Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

Pengalaman Mendaki Bukit Bendera

Hari ini, tercipta satu sejarah baru dalam hidup saya. Buat kali pertamanya saya berjaya mendaki Bukit Bendera.

Saya bertolak dari Parit Buntar jam 5.00 pagi. Kami bersolat Subuh di Masjid Negeri Pulau Pinang. Usai Subuh, jam 6.15 kami bertolak ke Botanical Garden untuk ke Moon Gate. Tempat memulakan pendakian ke Bukit Bendera.

Tips untuk anda yang belum pernah mendaki Bukit Bendera, sila parking kereta anda di Botanical Garden (Kebun Bunga). Kemudian, jalan kaki patah balik sekitar 200 meter anda akan sampai ditempat yang bernama Moon Gate.


Di sinilah tempat memulakan pendakian.


Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan langkah melalui Moon Gate ini untuk naik ke Bukit Bendera. Berdasarkan survey yang kami baca di internet, ia mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak. Semoga Allah mudahkan urusan kami.

Fasa Pertama : Panjat Tangga Yang Sangat Tinggi

Bagi saya, fasa pertama ini sangat perit. Kami terpaksa mendaki tangga yang disediakan. Selangkah demi selangkah, kami mengorak langkah untuk naik ke atas.


Sahabat saya, Amirul. Baru naik boleh la nak senyum lagi. Hehe..


Anak tangga sebegini sangat meletihkan. Ia fasa pertama untuk pendakian ini. Walau pun baru saja bermula, kami dah mula terasa kesannya. Ia sangat sangat meletihkan dan menyakitkan kaki.


Nasib baik ada Amirul. Kami sama sama letih. So... Sama sama berehat.


Bila semakin tinggi, rasa macam nak minta nyawa. Seriously, it's an amazing journey.


Kita minum dulu. Saya minum Performance Drink dari Shaklee. Ia untuk bantu saya kekalkan tenaga walaupun mengeluarkan peluh dengan banyak. 


Saudara Okaz. Lead the team. Hairan rasa, brother ni umur 39 tahun. Tapi energy POWER... Banyak makan tongkat ali kot dia ni. Ala, gurau pun tak boleh. Tapi dia yang banyak lead kami. Dia tak tahu rasa penat. Bagi dia, keep the momentum. Jangan berhenti. Teruskan berjalan.


Pemandangan menarik yang diambil dalam perjalanan semasa mendaki.


Tengah jalan, kami jumpa brother ni. Dia temankan seorang kawan yang nak berlatih untuk daki Gunung Kinabalu minggu depan. Bila saya tanya, berapa lama lagi nak sampai kat beliau. Beliau cakap, "Ini baru permulaan.."


Baru permulaan? Kami dah mengah dah ni bang oi....


Pendakian tangga tadi akan membawa kami ke Pit Stop ini. Hairan sungguh. Di tengah hutan ini ada alat senaman macam ni. Then ada gym pulak. So, berakhir fasa pertama yang memenatkan iaitu menggunakan tangga.

Kami mengambil masa sekitar 50 minit untuk sampai ke Pit Stop yang pertama ini.

Fasa Kedua - Jungle Treking

Ini part yang paling saya suka. Seriously best.

Jalan di sini tak perlu nak daki bukit all the way. Ia macam jungle treking.

Ada naik bukit, turun bukit. Barulah terasa enjoy sikit.

Kaki dah rasa kurang sakit. Sebab di sini lebih banyak berjalan berbanding nak mendaki.


Brother ni kongsi banyak benda dengan kami sepanjang perjalanan ini.


Seperti biasa, Okaz akan tetapkan pace untuk kami. Beliau jadi leader untuk pastikan kami keep moving.


Saya dan Amirul pulak banyak jalan santai sambil ambil gambar.


Jalan jalan dalam hutan macam ni sangat memberi ketenangan kepada jiwa.


Jalan ni agak luas. Tapi selepas ini akan jumpa jalan jalan yang sempit dan kecil.


Jumpa tempat menarik untuk ambil gambar, kita selfie dulu.


Dah semakin berpeluh.


Ada beberapa tempat yang berbahaya. Ada tempat yang kalau jatuh boleh terus 'mati'. So... berhati hati ok.

Fasa kedua jungle treking mengambil masa sekitar 50 minit juga. Selepas habis trek ini, kita akan tiba di kawasan jalan bertar.

Fasa Ketiga - Jalan Bertar

Bagi saya, fasa ketiga agak menyesakan. Kami sangka bila jumpa jalan tar senanglah nak jalan. Rupa rupanya ia tidak mudah. Jalan ini agak curam. So pendakian yang amat menyeksakan.


Disebalik senyuman ini terasa keletihan dan kepenatan sebenarnya.


Nampak tak, jalan macam ni sangat curam. Saya rasa kami perlu mendaki jalan yang macam ni sekitar 2km ke 3km. Ia mengambil masa sekitar 1 jam untuk kami berjalan atas jalan tar berbukit ini.


Sudah hampir sampai ke puncak.


Alhamdulillah. Selepas 3 jam berjuang, kami sampai ke puncak Bukit Bendera.


Amirul berjaya sampai even masa mula mula dah rasa nak give up. Tapi disebabkan dah tak ada 'peluang nak patah balik', terpaksa teruskan perjalanan.


Jarak kota kota utama dunia dari Pulau Pinang.


 Kami mengambil peluang untuk jalan jalan di atas ni melihat orang yang menjual. Bukan nak beli pun, sekadar nak cuci mata aja.


Gambar keretapi Bukit Bendera yang lama.


Dah hilang rasa penat bila sampai kat atas ni.


Ada orang buat jualan tangan lilin ini. Harga full package untuk 2 tangan, RM70.


Kami menuju ke surau untuk mandi dan tukar baju.


Surau ini terletak di atas Bukit Bendera. Jom kita mandi, tukar baju dan Solat Dhuha dulu.


Kami balik dengan keretapi. Hehe.. Tak aci..


Besi lama yang pernah digunakan sepanjang laluan keretapi untuk menahan kabel.


Dah nak turun...


Nak masuk ke tempat keretapi.


Di belakang saya ini ada driver keretapi ini. Kami bersembanglah sikit dengan beliau mengenai sejarah keretapi ini.


Tempat berselisih keretapi 


Di dalam keretapi


Dalam 5 minit, kami dah tiba di stesen bawah. Jam sekitar 12 tengah hari pada waktu itu. Huhu.. Anda boleh tengok betapa ramai orang yang sedang berbaris untuk beli tiket keretapi.


Menangislah kalau tengok semua orang ni sedang berbaris nak beli tiket. Tak tahulah pukul berapa baru mereka boleh naik.

Kalau anda nak senang, datanglah awal ke sini. Kalau anda sampai dalam jam 9.00 pagi still ok. Kalau dah tengah hari, letih la nak beratur beli tiket ni.

Kami kemudiannya menaiki teksi untuk kembali ke tempat parking kereta di Botanical Garden. Perjalanan menaiki teksi dari Bukit Bendera ke Botanical Garden adalah RM20.

Alhamdulillah, ia satu pengalaman manis yang saya lalui.

Syukur, saya tak rasa penat dan tak sakit sepanjang perjalanan ini.

Badan masih rasa fit dan bertenaga. Insya Allah lain kali kalau saya naik Bukit Bendera, saya akan naik dan turun dengan jalan kaki.

Apa yang saya lakukan ini adalah sebahagian dari cara saya untuk mengekalkan kesihatan saya. Saya mesti kekal cergas dan bertenaga.

Kalau dulu, saya tak tahu saya boleh naik atau tidak Bukit Bendera ini. Tapi selepas berjaya turunkan berat badan, saya rasa badan makin cergas dan bertenaga. Alhamdulillah.


Kalau anda nak baca Ebook Now Everyone Can Kurus secara PERCUMA, anda boleh PM Maria secara Whatsapp di019-2592731. Anda just taip, "Nak Ebook Kurus". Nanti Maria akan beri link download percuma kepada anda.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Jom Kurus Dan Sihat

Sila Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Anda

3 comments:

  1. bestnya... penceritaan yg detail.. terimakasih byk

    ReplyDelete
  2. esok saya dan rakan akan mendaki bukit bendera... semoga Allah memudahkan segala urusan ketika pendakian besok... amin.... Terima kasih keatas tips yang diberikan......

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top