Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian. Sama samalah kita bersedia untuk ke sana.
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Pergi Tak Kembali
Sebelum ini, saya ada berkongsi dengan anda kisah saudara saya yang sakit akibat kanser paru paru.
Doktor memaklumkan salah satu punca beliau mengidap kanser adalah disebabkan ROKOK.
Setelah 4 bulan berjuang, bertarung menahan sakit akhirnya pada petang Rabu yang lepas beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Innalillahiwainnailahirajiun - Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Pada petang itu juga saya bergegas ke rumah saudara saya ini. Beliau baru berumur 37 tahun. Dahulu hanya bekerja sebagai seorang JAGA. Berhenti kerja sejak 4 bulan yang lepas kerana tidak mampu bekerja akibat sakit. Ada seorang isteri yang juga tidak bekerja dan 5 orang anak yang masih kecil.
Ini anak keempat beliau. Masih kecil dan belum faham erti kehilangan seorang ayah. Semasa saya lawat, ada seorang jiran menghadiahkan basikal lama ini kepada anak kecil ini. Mungkin ia adalah satu impian untuk ada basikal. Terlalu gembiranya adik ni, saya lihat dia sentiasa naik basikal tak kira ke mana. Masya Allah, sedih saya lihat. May be impian dia nak naik basikal tercapai.
Pada sebelah pagi, sekitar jam 9 malam, saya dan beberapa orang wakil dari pihak masjid mula memandikan jenazah.
Saya juga bantu untuk mengkafankan jenazah. Selepas itu, di luar rumah saya mewakili tuan rumah untuk memohon maaf bagi pihak arwah dan juga memohon dihalalkan segala hutang atau kesalahan yang pernah dilakukan oleh arwah sepanjang hayat beliau.
Perjalanan terakhir arwah.
Di masjid, saya menjadi imam untuk solat jenazah dan kemudian saya membaca doa dalam bahasa Melayu untuk arwah.
Saya membaca dengan penuh perasaan, memohon Allah mengampunkan dosa arwah sepanjang hayat dan semoga Allah menerima arwah sebagai seorang hamba yang soleh. Mudah mudahan Allah terima taubat yang beliau lakukan diakhir hayat beliau.
Selepas itu, saya turun ke kubur untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah.
Tiba tiba, imam di masjid itu duduk di sebelah saya dan beliau cakap, "Ustaz nak baca talqin...?"
Dah... Tiba tiba saya jadi ustaz pulak. May be sebab saya jadi imam tadi dan saya pakai jubah, mungkin sebab ini tuan imam panggil saya 'ustaz'.
Selesai bacaan Yasin dan tahlil, imam tersebut meminta saya membaca doa Tahlil.
Saya mana hafal doa tahlil. Saya pun bacalah doa ikut buku yang disediakan oleh pihak masjid.
Selepas habis doa, saya membaca Talqin. Rasanya, ini kali kedua saya baca talqin dalam seumur hidup.
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah.
Saya menuju ke kereta untuk pulang ke rumah saudara saya ini.
Sebelum saya sampai ke kereta, tuan imam tadi datang berjumpa dengan saya dan beliau cakap, "Ustaz, boleh kita sembang sekejap... Kita minum sat kat kedai tepi tu....."
Bagi memenuhi permintaan ustaz ini, saya pun ke kedai minum.
Sembang Santai
Di kedai, imam itu berkata.
"Saya suka ustaz baca doa tadi, doa yang ustaz baca fasih, lancar dan betul. Saya suka dengar ustaz baca talqin tadi. Tak ramai orang muda yang boleh buat macam ni. Dah la tulisan tu tulisan jawi. Ustaz baca sangat lancar."
Saya maklumkan kepada tuan imam ini.
"Tuan haji, sebenarnya saya bukan ustaz. Tuan haji nampak saya pakai jubah ni sebab saya mai masjid, kalau tuan haji nampak saya kat luar hari biasa, tuan haji akan nampak saya pakai topi, pakai baju t-shirt dan seluar track saja... Saya bukan ustaz. Saya orang biasa biasa sahaja...."
Tuan imam ni terkejut...
"Laa... Bukan ustaz rupanya. Kalau macam tu, tak ramai yang boleh buat macam yang ustaz buat tadi. Jadi imam, baca doa dengan lancar, boleh baca talqin... Bagus lah macam ni."
Kemudian, saya terus berkongsi kisahnya.
Dulu semasa di kolej, saya ada mengikuti kursus menguruskan jenazah. Ustaz yang sampaikan kursus itu sangat bagus dan menyentuh hati saya.
Dari situ, saya mula belajar betul betul cara menguruskan jenazah dari A sampai ke Z. Alhamdulillah, ilmu yang saya belajar itu dah beberapa kali dipraktikkan.
Saya beritahu tuan imam, saya hanyalah orang biasa yang belajar buat perkara perkara yang bagi saya asas untuk kehidupan saya.
Kami bersembang panjang, hampir 30 minit. Saya banyak berkongsi dengan tuan imam itu, macam mana saya jadi macam yang saya jadi.
"Bagus ustaz, teruskan buat apa yang ustaz buat ni....."
Beliau tetap panggil saya ustaz.
Hehe..
Tak per lah, ustaz pun ustaz lah...
Sebelum kami berpisah, saya ada buat satu permintaan kepada beliau.
"Tuan haji, sebenarnya saya teringin sangat nak baca khutbah hari Jumaat. Tapi tak ada masjid yang nak benarkan. Sebab saya ni tak ada tauliah dari Pejabat Agama... Saya dah banyak kali baca khutbah raya di surau, cuma tak pernah baca khutbah Jumaat."
Dan tuan imam ni kata...
"Insya Allah, nanti saya atur dengan masjid saya...."
Semoga impian ini tercapai.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS