Assalamualaikum,
Baru-baru ini ada pembaca blog yang tengah pregnant tanya Maria,
"Makan vitamin Shaklee ni, susu boleh keluar masa hari pertama atau kedua tak?
"Masa anak sulung dulu susu saya langsung tak keluar lepas bersalin. Baby asyik menangis je sebab lapar, sampai saya tak boleh tidur langsung. Letih sangat-sangat. Saya pun terus bagi susu formula pada hari pertama."
"Lepas beberapa hari, susu keluar tapi selalu tak cukup. Pam pun cuma dapat 1 oz je. Terpaksa top-up dengan susu formula juga."
Hmm..Ini lah soalan yang biasa ditanya oleh ibu-ibu yang pernah menghadapi masalah dalam penyusuan, termasuk Maria juga dulu.
Tapi, betul ke susu tak keluar sejurus selepas bersalin, ataupun ini salah tanggapan semata-mata sebenarnya?
Sebelum ni, Maria pernah ceritakan tentang pengalaman Maria sendiri semasa bersalin anak pertama dan kedua. Sememangnya, ILMU PENYUSUAN adalah sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Tanpa ilmu, kita cuma akan mengikut sahaja kata-kata orang sekeliling (termasuk ibu bapa dan nurse), bila mereka kata baby menangis sebab "lapar" dan "susu kita tak cukup".
Maria amat memahami keadaan ibu-ibu yang baru bersalin pada masa ni, sebab Maria sendiri pernah mengalaminya dulu. Sangat stress kan?
Jadi, untuk menangkis kata-kata dari orang-orang sekeliling yang kurang ilmu penyusuan ni, jom kita fahami bagaimana keadaan perut baby sejurus selepas kelahiran:-

Terkejut tak? Rupa-rupanya, pada hari pertama kelahiran, perut bayi hanya sebesar guli!!
Dan bayi hanya perlukan 1 sudu teh susu ibu sahaja setiap kali menyusu, bukannya 1 oz ye..

Ini pula maximum capacity perut bayi mengikut umur. Nampak tak, pada hari ketiga pun, kapasiti perut bayi masih kurang dari 1 oz. Jadi, biasanya berapa oz susu formula yang diberi kepada newborn? Sumber: KellyMom
Masa Maria bersalinkan anak sulung (Farees) dulu, pada hari ke-4 Farees terpaksa ditahan di wad kerana jaundice yang tinggi. Pada hari ke-4 ini lah Maria cuba pam buat kali pertama selepas Farees tak mahu menyusu direct kerana dah suka pada botol susu.
Waktu tu Maria cuma dapat pam tak sampai 1 oz pun. Dengan keadaan letih, stress, sakit dan sedih, Maria sangka susu memang tak cukup, jadi terpaksa tambah dengan formula.
Sekarang barulah Maria faham keadaan sebenar, dan rasa sangat menyesal sebab tak cukupkan diri dengan ilmu penyusuan sebelum bersalin dahulu.
Sebenarnya susu pada waktu awal kelahiran ni dikenali sebagai 'colostrum' yang berwarna kuning dan sangat pekat. Colostrum ini lah yang paling banyak khasiat untuk membina sistem pertahanan badan bayi di awal kelahiran.
Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan susu ibu anugerah Allah ini, dengan menggantikannya dengan susu formula.
Jadi, sebenarnya cara terbaik adalah dengan terus memberi bayi menyusu secara direct, bukannya dengan mengepam. Kecuali lah kalau ada masalah lain yang menyebabkan anda langsung tidak dapat menyusu secara direct, barulah anda patut mengepam.
Allah dah ciptakan komposisi susu ibu berubah mengikut umur bayi. Jadi macam mana kita boleh pastikan susu formula yang komposisinya sama, adalah sesuai untuk bayi kita sejak lahir hingga berumur setahun?
Kesimpulannya, ibu-ibu mesti mulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas bersalin. Teruskan menyusu walaupun anda letih, sakit dan rasa macam tak keluar apa-apa. Kalau rasa sakit dan melecet, dapatkan nipple cream yang ada dijual pasaran, seperti brand Medela.
Memang ada orang yang dikurniakan oleh Allah dengan rezeki susu yang banyak pada hari pertama kelahiran bayi. Tapi kebanyakannya tidak begitu, termasuk Maria.
Tapi, dengan cara yang betul, InsyaAllah, semua ibu pasti mampu menyusu bayi sepenuhnya tanpa perlukan tambahan susu formula.
Jadi, elakkan stress dan jangan berputus asa jika anda rasa SUSAH dan LETIH. Ini kerana STRESS juga akan menghalang penghasilan susu ibu.
Banyakkan berdoa kepada Allah, dan sentiasa berfikiran positive yang Allah akan cukupkan susu untuk bayi kita. Dapatkan bantuan dan pandangan daripada mereka yang berpengalaman.
Percayalah, pengorbanan yang sedikit di awal kelahiran ini, akan membuahkan kegembiraan yang tidak ternilai bila dapat melihat bayi kita membesar dengan sihat dan bijak, hasil dari susu ibunya sendiri, InsyaAllah.
Semoga info kali ini dapat memberi sedikit panduan untuk ibu-ibu di luar sana yang bakal melahirkan bayi.
Vitamin Shaklee dapat membantu penyusuan susu ibu dengan menyediakan NUTRISI LENGKAP yang diperlukan dalam badan ibu.
Bila cukup nutrisi, ibu akan menjadi lebih SIHAT dan CERGAS, tidak stress dan mampu berusaha untuk terus menyusukan bayi.
Thanks for reading! :)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Good info :)
ReplyDeletemasa anak sulung pon pernah jadi macam tu jugak..susu xdak. Then bagi la susu formula.Masa tu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu, zero. Xtau cemana nak stimulate bagai.. a few days baru la ada..Tapi berbeza plak anak ke dua.alhamdulillah, Allah permudahkan. anyway, skarang nie dok cari+tambah info..untuk adik ipar yg situasi dia lebih kurang sama macam saya...TQ :)
ReplyDeleteTerima kasih atas info..:)
ReplyDeleteSalam..sy dlm berpantang 28hari skrg..dan sy mgalami mslh susu juga dan sy da topupkn susu formula utk ank sy. Terasa bersalah sgt. Adakah sy masih berpeluang utk mnyusukan ank sy tanpa perlu tmbh susu formula? Mcm mn sy nk byk kn susu bdn sy? Bermcm2 suplimen sy da cuba..minum air kosong 3L stiap ari, mkn ulam pegaga tp masih gagal lg byk kn susu.
ReplyDeleteInfo yg sangat berguna.Tq Master.Eyda mohon share
ReplyDeletealhamdulillah..set shaklee memang sangat membantu time pantang dan juga time susukan baby..rasa bertenaga je badan.
ReplyDeletehi puan.. nak tanya psl tip menambah susu badan. sy bru abs pantang 2 bln. ms bru bsalin tu mmg ada pump susu badan tp x banyak.. hampir sbln jg pump lps tu sy bhenti pump sbb mcm xda susu yg kluar lg. kalau ada pun stitis dua je.
ReplyDeletedapatkah andai kata sy nak restart blk pump susu badan? skrg dh start keja blk. jd sy hanya dpt pump waktu mlm je. msh jg stitis dua yg kluar. macam mna ye? kalau boleh x nak bg bb FM