Assalamualaikum,

Ingat tak lagi Projek Sumbangan Beras untuk mereka yang memerlukan yang saya lancarkan bulan lepas.

Sebenarnya, semua beras sudahpun saya edarkan. Memandangkan terlalu banyak beras yang diterima, saya membahagikan beras ini kepada beberapa buah kampung di sekitar Parit Buntar dan diserahkan melalui wakil-wakil masjid.

Keseluruhannnya, saya hanya membahagikan sekitar 50 beg secara personal. Saya pergi dari rumah ke rumah di Parit Buntar dan di Lubuk Buntar.

Terlalu banyak pengajaran yang saya dapat sepanjang perjalanan membahagikan beras ini.

Keinsafan

Saya bersyukur menjalankan projek ini. Teramat bersyukur. Ini kerana saya dapat menyaksikan sendiri kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat setempat yang berhampiran dengan saya.

Selepas menyaksikan kesusahan mereka ini, saya rasa saya perlu bekerja lebih keras lagi. Saya perlu menjadi kaya. Saya mahu membantu lebih ramai orang yang susah ini.

Walaupun sumbangan hanyalah sekampit beras baru baru ini. Tapi, reaksi daripada mereka. Subhanallah.

Mereka terlalu bersyukur seolah olah saya beri mereka duit RM1000. Mereka betul betul menghargai sekampit beras yang saya sampaikan kepada mereka.

Yang paling tidak dapat dilupakan, saya sampaikan sekampit beras kepada orang yang betul betul susah dan mempunyai seorang anak OKU.

"Mak cik, beras ini sumbangan untuk mak cik. Ada orang bagi. Mak cik tak perlulah tanya siapa yang berikan beras ini. Mak cik ambillah."

Dengan wajah yang terharu. Mak cik ini menerima beras dan terus mengangkat tangan, menadah tangan dan terus berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur atas pemberian beras ini. Ya Allah, aku mohon kepada Mu. Ampunkan dosa orang yang memberikan beras ini kepada ku. Aku mohon kepada Mu, murahkan rezeki orang ini dan Kau mudahkan urusan mereka yang membantu aku."

Allah Allah. Saya hampir sebak mendengarnya. Terharu. Tak sangka respon sebegini yang diberikan oleh penerima beras ini.

Sebenarnya, bukan beliau seorang yang begitu. Ada beberapa orang lagi turut melakukan perkara yang sama.

Ok. Sekarang jom kita semua saksikan rumah rumah penerima beras yang saya sampaikan di Lubuk Buntar.


Seorang ibu tunggal. Tinggal seorang diri. Tiada anak yang tinggal bersamanya. Berumur sekitar 65 tahun.


Juga ibu tunggal. Tinggal seorang diri. Rumahnya bocor. Tidak mendapat bantuan daripada mana mana pihak.

 Rumah sepasang suami isteri. Suami seoarang tua dan isterinya sedikit muda tetapi bisu. Kerja kampung.

Rumah seorang OKU. Tidak boleh berjalan. Hanya boleh mengesot. Ada motor khas OKU. Digunakan khas untuk pergi ke masjid. Allah Allah. Walaupun OKU, tetap ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.


Rumah ibu tunggal. Mak ci ni pun doa panjang lepas dapat beras.


Rumah sepasang suami isteri yang kedua duanya bisu. Ada anak yang turut bisu. Namun, ada juga anak yang normal.

Alhamdulillah. Saya sudah menyampaikan amanah yang anda berikan kepada saya. Semoga sumbangan kecil kita ini memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Mudah mudahan Allah terus memurahkan rezeki kita selepas ini. Semoga kita boleh terus memberi selepas ini.

Buat masa ini, saya tidak bercadang untuk membuat pusingan kedua sumbangan beras. Lain kali, ada kelapangan saya akan fikirkan bentuk bantuan yang boleh kita berikan.

Kepada anda yang menyumbang tempoh hari, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda.

Wassalam.

1 comments:

  1. Salam Fidot

    Rasa sebak tgk gambar ni, dan rasa ralat tak sumbang lebih tu ari. patut kita buat pusingan kedua....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top