Assalamualaikum,
 
Seorang pekerja saya, Salam telah 5 tahun tidak pulang ke Bangladesh. Kekangan kewangan menyebabkan dia terpaksa bekerja keras di Malaysia demi menyara keluarganya di sana.
 
Keluarga
 
Datang dari keluarga yang miskin. Ibu dan bapanya sudah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Dia mempunyai 3 orang adik perempuan yang tinggal bersama emak saudaranya. Emak saudaranya pula sudah kematian suami. Dan mereka hidup dengan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Ini kerana wanita di Bangladesh tidak bekerja.
 
Tiada pilihan, dia terpaksa datang berkerja di Malaysia untuk menyara adik adiknya dan mak ciknya di sana.
 
Pinjam Wang
 
Untuk datang ke Malaysia, dia terpaksa membayar RM15,000 kepada pihak agen yang menguruskan kedatangannya ke Malaysia.
 
Disebabkan dia dari keluarga yang miskin, dia terpaksa meminjam wang daripada saudara maranya untuk datang ke Malaysia. Dan pak ciknya memberinya pinjam RM15,000 untuk dibayar kepada pihak agen.
 
Sebelum ini, pak ciknya lah yang menyara mereka sekeluarga. Pak ciknya memberi pinjaman RM15,000 kepadanya untuk dia bekerja di Malaysia. Cari wang untuk menyara ahli keluarganya di sana.
 
5 Tahun Lepas
 
5 tahun lepas, dia datang berkelana ke Malaysia.
 
Pada mulanya, dia bekerja di sebuah kilang di Melaka. Namun, dia dan rakan rakannya ditipu. Mereka dikerah untuk bekerja, namun gaji yang dibayar amat murah.
 
Gaji mereka hanyalah RM18.50 untuk 8 jam sehari bekerja.
 
Kemudian, dia dan kawan kawannya ditipu kerana tidak dibayar gaji pula.
 
Allah Allah. Besar sungguh ujian mereka.
 
Tahun Pertama
 
6 bulan pertama kedatangannya di Malaysia sia sia.
 
Dia bekerja dengan gaji yang minimum dan kemudiannya ditipu oleh kilang di sana.
 
Selepas bekerja dengan saya, dua tahun pertama dia gunakan wang itu untuk menjelaskan pinjaman kepada pak ciknya. Di samping dia gunakan duit itu sedikit untuk perbelanjaan adik adiknya.
 
Di kalangan pekerja saya, dialah yang paling rajin. Rajin bekerja. Rajin menolong orang lain. Rajin bersolat. Bahkan, dia satu satunya pekerja saya yang akan menunaikan solat di Surau berhampiran.
 
Allah Allah.
 
Raya Kali Ini
 
Tahun ini, sudah masuk 5 tahun dia beraya di Malaysia. Alhamdulillah, dia bekerja dengan saya. Saya selalu membantu dia dari segi kewangan di kala berlaku 'kecemasan' keluarganya di sana.
 
Baru baru ini, dia mendapat berita sedih.
 
Emak saudaranya yang menjaganya sejak kecil sakit teruk. Dan dia terpaksa meminjam wang daripada saya bagi membiayai perubatan emaknya di sana.
 
Dia selalu bersedih sejak kebelakangan ini.
 
Dah 5 tahun dia tidak menatap wajah emak saudaranya. Dah 5 tahun dia tidak menatap wajah adik adiknya.
 
Emak saudaranya pula sekarang sakit teruk. Dan mungkin sudah tiada harapan untuk sembuh.
 
3 hari selepas raya, Salam bertemu saya meminta pertolongan. Dia memberitahu saya, 'emaknya' teringin nak melihat wajah dia. Dah 5 tahun tak pernah bersua muka.
 
Dan di takdirkan Allah, ada jiran mereka di sana yang ada sedikit kemahiran internet.
 
Dan, hajat 'emaknya' dimakbulkan Allah.
 
Saya membantu dia untuk 'melihat' wajah ahli keluarganya selepas hampir 5 tahun tidak pernah melihat mereka. Saya berhubung dengan mereka menggunakan Skype.
 
Dan akhirnya. Selepas 5 tahun....
 
Salam mengalirkan air mata. Dia dapat melihat 'emak'nya. Adik adiknya dan jiran jirannya yang lain. Allah Allah. Sedih, sebak hati saya mengenang saat ini. Bayangkan dia tak pernah melihat ahli keluarganya selama 5 tahun sebelum ini.

Ahli keluarganya juga turut menangis.
 
Saya membiarkan mereka 'bersembang' sekitar 45 minit. Biarlah mereka menatap wajah ahli keluarga mereka puas puas.
 
Selepas itu, Salam mengucapkan terima kasih kepada saya yang membantunya melihat ahli keluarganya.
 
Semoga, Allah memberkati dan merahmati mereka sekeluarga. Dan semoga Allah beri yang terbaik kepada 'emaknya' yang sedang uzur sekarang ini.
 
Sama samalah kita doakan.
 
Wassalam



1 comments:

  1. terharunya. bayangkan kalau kita berada di tempatnya. 5 tahun tak jumpa keluarga dan berada jauh di perantauan hidup dalam kesusahan. Namun keimanan dia tak goyah, sentiasa taat pada Allah maka ditemukannya dengan bos yg baik seperti Firdaus. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top