Assalamualaikum,

Syirik adalah sesuatu yang kita semua perlu takuti.

Allah boleh ampunkan dosa dosa lain. Tapi Allah tak ampunkan dosa Syirik.

Namun, kita rakyat Malaysia ramai yang terdedah dengan amalan amalan syirik tanpa kita sedari.

Semalam

Ada seorang jiran saya datang ke reban ayam saya mahu membeli ayam.

"Abang Firdaus, saya nak beli ayam seekor. Boleh tak?" tanya jiran saya ini.

"Allah, ambik aja lah. Tak yah beli lah. Seekor aja pun. Ambillah. Nanti aku suruh pekerja aku ambik." saya membalas.

"Ambil yang elok sikit ya bang. Saya nak bagi kat bomoh. Nak buat 'putus ubat'," dia memaklumkan saya.

"Apa, hang nak bagi kat bomoh. Nak putus ubat. Apa masalahnya ni?" saya bertanya kehairanan.

"Tak, saya selalu ditimpa musibah. Main bola, jatuh. Kaki sakit. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tu yang saya jumpa bomoh. Dia urut kaki saya. Ni saya nak pi last sekali la. Nak putus ubat," dia menjelaskan kepada saya.

"Hang rasa apa yang hang buat ni betul ka?" saya bertanya kembali kepada dia.

"Tu la, saya pun rasa tak betul. Takut jugak. Tapi dah bomoh minta. Saya nak bawa aja lah" dia menceritakan kepada saya.

"Tau tak, apa yang hang buat ni boleh jatuh kepada syirik. Cuba fikir balik, pernah tak dengar ada ayat quran, hadis ka pasal putus ubat nak kena guna ayam? Kalau tak dak dalam quran, tak dak dalam hadis. Berhati hati la. Hang tau tak kenapa dia nak ayam? Dia sebenarnya nak bagi kat 'jin' peliharaan dia. Tau tak, benda ni bahaya. Boleh jatuh syirik. Dan Allah tak ampun dosa syirik" saya membalas panjang lebar.

"Hmmm.. Patutla saya rasa tak sedap hati nak bawa ayam ni," beliau kelegaan.

"Kalau nak sihat. Kalau nak sembuh. Minta dengan Allah. Allah yang akan bagi sihat. Dan Allah yang bagi sakit. Jangan dok buat kerja kerja macam ni dah. Kalau aku bagi kat hang, sekali hang sekali aku 'sangkut'."

Selepas perbualan itu. Saya beri kepadanya seekor ayam. Ayam ni bukan untuk pi 'putus' ubat. Tapi untuk dia bawa balik rumah. Makan di rumah.

Dia berterima kasih kepada saya kerana nasihatkan dia dan beri ayam kepadanya.

Semoga kisah ini, menyedarkan kita. Jauhilah daripada perkara perkara yang menyebabkan kita jauh dari rahmat Allah.

Wassalam

1 comments:

  1. Salam Haji my hero

    Alhamdulillah hang dah selamatkan seorang hamba Allah ta3ala daripada terjunam kedalam kecelakaan. saya pun hairan masih ada lagi org lagu ni.percaya dgn bomoh.

    Semalam baru dgr ceramah org melayu panggil bomoh, english call dr., arab sebut tobib. jadi bomoh ni adalah dgn maksud perubatan kampung jadi ada yg haram ada yg halal.

    kalau rawatan bomoh itu menggunakan manzil masyaAllaah tabarakaAllaah tafadhol akhe. tapi kalau dah sampai nak korban binatang selain daripada Allaah harus ditentang.

    serupa juga dgn perubatan modern kalau dah dr tu tugasannya buang janin, tukar kemaluan manusia, buat plastic surgery sama gak haram dan harus ditentang.

    semoga Allaah melindungi kita semuat dari semua perkara ni Ameen!!

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top