By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri, salam kemaafan dan salam silaturahim.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda gambar gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang sambutan hari raya 2014 baru baru ini.


Sehari sebelum raya. Masih sempat untuk keluar bershopping di Pasaraya Besar Mydin yang baru dibuka di Parit Buntar. Antara yang dicari adalah tudung raya untuk mak saya dan kasut raya Farees dan Fateh.


Sehari sebelum raya. Kami semua bergambar dahulu. Sebabnya kami takut tak sempat nak bergambar dipagi raya nanti. Penggambaran dimulakan dengan artis jemputan. Muhammad Farees Bin Mohd Firdaus yang berusia 5 tahun. Comel and cute. Like Father Like Son..... Hehe.. Alhamdulillah


Tara.... Kami menghadapi cabaran untuk mengambil gambar sekeluarga. Fateh tak nak pakai baju raya. Mengamuk dia tak nak pakai baju raya. Maka, inilah gambar keluarga yang terbaik kami ada untuk tahun ini. Beli sampin tak nak pakai. Ada songkok tak nak pakai. Baju raya pun tak nak pakai. Dah tak boleh diselamatkan lagi.


Terpaksalah pasangan ideal ini yang bergambar. Hehe.....Yang bestnya, kami minta bantuan pembantu rumah untuk ambilkan gambar. Tak ada siapa di rumah tahun ini. Hanya kami berempat, emak saya dan pembantu rumah. Adik beradik saya yang lain semuanya beraya di rumah mertua mereka.


100 hari yang lepas. Saya mula menggunakan Set Kurus Shaklee. Matlamat asal adalah untuk menurunkan berat badan ke berat yang ideal. 100 hari lepas, berat saya adalah 79.5kg dengan BMI 27.9. Tersangat tidak sihat dan tidak ideal.

Alhamdulillah, di pagi raya berat saya adalah 68.5kg dengan BMI 23.0 Alhadulillah. Berjaya mencapai berat badan ideal. Jumlah penurunan adalah sebanyak 11kg dalam tempoh 100 hari tanpa perlu bersusah payah nak pergi ke gym. Cukup sekadar mengambil makanan yang berkhasiat pada kuantiti yang betul, gunakan suplemen Set Kurus Shaklee dan amalkan cara hidup yang lebih sihat. 

Alhamdulillah. Syukur rasanya bila dapat pakai baju raya bersaiz M tahun ini.


Syukur Alhamdulillah. Pada tahun ini, saya telah diamanahkan untuk membacakan Khutbah Raya di surau An-Najah, Kg Kedah, Parit Buntar. Tahun-tahun sebelum ni pun saya dah beberapa kali dipilih sebagai Khatib untuk Khutbah Aidilfitri dan Aidiladha. Pihak surau memang sengaja bagi peluang kepada golongan muda untuk sama-sama bergiat aktif dalam aktivity Surau. 


Selepas solat raya di surau . Jemaah surau mula hadir ke rumah untuk menikmati sedikit juadah yang kami sediakan. Pastinya, raya tahun ini kurang meriah berbanding tahun tahun sebelumnya. Ini kali pertama berhari raya tanpa abah yang telah pergi mengadap Ilahi pada 2 Februari 2014 yang lepas. Walau apa pun, kehidupan perlu diteruskan.


Alhamdulillah, antara juadah yang disediakan untuk para tetamu. Ada lemang, ketupat, rendang..



Laksa Penang terbaikkk!! Hihi..


Kuih raya pun ada..


Antara tetamu yang hadir. Sedang menikmat juadah yang disediakan. Selain laksa, kami turut menyediakan nasi impit dan lemang.


Batch kedua tetamu yang datang. Jiran sebelah rumah saya, Tuan Haji Hassan membawa sepasukan 'batalion tentera' menyerang rumah saya. Hehe.. Gurau ajer. Actually, mereka mempunyai keluarga yang sangat besar. Sangat meriah bila mereka semua datang. Dengan kekuatan tentera 'kecil' seramai 22 orang, mereka datang ke rumah kami dengan membaca doa selamat buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, panjang doa yang Hj Hassan bacakan. Diaminkan oleh anak cucu beliau.


Selamat menjamu selera..


Emak saya memastikan tetamu mendapat makanan yang cukup.


Sebelah petang, kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk pulang berhari raya di kampung emak saya pula. Untuk pengetahuan anda, ibu bapa mak saya sudah tiada. Yang ada hanyalah ibu tiri mak saya. Walaupun ibu tiri, kami tetap menziarahi beliau di hari yang mulia ini.


Fateh dan Farees serta Maria berselfie pulak. Fateh memang tak nak langsung pakai baju raya. Huhu..


Di kampung, nenek saya suruh kait buah rambutan. Huhu.. Ini kali pertama dalam sejarah hidup, pakai baju raya sambil kait buah rambutan.


Farees tolong ambilkan gambar Ummi & Fateh. 


Sambil dukung Fateh, Maria membantu mengutip buah rambutan yang dikait. Ketika dikampung, ada sahabat yang menghubungi kami nak datang rumah. Terpaksalah berkejaran pulang ke rumah.

Siapa yang datang? Kawan baik saya dari Machang. Okaz. Tauke ayam. Namun apakan daya, terlupa pula nak bergambar dengan mereka sekeluarga. Terlupa.


 Kemudian, saya diziarahi oleh sahabat dan anak didik Shaklee dari Banting, Md Latiff dan keluarga.



Bergambar kenangan sebelum balik.


Maria bersama Shahima, isteri Md Latiff. Rancak bersembang dan bercoaching hingga jam 10 malam baru mereka beransur pulang ke rumah keluarga di Beruas.

Alhamdulillah. Begitulah sambutan saya di hari raya yang pertama. Mohon maaf, sebenarnya ada banyak lagi tetamu yang datang. Tapi waktu itu terlupa pula nak ambil gambar.

Walau apa pun, saya doakan anda semua meraikan hari Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan.

Wassalam.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf Zahir dan Batin

Salam Sayang Dari Kami Seisi Keluarga, 
Mohd Firdaus Mat Saad
Kam Maria Abdul Mutalib
Muhammad Farees Mohd Firdaus
Muhammad Fateh Mohd Firdaus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top