WELCOME TO ORLANDO, USA! 

By : Master Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah merahmati hidup anda semua, diberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Syukur Alhamdulillah, Allah bagi kami rezeki lagi tahun ini. Kami layak 3 TIKET Pakej Percutian 5 Bintang secara PERCUMA oleh Shaklee.

Ini adalah kali kedua kami berjaya jejak kaki ke USA. 

Pengalaman pertama kali ke USA ada kami share di sini, jemput baca:-



KALI KEDUA KE USA

Masa saya masih bekerja sebagai Engineer dulu pada tahun 2004, saya pernah berimpian nak training di USA. Tapi tiba-tiba program training tu dibatalkan oleh company pada last minute. 

Memang frust juga time tu, akhirnya saya ambil keputusan resign dan buat bisnes ternakan ayam. Hehe. :)

Maria pula, masa zaman study dia memang berimpian sangat nak study di USA. Tapi akhirnya Allah hantar Maria study di UK. Alhamdulillah, kami bertemu jodoh di bumi UK :)

Dan tak sangka, rupa-rupanya Allah tangguhkan impian kami berdua nak ke USA pada masa yang terbaik!

Dengan bisnes Shaklee, setakat ni dah 2x kami dapat jejak kaki ke USA. Yang paling best, kami dapat bawa Mak saya bersama, dan semuanya adalah PERCUMA! 

Kos perbelanjaan untuk setiap seorang adalah sekitar RM20,000 so total cost untuk kami bertiga around RM60,000 untuk trip 10 hari yang bermula dari 2 Ogos - 12 Ogos 2016. 

Semua kos ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee, dan dapat macam-macam hadiah dan duit poket lagi. 

Syukur Alhamdulillah, Allah bukakan hati kami untuk memilih bisnes Shaklee sebagai bisnes terbaik untuk kami sekeluarga. 

Ok, jom kita layan gambar gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Orlando.

DARI KUALA LUMPUR


Inilah bekalan nutrisi kami sepanjang perjalanan dan dalam flight nanti. Kami pack vitamin Shaklee dalam pillbox untuk kemudahan semasa travel. Sebenarnya, masa travel, kita terdedah kepada banyak risiko penyakit.

Maka supplement membantu cukupkan keperluan nutrisi untuk boost immun system kita melawan penyakit. Alhamdulillah, dengan usaha ini, Allah pelihara kesihatan kami sekeluarga sepanjang bermusafir.

Untuk makluman, perjalanan pergi kami ni mengambil masa sekitar 26 jam in total.

KL - Dubai : 6 jam
Transit di Dubai : 4 jam
Dubai - Orlando : 16 jam


Kami tiba di KLIA sekitar jam 4 petang. Dah ramai rakan rakan Shaklee yang lain yang dah tiba di airport. 


Ha... ni adik ipar saya Master Ainul, yang juga orang yang memperkenalkan Shaklee kepada kami pada tahun 2012. Beliau juga dapat 1 free ticket ke Orlando dengan Shaklee.


Penerangan dari Travel Agen. Nama beliau Caryn, beliau yang akan jadi tour guide kami sepanjang kami ke Orlando nanti. 


Taraaa.... Shaklee bagi hadiah pertama untuk kami di KLIA. Setiap dari kami diberikan wang tunai USD300. Sebenarnya ia adalah MEAL ALLOWANCE untuk kami.

Sepanjang 10 hari, ada 6 kali meals yang Shaklee tak sediakan makanan, kena beli makanan sendiri, jadi Shaklee bagi USD50 setiap orang untuk setiap kali meal.

USD50 setiap kali nak makan apa yer? Kita guna buat shopping lah! Makan maggie or brahims pun dah kenyang hehehe. 

Since kami pergi 3 orang, kami dapat USD900 (RM3,600 duit Malaysia). Muahhh... Sayang sket kat Shaklee.


Dah dapat duit, jom shopping di USA! :)


Jom honeymoon! Tapi Mak ikut. Takpelah. Haha. Ni gambar dekat dengan train untuk pergi ke main terminal.


Masa dah tiba untuk kami boarding masuk dalam kapal terbang.


Senyum aja kami bertiga....


Tempoh perjalanan dari KL ke Dubai adalah 5 jam 30 minit.


Pesawat memulakan perjalanan dari KL ke Dubai. Kami menaiki pesawat Emirates.


Jom makan dulu. Menu makan malam kali ini nasi berlauk ayam. Dalam flight asyik makan ajer. 


Alhamdulillah, kami tiba di Dubai. Since mak guna wheelchair. So kami bertiga yang terakhir keluar dari flight.

TRANSIT DI DUBAI


Tiba di Dubai, pertugas Airport dah ready wheelchair untuk mak. Kami ikut saja untuk dibawa ke tempat transit sebelum di bawa ke gate berlepas ke Orlando. 

Amboi mak... Lawa beg Shaklee tu. Hehe...

"We provide a healthier life for everyone and a better life for anyone"

That's exactly what we are doing in Shaklee business!


Since transit di Dubai adalah selama 4 jam. Kami diberikan Meal Voucher oleh pihak Emirates secara PERCUMA. Kami boleh pilih lebih kurang 20 jenis makanan dari pelbagai restoran yang terdapat di airport itu.

Since kami nak senang, kami beli burger saja untuk makan. FYI, since mak naik wheelchair, kami dihantar pergi ke satu tempat transit. So, tempat  tu agak jauh dari restoran restoran lain. Since Burger King aja yang dekat, kami pun makan aja la kat sini.


So.. after 4 hours waiting at Dubai Airport, it's time for us to fly again. This time, it will take 16 hours journey from Dubai to Orlando.


This is very unique. Kalau anda tengok, kapal terbang ni terbang naik ke atas and then turun balik ke bawah. Masa saya dalam flight, saya terfikir kenapa la dia tak terbang terus ke kiri. Kenapa la nak baut kerja 'bodoh' naik atas and then turun bawah balik.

Then saya tanya orang dalam flight tu kenapa kapal terbang naik ke atas, siap lalu Europe lagi. Lalu Paris, London, and then dah sampai atas turun ke bawah balik ke Orlando. Otak saya tak boleh terima.

Anda tahu apa jawapannya? Hehe...

"Sebenarnya, bumi ini  bulat. Orlando terletak di belakang Dubai. Jika nak terbang ikut kiri, jarak perjalanan akan jadi lagi jauh. Bila naik ke atas, and then kapal terbang hanya perlu ke kiri sedikit sahaja sebelum turun balik ke bawah sebab di utara bumi, diameter kecil. So, bila ke kiri sedikit pun dah jauh sebenarnya."

And then barulah saya faham. Rupanya ini adalah 'shortest' distance dari Dubai ke Orlando. Bukan terbang terus ke kiri macam dalam peta.


Jom breakfast. 16 jam penerbangan, kami diberi makan sebanyak 3 kali. Seumur hidup, inilah tempoh penerbangan yang paling lama saya pernah naik dan saya rasa ia sesuatu yang SANGAT MELETIHKAN.

Saya cuba tidur berkali kali. Tidur bangun belum sampai. Tidur lagi, bangun lagi belum sampai lagi. Tidur sampai lenguh habis satu badan. Bangun tak sampai lagi. Huhu. 

Fuh.. Dalam flight, apa yang saya buat? Tengok movie, tidur, zikir, selawat, baca Quran, Solat, tidur, makan. Semua aktiviti ini berulang ulang sampailah kami tiba di Orlando.

WELCOME TO ORLANDO!!


Alhamdulillah. What a long journey. Akhirnya, kami selamat tiba di Orlando. Waktu Orlando adalah 12 jam lewat dari Malaysia. Kalau di Malaysia 12 tengahari, di Orlando pula 12 tengah malam. 


Di airport, mak di tolak dengan wheelchair oleh staf airport di situ.


Welcome to USA


Wallawoi.... Orlando International Airport ni sangat cantik. Siap ada landscape lagi dalam bangunan.


Since kami bawa Mak yang guna wheelchair, kami guna special route di airport. So, kami yang first sekali keluar dari airport sampai ke tempat bagasi. Kawan kawan lain kene menghadap long queue di imigresen.

Nota Kaki : Untuk masuk ke USA, anda tidak boleh bawa masuk sebarang makanan berbentuk ayam, daging dan buah segar. Denda bawa masuk kalau tak declare adalah USD300-USD1,000.


Sampai kat tempat beg terlalu awal sampai beg pun belum sampai lagi.


Dah sampai di Orlando, kami di bawa menaiki bas ke hotel.


Bas di US lebih panjang berbanding bas di Malaysia. Ia boleh bawa sekitar 55 orang penumpang pada satu masa.


Jom naik bas. Untuk pengetahuan, mak saya boleh berjalan. Cuma untuk long distance kami suruh dia naik wheelchair. Kedua dua lutut mak saya dah ditukar dengan besi.


Dalam bas, Caryn share dengan kami sedikit info mengenai Orlando. Orlando terletak dalam negeri Florida. Di US, ada lebih kurang 50 buah negeri. 

Orlando adalah satu tempat yang terkenal dengan theme park. Ada banyak theme park di situ. Antaranya, Disneyland ( Epcot + Magic Kingdom ), ada Universal Studio, ada Sea World, ada Kennedy Space Centre dan lain lain lagi.


Ini wheel chair yang kami bawa sendiri dari Malaysia. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Gaylord Palm Resort Hotel. 5 Star hotel. Kos untuk tidur di sini satu malam adalah USD200. Fuhh... Kalau nak bayar sendiri untuk tidur kat sini memang tak lah kan. Travel sendiri mesti semuanya nak jimattt. Hehe.


Kami tiba di hotel sekitar jam 12 tengah hari.


Dalam hotel ni pun dah cantik. Ada landscape. Siap ada air terjun lagi.


Mereka siap bela Alligator lagi di sini. 


Jom kita makan dulu...


Kami makan di hotel tengah hari itu. Alhamdulillah, Shaklee dah buat special request dari pihak hotel untuk sediakan makanan halal kepada kami sepanjang kami berada di sini.


Wajah gembira + letih. Alhamdulillah...


Gambar hotel kami. Sangat cantik.


Gegirl memang semua macam ni. Suka sangat ambil gambar.

Selepas makan tengah hari, tanpa membuang masa lagi, kami terus di bawa oleh pihak Shaklee ke tempat shopping. Kalau dah shopping, ngantuk dan letih pun hilang. Haha.


Kami di bawa pergi ke Ross. Dress For Less. Kalau di US, Ross adalah salah satu tempat yang barang branded, berkualiti tapi murah! Kat US takde brand fake yer. Semuanya original. 


Memang  banyak kedai Ross di US. Dalam satu Orlando boleh ada lebih dari 5 kedai Ross ni.


 Ross... Memang favourite kami ni shopping di sini.
 Antara barang yang ada di Ross.


Baju, seluar, kasut hand bag, mainan budak tersangatlah murah di sini.


Ada baju yang branded terselit di celah celah baju ni. So, kena rajin mencari lah yer.


Ni beg yang murah. Kalau nak yang berjenama macam Coach, DKNY, MK boleh dapat sekitar USD40-80 ajer kat sini. Tengok design la ok. Jangan nak yang latest design lepas tu murah murah pulak...

Maria sempat grab 2 pasang kasut di sini, Mak pula grab 3 biji handbag. Yang lain, kami borong toys untuk anak-anak kami. 


Sebelah petang, kami di bawa check in ke bilik hotel. Taraaa.... hotel kami yang sangat cantik. Walau duduk berdua, mereka bagi kami 2 katil queen.


Tempat meja menulis dan juga kabinet tv


Bilik air yang superb. Sangat cantik.


First thing, kami buka dulu gifts yang Shaklee bagi kat kami. 


Cantiknya gelang yang Shaklee bagi ni. Siap ada charm tulis MASTER COORDINATOR lagi. 


Surat penghargaan dari Shaklee.


Jam 6.30pm kami di bawa untuk dinner di Restoran Italy. 


Berdasarkan pengalaman kami, setiap kali travel dengan Shaklee. Makanan yang diberikan tersangatlah MEWAH. 


Senarai menu pun dah panjang. So boleh bayangkan tak macam mana nak makan nanti. Baru appetizer dah kenyang. 


Ada pizza, spegati dan lain lain lagi.


Maria dan mak...


Isi ayam... Jangan risau yer, semua sudah di arrange special oleh Tourist Agent kami. Semua makanan yang dihidangkan adalah dijamin halal.


Dessert


Ada macam-macam program semasa dinner. 


Yeay! Kami semua dihadiahkan VIVIX seorang sebotol oleh Shaklee. Alhamdulillah. Vivix is the best product yang Shaklee hasilkan. Ini adalah latest fomulation VIVIX di US yang belum lagi dijual di Malaysia. Kami diberi peluang untuk merasmikannya dulu. Thanks Shaklee! 


Perut dah kenyang, mata dah ngantuk. Jom balik berehat di hotel untuk menanti hari esok. Esok bermulanya SHAKLEE GLOBAL CONFERENCE selama 3 hari. 

Alhamdulillah. Tamat perjalanan kami untuk hari ini. 

Jemput baca pengalaman kami keesokan harinya di sini:-


Wassalam.

Mohd Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Orang Lain


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top