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom’ menggarap perjalanan anak muda ini dari zaman awal persekolahan sehingga beliau tamat belajar, bekerja sebagai jurutera dan seterusnya menjadi usahawan tani yang berjaya. 

Catatan dan gaya bahasanya sederhana sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah lakaran kisah kejayaan dan pencapaian beliau di dalam akademik dan  aktiviti di luar bilik darjah. Saya percaya ada ramai yang lebih berjaya dan cemerlang daripada beliau, tetapi hanya segelintir daripada mereka yang berjaya itu mampu atau mahu untuk berkongsi pengalaman kejayaan masing masing untuk menjadi inspirasi dan motivasi generasi masa hadapan.

Kisah kejayaan beliau (dan adik beradik beliau) memberi jaminan dan tunjuk jalan kepada anak anak nusabangsa bahawa, walaupun mereka bukan dari keturunan golongan elitis dan terpilih, mereka juga mampu untuk berjaya dengan cara dan kemahuan yang betul.

Selain itu, Mohd Firdaus Mat Saad adalah contoh bahawa kejayaan di dalam akademik bukan di atas pengorbanan aktiviti ko kurikulum, bahkan membuktikan sebaliknya. Saya percaya, kejayaan beliau menjadi usahawan tani banyak dibantu oleh ‘soft skill’ yang dibentuk oleh aktiviti luar bilik darjah berbanding kecemerlangan akademik beliau. 

Di dalam ‘Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang’ Firdaus telah berkongsi pengalaman dan teknik teknik belajar yang boleh digunapakai. Beliau mulakan buku tersebut dengan muhasabah akan peripenting untuk cemerlang dalam pelajaran dan kesan akibat gagal dalam pelajaran. Beberapa anekdot menarik disisipkan untuk renungan para pembaca.

Seterusnya beliau menghuraikan 25 rahsia pelajar cemerlang. Saya begitu teruja membaca tips tips yang diberi kerana kesemuanya sangat praktikal dan diolah dengan baik berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Keterujaan saya bercampur dengan sedikit kekesalan kerana baru kini saya dapat membaca satu buku kaedah pembelajaran yang praktikal dan realistik untuk dipraktikkan. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap pelajar yang inginkan kejayaan.

Buku ‘Rahsia Pelajar Luar Biasa’ adalah sebuah buku motivasi diri. Penekanan dan fokusnya adalah pada hidup yang bermatlamat dan memperkasakan potensi diri serta menjauhi sifat yang melemahkan. Kandungannya ringkas dan tidak berpura pura. Sarat dengan kisah inspirasi dan kata kata hikmah penulis sendiri,  dan orang lain, buku ini mudah dan ringan untuk dibaca. 

Pengajaran dan hikmahnya pula berat dan menaikkan semangat. Buku ini perlu selalu dibaca berulang ulang untuk motivasi diri yang semangatnya acapkali menurun. Sesuai untuk semua golongan.

Penutup

Saya mengenali Firdaus sejak dari SMKA AL Mashoor lagi. Perjalanan akademik kami hampir serupa. Bermula di Al Mashoor, MRSM Taiping, dan Sheffield University. Membaca buku-buku tulisan beliau mengingatkan kembali kepada watak sang diri penulis.

Salah satu sifat beliau yang saya ingat ialah sikap berani beliau, berani mencuba dan berani bercakap benar. Kali ini, beliau sekali lagi menunjukkan keberaniannya dengan mencebur bidang penulisan dan menulis kisah hidupnya yang masih muda dengan agak intim. 

Bukan mudah untuk menceritakan kejayaan diri sendiri yang masih lagi setahun jagung. Bukan senang untuk menulis dan berkongsi kaedah belajar diri. Bahkan paling sukar berkongsi rahsia menjadi insan luar biasa walaupun diri terasa biasa biasa sahaja. Tapi, demi hidup untuk memberi, dalam memburu matlamat akhir mencapai mardhatillah, lahirlah tiga karya yang  sangat bermanfaat!

Semoga, Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang Nya buat Firdaus sekeluarga.

PEMBACA #5: SAKINAH ( PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI PERUBATAN, MSU)

Saya belum pernah jumpa buku motivasi sehebat ini. Semua tips yang diberikan adalah benda yang kita tahu, tetapi kita sering lalai dan alpa. Membaca Ebook ini banyak membuka mata & minda saya.

Seperti yang diceritakan dalam buku ini, “Kalau kita nak berjaya, kenalah berguru dengan orang yang dah berjaya”. Saya hendakkan perubahan dalam hidup saya, tapi saya tidak tahu dimana mahu bermula.

Membaca ebook ini membantu saya mencari sinar cahaya dalam kehidupan. Rasa ‘inspired’ lepas baca buku ini. Ia wajib dimiliki setiap pelajar yang inginkan perubahan dan hidup luar biasa.

PEMBACA #6: NURUL ATIKAH (PELAJAR TINGKATAN 6, SMK HAMZAH, MACHANG)

Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Tuan Haji Firdaus kerana memberi kepercayaan untuk saya menjadi antara pembaca awal 3 buah buku ini. Ketiga-tiga buku ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tuan Haji memulakan buku ini dengan penceritaan dan perkongsian hidup Tuan Haji bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti. 

Dalam setiap bahagian diselitkan interaksi dan dialog yang mana bagi saya ia sesuatu yang menarik. Kisah penceritaan ini memudahkan saya untuk memahami dan menghayati sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Pencapaian Tuan Haji di setiap sekolah, kolej dan universiti memberi inspirasi kepada saya berjaya macam Tuan Haji.

Buku kedua “Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang” padat dengan tips, rahsia dan teknik untuk belajar berkesan. Mula-mula, Tuan Haji terangkan tips, diikuti dengan cerita ringkas dan kisah-kisah motivasi serta ditutup dengan kesimpulan yang padat.  Hanya satu sahaja yang ingin saya katakan mengenai buku “Rahsia Pelajar Luar Biasa”. Ia ‘superb’. 

Buku ini untuk mereka yang mahu jadi pelajar luar biasa sahaja. Yang tak mahu, tak perlu baca! Agak keras dan sarkastik, tetapi inilah hakikatnya. 11 rahsia pelajar luar biasa dalam buku ini benar-benar membuka minda saya bagaimana untuk menjadi seorang yang luar biasa. Terima kasih Tuan Haji atas ilmu-ilmu yang dikongsikan.

Secara keseluruhan, cara penulisan tak berat, amat mudah difahami, Tuan Haji menulis secara santai dan bersahaja serta tak cepat bosan. Dengan cara ini, mesej pun mudah untuk diterima oleh pembaca. 

Saya doakan semoga kejayaan, kejayaan dan keberkatan dari Allah S.W.T sentiasa bersama Tuan Haji dan keluarga. 

Nantikan pelancaran ketiga-tiga buku ini pada esok hari. Dapatkan harga istimewa sempena hari pelancaran ini.

Saya mohon kepada kawan-kawan agar dapat LIKE FB button untuk entri ini.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top