It's A Place For Those Who Love Nature

Assalamualaikum,

Siapa pernah pergi ke Escape Theme Park Penang? 

Alhamdulillah, saya dah pergi 2-3 kali sebelum ni. Memang best, tapi harga memang agak mahal.

So, jom layan story pengalaman saya ke Escape Theme Park Penang.

Ok. Ini harga tiket terkini. Sebelum ni harga murah. Tapi selepas dah buka Escape Water Park, ia dah disekalikan. So, bila nak masuk memang bertambah tambah lah harganya.

Kalau nak beli, yang paling murah adalah kalau beli direct dengan mereka tapi beli In Advance. Date tak boleh tukar. So, selamat ber gamble yer.

Warga emas umur 61 ke atas boleh masuk PERCUMA dengan syarat ada orang lain dalam team beli tiket.


The whole family is here. Si Duha adik saya pula sibuk kerja, tak leh ambil cuti. So, ini ja yang ada.


Saya pernah masuk hari tak ada orang, dan pernah masuk hari yang ramai gila orang. Monkey Business tempat paling panjang que dulu. So, saya ajak reramai naik ini dulu.


Aiman umur 12 tahun boleh boleh meniti atas tali ni.


Abang Jan mengikut rapat di belakang Aiman. Setiap budak kecik kena ada follower. 


Ni level kanak kanak riang lagi. Sebab masih rendah dan mudah.


Ni level kedua.


Ni pula level ketiga. Maqam paling tinggi. Sangat mencabar. 


Kekanak riang pulak, masuk masuk dah leh naik ni.


Fawwaz pun suka gak naik ni.



Fateh pun naik ni jer memula tu.


Lepas tu geng bebudak di bawa ke Monkey School. So, naik lah depa benda ni.


Monkey School ni untuk kanak-kanak yang tinggi 120 cm ke bawah.


Fawwaz umur 3 tahun setengah, pun boleh naik Monkey School ni.


Seronoknya Fawwaz.


Fawwaz senyum and steady je, tak takut langsung naik.


Next, Farees and Fateh naik Wall Climbing pulak.


Kita tengok siapa sampai dulu.


Nampaknya Farees sampai dulu. Lepas tu baru Fateh. 


Depa ni nak pi naik flying fox pula. Saya macam tak minat sebab dah biasa buat. Ni kira memang sangat jauh la. Berat minimum nak naik ni 40kg. Tak boleh kurang. Kalau kurang ada problem nanti. 


Boleh naik trampolin ni pula.


Semua dah lapar. So makan dulu. Makan kat dalam jangan harap lah yer nak murah. Bajet la seorang RM20 untuk makan kat dalam.


Air mineral pun RM2.50. 

Sebenarnya memang ada banyak lagi mainan dalam Theme Park ni. Untuk lebih banyak gambar, anda boleh visit di Facebook Escape Penang.

KITA TAK DIBENARKAN BAWA MAKANAN MASUK KE DALAM PARK. TAPI, MASA MASUK DEPA TAK CEK BEG PUN.

Anyway, kalau anda bawa makanan pun, boleh ajer tinggal makanan tu dalam kereta. Nanti bila dah habis main, boleh terus pergi makan di kereta. Then boleh masuk balik atau terus pergi ke tempat mainan air pulak.


Aisyah tak minat dengan dry park. So dia mandi dulu kat sini.


Jemput makan yer. But frankly speaking, tak lah murah. Kuih Pau biasa pun dua biji RM10.00


Sulaiman pun mandi di sini gak.


Ada macam macam slide kat sini.


Ada mainan ni. Kira boleh lawan la sapa laju lagi. Yang pasti mesti jatuh nyer dalam air tu.


Sini best. Nak masuk semua kena pakai safety jacket. Ombak dia sangat sangat kuat. Kira macam dok kat tengah laut yang bergelora. Susah gila nak control.


Slide ni memang best. Yang pink tu body slide. Memang laju gila. Yang sebelah kiri pulak guna karpet. Pun laju.


Ok, masuk dalam ni agak menakutkan. Sangat laju. Bila kita kata ready jer, terus dia jatuh ke bawah. Fuh... Sila mengucap yer. Sebab dia akan buat loop 360 degree pada kelajuan yang sangat tinggi. Saya naik ni 3 kali rasanya.


Ni lak banana flip. Nak naik mesti kena pandai berenang. Sebab bila jatuh memang sangat dalam.


Kat dalam tu kita memang tak guna phone sangat, so gambar gambar ni memang di ambil secara PERCUMA oleh pihak ESCAPE dan dimasukkan ke dalam FB mereka. Ni gambar Hazim naik body slide.


Aiman Hafiz. Tengok muka pun dah leh tau dia rasa cam na waktu ni.


Abang Arman. 

Kami keluar sekitar jam 5:30 petang. Semua dah penat. So cukup lah rasanya untuk trip kali ini.

Frankly speaking, saya tak letak banyak gambar mainan dalam ni sebab saya tak bawa phone pusing sini sana. Susah jugak nak main tak leh bawa phone. Nak masuk air pun tak leh bawa phone. Sebab tu tak banyak gambar.

Sebab tu juga pihak Escape sediakan photographer percuma untuk kita. Cuma gambar kena ambil di FB mereka.

Ni Tips Untuk Anda :

1. Boleh bawa makanan dan air. Simpan dalam kereta, sebab tempat parking memang tepi tu jer. Tak jauh. Nak makan tengah hari kat kereta pun boleh sesangat. Jimat banyak wei sebab makan kat dalam memang agak mahal.

2. Nak masuk orang tak cek beg pun yer. So, kalau nak seludup makanan tu, pepandai lah yer. Saya tak suruh, saya cuma bagi tahu orang tak cek. Tapi sebelum masuk tu tengok tengok lah orang depan. Kot kot hari anda pi kena cek.

3. Harga tiket bagi saya agak mahal. Tapi sebab dia combine dry and water park, sebab tu lah ia jadi mahal. 

4. Rancang percutian anda. Beli tiket awal sikit. So, boleh dapat half price. Awal tu maksudnya beli awal 61 hari. Tiket dapat tu boleh dijual kat orang lain in case anda tak dapat pi pada hari tersebut. Sebab beli tiket dia tak minta nama pun.

5. Separuh hari main di dry park dan separuh hari di water park ok lah.

6. Surau ada di kedua dua belah side. So, tak susah bab nak solat ni.

Sekian sharing dari saya. Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others



Baca. Jangan Tak Baca Ya.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top