By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.Com.My? Saya doakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Syukur Alhamdulillah. Pada 15 Jun 2015, iaitu sama tarikh dengan hari kelahiran Arwah ayah saya Mat Saad bin Hassan, Allah telah kurniakan kami cahaya mata ketiga.

Menjadikan ia 'Hatrik' 3 lelaki in a row.


Our New Little Boy : Muhammad Fawwaz Bin Mohd Firdaus

This Is The Story

Tanggal 14hb Jun 2015, saya sepatutnya menghadiri program Graduasi University of Life Dr Azizan Osman di Pullman Hotel, Putrajaya.

Tapi, memandangkan keadaan Maria yang macam dah sarat nak bersalin. Saya ambil keputusan untuk tak pergi ke hari graduasi ini.

Family first gitu...

Lagi pun, Maria dah masuk minggu ke 37. Anytime dah boleh bersalin. So, saya pun tak lah berhasrat nak pi jalan jauh jauh lagi.

Kena bersiap sedia anytime..

15 Jun 2015, jam 3 pagi. 

Maria kejut saya dari tidur. 

"Abang, sayang rasa sakit dah makin kuat ni. Rasanya baby dah nak keluar ni...."

Wallawei... Jam 3 pagi tuuu.... 

Sebenarnya sejak pagi semalam pun Maria bagitau dah ada rasa sakit sikit macam period pain dan dah ada contraction. Tapi belum cukup kuat. 

Pagi ni masa Maria kejut saya, saya tengok Maria dalam keadaan bertelekung.. Dia kata tak boleh tidur sejak jam 2 pagi sebab rasa sakit makin kuat. 

Maria pun bangun untuk Solat Tahajud, Taubat, Istikharah, Hajat mohon dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Lepas tu barulah dia kejut saya. 

Saya pun bangun bersiap dan sempat Solat Tahajud dan Hajat sebentar. 

Kemudian kami pun bersiap sedia untuk pergi ke hospital. Beg untuk dibawa ke hospital dah ada dalam kereta sebenarnya. Memang kami dah bersiap sedia dari awal lagi.

Jam 4 pagi, kami bertolak ke Hospital KPJ di Perda, Bukit Mertajam, Penang yang mengambil masa dalam 40 minit dari rumah kami di Parit Buntar, Perak. 


Kami dah plan untuk Maria bersalin di KPJ Perda, dengan Dr Fawziah, Pakar sakit puan di hospital ini. Beliau juga yang menyambut kelahiran anak sulung kami Farees pada 2009 dulu. 

Setiba di hospital, kami terus ke bahagian kecemasan. Mereka terus hantar Maria ke labour room. 

Sampai saja di labour room, Maria kata dah mula turun tanda darah.

Masa tu belum masuk waktu Subuh lagi, so settle satu bab. Maria dah tak perlu solat. Kalau tak keluar darah ni, masih kena solat Subuh lagi.

Di labour room, Nurse menjalankan pemeriksaan pada heartbeat baby dan contraction rahim. 


Sarapan disediakan untuk Maria sekitar jam 6.30 pagi. 


Kali ini, saya tengok Maria memang well prepared untuk bersalin. Maria dah siap bawa semua suplemen yang diperlukan untuk bekalkan tenaga semasa nak bersalin nanti. Maklumlah, nak bersalin ni macam nak pi 'berperang'. Energy level kene tinggi untuk push baby. 

Atas ni, Maria ambil Energizing Soy Protein Powder (ESP) untuk bekalkan tenaga nanti masa nak bersalin. 


Tidak lupa, Maria ambil vitamin B Complex, Vitamin C, Garlic Complex untuk di makan sebelum proses bersalin.


Kelahiran Muhammad Fawwaz

Pada jam 8.30 pagi, nurse yang periksa bagi tahu bukaan pintu rahim dah semakin besar. 

Mereka mula menghubungi Dr Fawziah untuk maklumkan keadaan semasa Maria.

Jam 9 pagi, doctor tiba dan menjalankan proses memecahkan air ketuban. 

Bila sakit contraction semakin kuat, Doctor offer Maria untuk cucuk pain killer. Tapi Maria cakap, "Tak per, saya boleh tahan lagi".

Fuhhh... Terror bini aku ni. Selalunya agak 'manja'. Tapi kali ni dia betul betul strong. Memang Maria dah berniat nak melahirkan secara natural saja tanpa pain killer. 

Doctor menganggarkan baby akan keluar dalam tempoh 1-2 jam lagi dari sekarang. 

Tapi baru sekitar jam 9.30 pagi, Maria bagi tahu...

"Saya dah ada rasa baby nak keluar dah ni."

Nurse pun bersiap-siap dengan peralatan. Nurse bagitau, tunggu sampai betul-betul rasa nak teran then baru teran. 

9.35 am, terus Maria cakap.

"Betul-betul rasa dah nak keluar ni."

Masa ni saya tengok. Mai aih, betullah.. Dah nampak rambut baby.

Sekali doktor suruh Maria tarik nafas dan start to push.

Alhamdulillah, dengan sekali 'push', maka bertambahlah seorang lagi ummat Nabi Muhammad di muka bumi ini pada jam 9.36 pagi.


Welcome to the world my litte hero. Muhammad Fawwaz.

Bilik bersalin mula riuh dengan tangisan anakku Fawwaz. 

Berbeza dengan sebelum ini, kali ini lepas ajer lahir, nurse terus angkat baby letak di dada Maria.

Subhanallah, baby yang tengah menangis lepas lahir tadi terus diam dan nampak tenang ajer. 
Wowww... Saya terkejut. 

Bila saya tanya nurse, dia cakap baby bila dengar jantung mak dia, dia akan rasa tenang. Sebab tu dia berhenti menangis.

Di situ juga, nurse cakap kat saya. "En Firdaus, boleh lah azan kat baby sekarang".

Wowww.. Azan terus masa tu yer. Dulu kena tunggu baby dibersihkan dulu baru boleh azan. 

Actually, itu lah yang terbaik. Kita nak kalimah kalimah awal yang baby dengar adalah kalimah azan. Semoga anakku akan jadi seorang insan yang sentiasa mendirikan solat satu hari nanti. Insya Allah.

Saya pun terus azankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.

Selesai satu tanggung jawab saya sebagai bapa terhadap anak saya.

Terus saya berdoa pada waktu itu.

"Ya Allah, jadikan lah anak ku ini seorang jutawan yang bertakwa, berjaya dunia dan akhirat. Menjadi seorang yang menegakkan agama Mu di muka bumi ini."

Tanpa disedari, air mata hampir berlinangan tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan ini.

Satu lagi amanah yang perlu saya pikul. Insya Allah, akan ku jaga amanah Allah ini sebaik mungkin.

Perbezaan Ketara


Inilah gambar Maria beberapa minit selepas melahirkan anak ketiga kami. Nampak ceria, segar dan bertenaga. 

Syukur Alhamdulillah, ini kali ketiga saya menyaksikan proses kelahiran anak saya sendiri. 

Jika nak dibandingkan ketiga-tiga anak, rasanya ini yang paling cepat dan mudah untuk Maria. Malah doctor sendiri pun kata proses bersalin Maria sangat mudah dan natural. 

Maria lebih berpengalaman, lebih bersedia dan nampak sangat confident sepanjang proses bersalin. 

Alhamdulillah, dengan suplemen Shaklee yang diambil sejak di awal kehamilan lagi, ia betul-betul membantu beri tenaga tambahan kepada Maria sepanjang kehamilan dan memudahkan proses bersalin. 

Anda boleh baca sharing Maria semasa hamil di sini: 


Selepas baby dibersihkan, Maria pun terus menyusukan baby. Alhamdulillah, penyusuan juga berjalan lancar. 

Insya-Allah, Fawwaz juga akan mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun, sama seperti abang-abangnya, Farees dan Fateh sebelum ni. Semoga Allah mudahkan. 



Sekitar jam 11 pagi, kami di bawa ke wad untuk berehat.

Maria awal-awal lagi request nak bilik sorang. Senang sikit, dalam bilik tak perlu pakai tudung.

Ini gambar dalam wad. Untuk upgrade ke bilik single ini, kena bayar tambahan RM250 untuk satu hari.


Berat lahir Fawwaz 3.16kg at 37 weeks. Abang abang dia haritu keluar 2.8kg dan 2.7kg ajer.


Dibedung rapi.


Boleh senyummm bila bersalin dan menyusu sambil mengamalkan supplemen Shaklee. Hehe. 

Jujur saya katakan, saya nampak lain macam energy Maria kali ni. Bersalin lebih mudah bila tahu caranya.  Alhamdulillah. Pagi bersalin, petang tu sempat layan whatsapp customer dan close sales lagi, Amboi bini ku ni..


Makanan orang bersalin. Gini aje lah yer...


Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah..


Bersalin di private agak senang, sebabnya baby dijaga oleh nurse dan kita hanya perlu jaga diri saja. Bila nak menyusu, baby akan dihantar ke mak dia.


Sebelah petang, saya balik rumah kejap. Ambil Abang Long Farees dan Abang Ngah Fateh nak tengok baby Fawwaz. Nampak happy ajer dua abang ni dapat adik baru.


Keesokan harinya, kami bersedia untuk keluar dari hospital. Alhamdulillah. Both Ummi dan Fawwaz sihat dan boleh balik rumah.


Selfie dulu sebelum balik dari hospital. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doctor Fawziah dan staff KPJ Penang yang telah banyak membantu kami sepanjang proses bersalin di sini. 


Dalam kereta perjalanan pulang ke rumah. Terima kasih Sayang atas segala pengorbananmu. 


Here we go. Fawwaz dah selamat di daftarkan.

Kepada para pembaca yang dirahmati, mohon anda doakan kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga kami semua diberikan kebaikan dalam kehidupan kami di dunia dan di akhirat. 

Amin...

Maria Firdaus
~Bersyukur Atas Nikmat Yang Allah Kurniakan~


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.

4 ulasan:

  1. Tahniah..haji firdaus n hajah maria

    BalasPadam
  2. Tahniah! Semoga menjadi anak soleh yang berbakti kepada agama, negara dan keluarga...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top