Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya bercadang untuk membuat tempahan barangan reban ayam. Memandangkan kos barangan yang hendak dibeli sekitar RM40,000. Saya mencari beberapa pembekal bagi mendapatkan harga yang terendah.

Setelah ke hulu ke hilir mencari pembekal, saya menyenarai pendek dua pembekal yang mampu memberi tawaran yang menarik.

Pembekal A merupakan hardware tempat saya selalu membeli barang. Tauke kedai ini selalu menawarkan harga yang murah kepada saya. Saya memang suka membeli barangan di kedai ini.

Pembekal B pula tidak pernah saya jumpa sebelum ini. Bahkan, saya hanya bercakap dengannya melalui telefon dan berhubung menggunakan emel.

Pembekal A menawarkan harga sekitar RM39,000 untuk barangan yang hendak saya beli.

Pembekal B pula menawarkan harga sekitar RM36,600 untuk barang yang sama.

Sudah pasti saya akan membeli dari Pembekal B walaupun Pembekal A merupakan 'supplier' saya yang utama sebelum ini.

Disebabkan Pembekal B menawarkan harga yang lebih murah, saya akhirnya membuat keputusan untuk membeli dengan beliau.

Saya menghantar emel untuk 'confirm' order dan membuat tempahan hanya melalui emel. Pembekal B meminta saya 'Bank In' duit ke akaun syarikatnya.

Selepas saya tekan 'Button Enter' mengesahkan tempahan saya. Pembekal A telefon saya. Saya memberitahu saya dapat tawaran daripada Pembekal B pada harga RM36,600. Dan saya sudah pun mengesahkan tempahan daripada Pembekal B.

Pembekal A tak puas hati. Terus beliau 'fight' harga. Beliau katakan yang beliau sanggup berikan saya harga RM36,000 untuk barangan yang sama.

"En Firdaus, you beli la sama saya. Saya offer you lagi murah. Lagi pun, you belum bayar maa sama itu orang. Bukan ada rugi apa pun. You lagi untung order sama saya."

Iman saya tergugat. RM600 bukan jumlah yang kecil. Macam macam boleh buat dengan duit sebanyak tu.

Tapi......... Saya dah berjanji dengan Pembekal B untuk membeli barangan daripada beliau.

Saya berfikir sejenak. Menimbangkan keputusan yang hendak dibuat.

Setelah berfikir, saya membuat keputusan untuk membeli daripada Pembekal B walaupun saya terpaksa bayar RM600 extra.

Ini bukan soal duit RM600 tu.

Tapi, ini soal janji. Janji yang mesti ditepati. Saya boleh memungkiri janji dengan Pembekal B dan membeli daripada Pembekal A. Lagi pun, Pembekal B bukan kenal saya. Kami tak pernah berjumpa pun.

Saya memikirkan impak yang terpaksa saya terima akibat memungkiri janji. Pertama, Pembekal B pasti mengatakan saya seorang 'penipu' kerana sudah order barang tapi tak bayar dan tak mahu ambil barang.

Pembekal B akan hilang kepercayaan kepada orang Melayu dan orang Islam lepas ni. Mereka akan mempunyai pra sangka negatif terhadap orang Melayu dan Islam lepas ni.

Dan yang paling teruk, saya termasuk dalam golongan 'Munafik' iaitu tidak menepati janji. Allah Allah. Macam mana saya nak menjawab di akhirat kelak.

Dan saya amat pasti, kalau saya cuba untuk mengambil untung sebanyak RM600 ini. Saya khuatir Allah akan mengambil daripada saya lebih daripada itu dengan cara yang lain.

Saya call Pembekal A.

"Bos, saya minta maaf. Saya tak boleh beli daripada you. Saya sudah janji sama lain orang. Ini bukan duit punya hal. Sekarang saya sudah janji. Dan saya tak mau tipu itu orang. You pun satu, lain kali kalau buka harga sama saya. Kasi la offer bagus sket. Ini lain orang sudah offer, baru you mau offer. Tak pa, dalam 2-3 bulan lagi, saya mau order lagi satu set macam ni. Kalau you boleh offer macam ni. I beli sama you."

Saya terus ke Maybak dan Bank duit kepada Pembekal B.

Saya tak mahu fikir dah bab ni. Saya pasti Allah akan menggantikan lebih daripada RM600 itu kepada saya melalui cara cara yang lain. Tak rugi pun saya amanah kepada janji yang telah dibuat.

Banyak nikmat yang Allah dah beri kepada saya. Apalah sangat nak berkira dengan RM600 tu.

Saya saja berkongsi kisah ini dengan anda semua. Saya mahu kalau boleh kita jujur dan amanah dengan janji yang kita dah buat. Janji harus ditepati.

Janganlah kita termasuk dalam golongan orang munafik. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Wassalam

2 comments:

  1. Peniaga yang jujur akan bersama rasulullah di syurga, semoga tuan sentiasa di rahmati Allah

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan saudara Luqman Mazlan..moga allah memberikan yang terbaik untuk umatnya..insya'allah..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top