Assalamualaikum,

Sumbangan Derma OKU & Fakir Miskin

1) Jumlah kutipan yang telah saya terima setakat ini adalah RM5,930. Alhamdulillah, ramai yang menderma kali ini. Mungkin kita ingin merebut pahala bersedekah di bulan Ramadhan yang Allah janjikan.

2) Maka, secara rasminya, saya MENUTUP KUTIPAN DERMA UNTUK PROJEK INI.

3) Memandangkan kutipan ini terlalu banyak, saya akan berbincang dengan ayah saya, selaku Pengerusi Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah untuk memilih mereka yang betul betul layak menerima bantuan ini. Turut bersama dalam membuat keputusan adalah AJK Biro Kebajikan Surau saya. Mereka lebih arif tentang siapa yang betul betul layak.

4) Memandangkan jumlah kutipan ini terlalu banyak, saya bercadang untuk menambah bilangan yang akan menerima derma. Saya bercadang untuk menambah bilangan penerima kepada 15 orang. Jumlah akan ditentukan kemudian.

5) Syukur kepada Allah, kita dapat menggembirakan mereka yang berada dalam kesusahan. Moga, Allah akan melapangkan urusan kita di dunia dan di akhirat.

* Rasa malu dalam diri saya, kerana jumlah derma peribadi daripada saya jauh lebih sedikit daripada para pembaca blog ini. Azam saya, tahun depan saya nak derma lebih lagi. Saya nak mulakan projek ini lebih awal. Saya hanya terfikir pasal projek ini 2 hari lepas. Tiba tiba saya terasa nak menderma kepada mereka yang susah. Dan tiba tiba terfikir nak berkongsi dengan para pembaca. Alhamdulillah.

* Esok pagi saya akan meronda untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka. Allah Allah.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top