Image may contain: text

Oleh : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Setiap daripada kita akan menghadapi saat kematiaan.

Saya akan mati, anda yang membaca posting ini juga akan mati. Ia adalah sesuatu yang sangat PASTI.

Selepas menghadapi kematian, jenazah kita akan dikebumikan dan roh kita akan dimasukkan ke dalam alam barzkah pada waktu itu.

Ia adalah satu permulaan kepada sebuah kehidupan yang sebenar kita. Selepas kita hidup di alam barzakah itu, kita tidak akan mati buat selama lamanya.

Kubur boleh menjadi salah satu daripada taman taman syurga buat kita. Dan ia juga boleh jagi salah satu daripada lubang lubang neraka buat kita. Nauzubillah.

Orang yang Allah beri kemuliaan kepadanya di alam kubur, Insya Allah akan berbahagia sehingga ke syurga nanti.

Orang yang Allah beri kehinaan kepadanya di alam kubur, orang ini akan menghadapi penyeksaan yang sangat panjang.

Apabila kita dikebumikan, dan selepas orang terakhir melangkah pergi dari kubur kita, kita akan didatangi oleh 2 orang malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir.

Allah menugaskan mereka untuk menyoal kita di alam kubur nanti.

Pada waktu ini, tiada siapa yang boleh bantu kita. Kita berseorangan untuk berhadapan dengan Malaikat Mungkar dan Nangkir ini.

Malaikat ini berwarna hitam dan matanya berwarna biru sambil membawa satu penukul yang sangat besar.

Pada waktu ini, kita akan dengar derapan tapak kaki orang terakhir meninggalkan kubur kita.

Sejurus selepas itu, malaikat akan mula bertanya kepada kita soalan soalan yang semua kita dah tahu.

Apabila kita ditanya di alam kubur nanti, bukan mulut kita yang menjawab. Tetapi tubuh badan kita yang menjawab semuanya berdasarkan amalan kita di dunia dahulu.

Namun, berbeza kisahnya bagi mereka yang didunia dahulu mengamalkan surah Al Mulk.

Ketika malaikat mendatangi roh itu dan bertanya dari arah hadapan, surah Mulk akan datang dihadapan kita dan menjadi peguam bela kepada si mati.

Surah Al Mulk memberitahu kepada malaikat.

"Allah beri kelebihan kepada ku untuk melindungi orang yang selalu membacaku di dunia dulu....."

Kemudian, malaikat mendatangi simati dari arah belakang. Surah itu pun kemudian pergi ke arah belakang dan menjadi pembela si mati.

Malaikat kemudian mendatangi si mati dari arah kanan dan kiri, atas dan bawah. Namun surah Al Mulk setia mempertahankan tuannya dan ia akan menjadi peneman simati sepanjang berada di alam barzakh.

Masa saya kecik kecik dulu, saya selalu mendengar nenek saya baca surah ini sebelum tidur.

Sebelum ayah saya meninggal dahulu, saya sering mendengar ayah saya baca surah ini sebelum tidur.

Kemudian mak saya juga memang mengamalkan surah ini sebelum tidur.

Mak saya menggalakkan kami anak cucu untuk mengamalkan surah ini kerana kelebihan yang sangat besar untuk kita di alam kubur nanti.

Di kubur, hanya Surah Al Mulk sahaja yang boleh menjadi peguam bela kita. Surah ini juga akan menjadi peneman kita sehingga kita dibangkitkan ke Padang Masyar.

Selepas beberapa kali mendengar kuliah berkaitan surah Al Mulk ini, hati saya terpanggil untuk mengamalkannya.

Ia bukan sesuatu yang mudah. Nak baca surau ini setiap malam sebelum tidur.

Banyak hari juga yang dok miss. Bukan setiap malam saya teringat nak baca surah ini.

Akhirnya, saya set Daily Alarm dalam phone saya untuk baca surah ini setiap malam jam 10:30 malam.

Alhamdulillah, saya slow slow mengamalkan surah ini pada waktu malam.

Mak saya pula menggalakkan kami semua menghafalkan surah ini. Walaupun dia sendiri masih tak mampu nak hafal.

Semua cucu yang hafal saja surah ini, diberikan hadiah RM100. Alhamdulillah, ramai cucu yang dah hafal.

Saya pun slow slow cuba menghafal surah ini.

Dalam sebuah kuliah saya terdengar sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang maksudnya, "Aku teringin sangat surah Al Mulk ini berada dalam hati semua ummatku....."

Kalau boleh Rasulullah nak kita selalu baca surah ini dan kalau boleh hafal surah ini.

Ibnu Abbas juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud, "Surah Al Mulk ini boleh menjadi penghalang / penyelamat mana mana manusia yang membacanya daripada azab kubur".

Pada pemikiran saya, ini adalah satu amalan yang sangat mudah dilakukan berbanding manfaat yang bakal diperoleh di alam kubur nanti.

Mengenangkan diri ini yang tidak cukup amalan, tidak cukup menderma, tidak cukup melakukan amalan amalan sunat, saya rasa saya perlu mengamalkan Surah Al Mulk ini.

Semoga Allah membantu saya, menjadikan Surah Al Mulk ini menjadi pembela saya ketika di alam kubur nanti.

Buat sahabat semua, marilah kita semua beramal dengan surah ini.

Biasanya sebelum tidur, kita semua buka phone baca whatsapp, buka facebook, buka insta, follow artis itu dan ini, baca politik itu dan ini, apa salahnya kita sulam 4 minit masa kita dengan membaca Surah Al Mulk ini.

Bacalah... Bacalah... Bacalah...

Hafallah...

Insya Allah, kita tidak menyesal di alam kubur nanti.

"Ya Allah, permudahkan kami untuk beramal dengan surah Al Mulk setiap hari. Semoga ia menjadi pembela kami di alam kubur nanti....."

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Jemput Follow FB saya Mohd Firdaus Mat Saad Insya Allah, saya share sket sket apa yang saya belajar di sini.

Semoga bermanfaat.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top