Welcome Back A.E.S


You Are Back...... 

Semalam secara rasminya AES 'beraksi' di seluruh Malaysia.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan sekarang ini, SEMUA saman AES pada dan sebelum 31 Ogos 2018 akan DIHAPUSKAN.

Ini melibatkan 3.1 juta saman yang berjumlah RM435 juta.

Menurut Menteri, semua saman itu DIBATALKAN kerana duit sebahagian besar duit kutipan saman itu tidak akan dapat kepada kerajaan, sebaliknya kepada dua syarikat penyedia perkhidmatan AES ini.

Perjanjian baru telah dibuat selepas ini di mana duit saman AES akan diberikan kepada pihak kerajaan.

Pandangan saya mengenai A.E.S ni ada bagus dan ada tak bagusnya.

Ia bagus untuk membantu pemandu tak lah laju sangat di jalan raya.

Kalau diikutkan tahap keselamatan kenderaan sekarang ini, speed limit 110 km/j macam agak lawak.

Kereta boleh tekan sampai 200km/j tapi limit dekat 110km/j.

Pada saya, keadaan jalan raya dan SIKAP RAKYAT Malaysia yang menyebabkan had kelajuan 110km/j terpaksa dikekalkan.

Ada pemandu yang suka suki tukar lorong tak bagi signal dan terus keluar.

Ramai pemandu yang guna phone semasa memandu.

Benda benda macam ni boleh mengundang kecelakaan kepada  orang lain juga.

Sebab tu lah mungkin perlunya perlaksanaan pemantaun kelajuan sistem A.E.S ini.


Lagi satu, di Malaysia ni. Kalau nak jumpa Kamera AES, sudah disyaratkan ada 3 papan tanda besar warna kuning macam gambar bawah ni 1-2km sebelum kamerea AES.

Maksudnya, amaran dah diberikanlah.

Cuma yang saya tak berkenan, ia macam pukat tunda gak la.

Senang senang jer nak kena.

So far kalau saya drive di highway, memang kena On WAZE.

Sedikit sebanyak membantu nak elak kena bagi 'sedekah' kepada kerajaan.

Huhu...

Pengajarannya sekarang ni.

Memandulah dengan berhemah.

Jom jadi pemandu jalan raya yang berhemah.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

#jomjadipemanduberhemah
#sayangidiridankeluarga

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget