Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Kepada semua para pembaca blog Mariafirdaus.com.my ini, saya nak bagi satu nasihat ringkas kepada anda :

Tolong Minum Air Kosong Banyak

Itu jer. Actually, nasihat yang sama saya berikan kepada semua peserta Program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Boleh tak kalau saya beritahu anda TIPS NI. Anda tolong ikut yer.

Tips ini antara benda penting yang anda perlu lakukan kalau nak kurus dengan cepat.

Tinggalkan Air Manis

Sepanjang hidup kita, kita dah minum terlalu banyak air manis. Saya tak pasti dah berapa banyak gula yang masuk ke dalam badan kita.

Air manis ini sangat tidak bagus untuk kesihatan sebenarnya.

Sebabnya, bila kandungan gula dalam badan tinggi ia akan menyebabkan kita jadi 'sugar craving'. Maksudnya, kita dah jadi macam tak boleh hidup tanpa gula.

Sebenarnya, bila kita minum makanan bergula, ia akan trigger otak kita untuk nak minum lagi dan lagi minuman manis ini.

Sebab itulah, kalau anda perasan. Bila kita penat bersukan, then kita minum air 100Plus. Kita rasa macam tak boleh nak berhenti selagi air tu tak habis.

Berbanding dengan kita minum air kosong, which kita cepat rasa puas.

Permintaan Saya Untuk Anda

So... mulai hari ini. Elakkan sebarang MINUMAN BERGAS DAN MANIS.

ELAKKAN TERUS mulai hari ini.

Saya minta anda minum air kosong dalam 3 LITER.

Actually tak ramai orang boleh minum air kosong 3 liter tau.

Kalau tak percaya. Anda cuba buat apa yang saya suruh ni.

Anda sediakan bekas air 1.5L.

Then isi air kosong dalam tu. Anda cuba habiskan sendiri 2 botol air tu dalam tempoh 24 jam.

Trust me.

Hanya mereka yang komited minum air kosong akan berjaya habiskan.

Kalau tak.. Memang tak lah.....

Why Air Kosong Bagus?

1. Zero kalori. Minumlah banyak mana pun. Nilai kalorinya kosong.

2. Ia bantu sistem perkumuhan. Memudahkan anda 'VERA'. Ingat yer, lagi cepat anda 'VERA'. Lagi efektif sistem perkumuhan anda. Kalau lambat lambat nak 'VERA'. Nanti boleh sebabkan toksin meresap masuk ke dalam badan melalui usus.

3. 70% dari badan kita adalah cecair. So kita memang perlukan air kosong yang banyak.

4. Bantu bagi kerap kencing. Bila kerap kencing, badan akan lebih sihat.

Tips Nak Habiskan 3 Liter Sehari

Ramai orang kita pesan, kalau nak kurus kena minum air kosong 3L sehari.

Bila kita cakap, dia kata "Ya saya minum 3 liter sehari".

Then kita tanya, "You ada sukat ke air yang you minum?"

Dia jawab, "Tak...."

Kita tanya lagi, "Habis tu, macam mana you tahu you dah minum 3 Liter?"

Jawapan dia, "Saya dah minum air banyak. Saya selalu minum air."

Ini jawapan saya :

"Biasanya, kalau anda tak bawa bekal air. Tak sukat berapa air anda minum. Anda tak akan cukup minum air 3 liter itu."

Trust me...

Kita rasa macam dah banyak minum. Tapi sebenarnya tak banyak pun.

Unless kita betul betul sukat air tu.

Bagi peserta Program NECK, air kosong memang kita jaga betul betul. Kita memang pastikan mereka minum air kosong. Elakkan air gula. Dan minum pula mesti cukup.

Sebab the prinsip is....

"Kalau nak kurus, kena jaga sistem "pem vera kan". Kalau boleh "vera" hari hari dengan 'taik' yang cantik. Barulah proses menurunkan berat badan akan cun."

Cer bayang, kita makan makanan. Then tersimpan lama dalam perut.

Macam mana nak kurus.....?

Cer fikir sejenak ok....

Nak turunkan berat badan. Pastikan anda ada ilmu yang betul ok.

Tips Tambahan :

Sesiapa yang sukar untuk 'vera' sehari sekali. Maksudnya kurang minum air kosong. Dan Insya Allah. Susah nak turun berat.

Nak buat macam mana.... Bab air kosong ni is basic thing kalau nak kurus.

Apps Untuk Remind Minum Air

Nak share dengan you all. Sebenarnya ada Apps untuk remind kita supaya minum air. Boleh download sendiri yer.



Masukkan berapa berat, then dia bagi tahu berapa liter air nak kena minum. Dan dia akan Remind you untuk minum air.

Dah bagi tahu sampai macam ni. Kalau tak cukup lagi minum air, tak tahu lah nak cakap apa lagi.

Semuanya bergantung dengan tindakan daripada anda.

So... ada berapa ramai pembaca blog ini yang berjanji dengan saya tak nak ambil air bergula mulai hari ni?

Sila komen, "I LOVE AIR KOSONG" kat bawah tu.

Team NECK.
Jom Kurus Together-Gether

=====================

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat Untuk Anda

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top