Sharing Mind Power & Doa Experience..

Saya cari satu Parit Buntar Wireless Microphone. Tak jumpa. Dia orang cakap, ada jual di Perai. Penang.

Sebelum pi cari, saya doa. "Ya Allah, tunjukkan aku kedai yang jual wireless mic ni. Permudahkan urusanku."

Dalam perjalanan, saya set di minda saya. "Aku akan jumpa wireless ni di kedai pertama. Dan aku akan parking di depan kedai tu"

Tiba di Chai Leng Park, Perai. Ternampak kedai elektrik. Kedai kecik ajer. Tiba tiba nampak parking kosong. Terus masuk.

Dan tak di sangka sangka. kedai tu ada jual wireless microphone. Walaupun kedai ni lebih kecik dari kedai di Parit Buntar yang saya cari.

Allah Allah. Syukur pada Nya yang memudahkan urusan.

Kita kena selalu 'bercakap' dengan Allah dalam apa jua keadaan. Berdoa bukan hanya di atas sejadah. Berdoalah pada bila bila masa dalam semua keadaan. Allah mendengarnya. Allah bukan ada di atas tikar sejadah sahaja.

Kemudian, berfikiran positif yang Allah akan tolong... Positifkan minda...

Rahsia Hidup Luar Biasa... Anda Kaya Dan Berjaya

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top