Assalamualaikum,

Saya mohon maaf. Saya tak sempat nak update blog sejak dua menjak ini. Dan rasanya, masalah ini tidak dapat diselesaikan hingga minggu hadapan.

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi dengan anda:

1) Traffic Di Maria Firdaus

 Kalau anda perasan, sebelum ini bilangan Visitors ke blog ini sekitar 300 orang sehari. Dan sekarang. Alhamdulillah. Ia sudah mencecah 1000 orang sehari. Sesuatu yang tak pernah saya sangka sebelum ini blog MARIA FIRDAUS akan mendapat sambutan sebegini.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang tolong promote blog ini kepada kawan kawan anda.

Alhamdulillah. Sama sama kita mencari pencen kubur.

2) Salah Faham

Seperti yang saya ceritakan kepada anda, salah seorang pembaca blog ini menawarkan diri untuk membawa kereta saya ke Johor Baharu. Beliau akan menemankan perjalanan saya pergi dan balik.

Saya maklumkan di blog ini, saya akan mula berada di sana pada  12/10. Dan akan pulang pada 13/10.

Namun, beliau tersalah faham. Beliau ingat saya akan berada di Johor 10hb-12hb. Maka, beliau sudah pun berada di Parit Buntar pada 9 Oktober.

Dari jauh beliau datang. Dari Kelantan.. Allah Allah... Terpaksalah beliau melanjutkan tempoh beliau berada di Parit Buntar ini sehingga hari Ahad ini.

Saya mohon maaf atas salah faham ini. Tapi rasanya,di blog ini dah clear saya akan ke sana pada 12&13 Oktober ni.

3) Ceramah Lagi

Belum sempat ceramah di MRSM Johor Baharu dan UNISZA di adakan, di sebabkan blog ini dibaca oleh ramai orang. Kini saya menerima jemputan baru pula.

Allah Allah. Allah memberi peluang kepada saya untuk mencari pencen kubur seluas luasnya. Inilah yang dikatakan Erti Hidup Pada Memberi.

Terbaru, saya menerima jemputan daripada MRSM Taiping. Tempat saya belajar dahulu. Ia akan diadakan pada 16 Oktober ini.

Dan saya juga menerima jemputan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Taiping untuk berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan di Taiping pada 22 Oktober.

Kedua duanya berkaitan pengalaman saya menjalankan perniagaan.

Alhamdulillah. Saya suka. Saya suka. Lebih luas peluang untuk saya menambah nilai hidup orang lain. Lebih banyak peluang untuk saya mencari pencen kubur.

4) Terlalu Banyak Emel & PM

Sejak dua menjak ini, saya menerima terlalu banyak emel dan PM. Terlalu ramai yang bertanya saya itu dan ini.

Ada yang saya sempat jawab. Ada yang saya tak sempat nak jawab. Ada yang kecil hati. Ada yang marah saya sebab tak balas emel.

Ada yang memahami. Ada yang tak memahami. Minggu ini sahaja, ada sekitar 10 emel nak tanya pasal ayam. Lebih kurang 10 PM saya di Facebook. Nak tanya pasal ayam. Dan saya tak sempat nak entertain semua.

Ramai yang minta no phone saya. Tapi, tak semua saya sempat nak bagi. Dan ada yang saya minta nombor telefon dan saya call sendiri.

Ada yang hantar emel, cerita panjang lebar. Tanya macam macam. Saya tak sempat nak jawab. Bila saya tak jawab. Macam nak marah marah pula sebab tak jawab. Aduh.. Saya bagi nombor telefon saya untuk dia telefon. Dia reply dan bagi nombor phone dia. Allah Allah. Nak suruh saya call dia ker... Siapa yang nak tanya siapa ni.

Tak kurang, ada yang emel minta saya FUND business dia. Allah Allah. Ini bukan yang saya mahukan. Bukan saya tak mahu tolong. Saya pun, bukan kaya lagi pun. Pada mata anda, mungkin saya nampak dah 'kaya'. Tapi, saya belum sampai tahap boleh nak FUND kan business orang lain sampai dekat setengah juta.

5) Persiapan Rahsia Hidup Luar Biasa

Slot ke empat saya di MRSM JB benar benar membuatkan saya sesak nafas. Tajuk dia pun dah 'ganas'. Saya dah ada semua point. Tapi, nak compile and put in under one presentation bukan kerja yang mudah.

Dok solat hajat lagi ni. Minta Allah mudahkan. Tiga tajuk lain semua dah setel.

6) Tolong Doakan Saya

"Ya Allah, bantulah Firdaus dalam membuat persiapan ceramah beliau di MRSM JB. Permudahkan urusannya. Bantulah ia. Berikanlah ilham kepadanya untuk berkongsi pengalamannya dengan para pelajar di sana. Ikhlaskan hatinya untuk berceramah semata mata kerana Mu ya Allah. Selamatkanlah perjalanannya pergi dan balik ke sana."

Terima kasih atas sokongan anda.... "The Real Firdaus Is Back". Akan terus berusaha untuk lebih banyak memberi. Semoga Allah mengikhlaskan diri.

Amin...

I Love You All..

* Dah masuk waktu Isyak.. Jom solat Isyak berjemaah dahulu. Pesanan Penaja.....

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top