Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog ini. Semoga kita semua dimasukkan Allah ke dalam syurga tanpa dihisab.

Pengalaman Mendaki Bukit Bendera Kali Kedua

Hampir setahun saya tidak bersukan.

28 Disember 2015, kawan kawan saya buat gathering main futsal. Saya join, baru main 3 minit, saya jatuh.

Lutut saya crack.

Without proper treatment, sebab saya ingat sakit biasa saja. Hampir 6 bulan saya bersolat atas kerusi.

Tak boleh bersukan selama 7-8 bulan.

Then pada bulan September 2016 baru saya berani sket nak berjogging.

Dan akhirnya, pada 2 Oktober 2016. Saya memberanikan diri sekali lagi untuk mendaki Bukit Bendera kali kedua.

Untuk baca pengalaman saya kali pertama. Baca Di Sini 

Pendakian Kali Kedua


Ini team yang naik kali ini. Abang Leman, umur 40 tahun. Anak Abg Leman Amir umur 12 tahun. Pak Ya 40 tahun. Dr Rezqa 37 tahun. Okaz 40 tahun. Rafiqa 34 tahun. Nazril 35 tahun. 

Kami bermula dari Moon gate jam 7:18 pagi.


Sejujurnya, pemandagnan di sini sangat cantik. Saya suka dengan keindahan alam di kawasan ini.


Untuk 45 minit pertama. Ini yang terpaksa kami hadapi. Mendaki tangga. Abang Leman katanya dah lama tak exercise. Ustaz Rafiqa pulak, katanya pagi tadi tu baru first time nak exercise. Haha..

Without warming up. Terus belasah. Semuanya mencabar diri sendiri.


Ustaz Fiqa minta nyawa.  Steady Ustaz... Perjalanan baru bermula ok.


Lepas 20 minit, sampai kat sini. Tapi pendakian tangga masih belum settel. Perjalanan diteruskan.


Boleh senyum lagi. Awal lagi ni. 


Nazril sangat fit. So, dia steady aja la naik.


Alhamdulillah. Ustaz Fiqa berjaya sampai ke Stesen 5. Kami ambil masa sekitar 45 minit nak sampai ke sini. Waktu ini, Ustaz Fiqa tanya, jauh lagi ka? Hehe.. Saya jawab, "1/3 perjalanan dah setel."

Dia pun macam tak percaya boleh sampai ke situ.


Di sini ada tempat untuk bersenam. Sort of out door gym gak la. Rajinnya sapa yang dok angkut naik atas benda benda ni.


Ada tempat rehat dan lepak lepak lagi. 


Now Everyone Can Kurus masih steady lagi ni. 


Okaz masih boleh tersenyum. Badan sado, tapi beg warna pink. Choy !!!! Pinjam beg anak ler tu. Miakaka.


Dr Rezqa pun nak gambar bokeh jugak. Terpancar ketenangan diwajah seorang doktor pakar. 


Belum ada tanda tanda letih dekat wajah Nazril. 


Kami teruskan perjalanan untuk 1 jam seterusnya. Kawasan jungle tracking. Memang best sebab dah tak jumpa tangga.


Suasana yang sangat mendamaikan. 


Saya selalu berada tempat terakhir. A good soldier never left a men behind. Hehe..


Memang best travel kat sini. Yang paling best, jalan dia straight saja. Hanya satu jalan dari awal lagi. So anda jangan takut sesat la.


Uncle ni umur 70 tahun pun masih steady lagi naik sampai atas.


Nazril boleh senyum lagi even lepas 2 jam.


Bermacam pemandangan cantik anda boleh lihat di sini


Ada batu


Sampai ke fasa terakhir perjalanan. Kalau fasa pertama, jalan bertangga. Then kami dah selesai jalan landai. Kini kami jumpa jalan bertar pulak.


Ada pit stop tempat nak berehat.


Okaz kata, "It's all about your mind." Percaya yang kita boleh berjaya sampai ke atas. Ntah gaya sapa la yang dia tiru ni.


Dekat jalan bertar ini. Ustaz Fiqo dah minta nyawa. Hampir 15 kali kaki beliau cramp. Syukur Alhamdulillah kami bawa spray anti cramp tu.


Akhirnya, Ustaz Fiqo berjaya menamatkan perjalanan pendakian ini.


Masa nak turun, kami turun ikut keretapi. Anda cuba bayangkan, kami berlapan. Semua berpeluh. Bau pulak sangatlah 'masam'. Macam macam bau dah ada. Bila jammmmm beramai ramai. Anda boleh bayangkan 'pencemaran' untuk penduduk setempat. 

Cer tengok jelingan manja akak belakang tu. Dalam hati, mesti tengah marah kat kami tu. Dalam hati kami, apa mau buat kak.. Bertabah lah. Bukan akak aja yang bau busuk. Kami sendiri pun bau mashem jugak.... 

Dalam train nak turun tu, jangan cakap lah. Dah la bersesak sesak. Saya tak leh bayang orang lain macam mana boleh tahan dengan bau kami. Hehe...

Setibanya kami di bawah, kami ambil keretapi untuk kembali ke Botanical Garden. Tempat kami naik mula mula tadi. Harga teksi RM25 dari Bukit Bendera ke Botanical Garden.

Pendapat saya :

1. Sesiapa saja boleh mendaki Bukit Bendera dari Moongate. Perjalanan ambil masa sekitar 2 jam 30 minit sehingga 3 jam 30 minit.

2. Ustaz Fiqo yang 'sihat' pun boleh naik. Kiranya, anda pun boleh kot.


3. Amir umur 12 tahun pun berjaya naik sampai ke puncak. So, age is not a problem. Uncle Lim pulak umur 70 tahun. Sampai aja ke atas. So, what is your excuse?

4. Kalau nak naik jugak, cari geng. Kalau semua tak ada pengalaman pun tak pa. Cuba baca entri saya yang first pasal pengalaman mendaki Bukit Bendera kali pertama. Ada link saya bagai di atas.

5. Cubalah. Sebab ia sangat best.

6. Jangan lupa. Bawa ubat spray cramp. Bawalah kalau tak mahu menangis di tengah jalan.

7. Air kosong bawa dalam 2 liter untuk setiap seorang. Kalau fit, dalam 1 liter dah cukup.

8. Pagi pagi tu, alas perut sket dengan roti. Jangan makan banyak sangat. Nanti muntah pulak.

9. Naik dari Moongate. Moongate ni dekat area Botanical Garden. Boleh google map "Moongate Botanical Garden".

10. Jalan hanya sehala. No way you boleh patah balik.

11. Bila sampai area jalan bertar. Kalau dah pancit. Tahan la kereta kereta yang naik kat situ. Bayar sket, mereka akan bawa anda naik ke atas.

Cukup dulu perkongsian saya untuk kali ini.

Semoga bermanfaat.

Jom daki Bukit Bendera !!!!

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top