Assalamualaikum,

Pada minggu yang lepas, seperti yang  saya  kongsikan dengan anda, saya ada menganjurkan Seminar Mudahnya Menjadi Magnet Rezeki iaitu Law Of Universal Attraction (LUA) dan juga Neuro Linguistic Programming (NLP).

Program ini dijalankan di Dewan Besar Tun Rahah di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Matlamat Program

Sejujurnya, matlamat program ini diadakan untuk saya berkongsi dengan anak didik saya dalam Shaklee bagaimana untuk menjadi magnet rezeki. Dalam erti kata yang lain, saya berkongsi ilmu yang saya belajar bagaimana kita mahu menjadikan rezeki yang datang kepada kita.

Bukan kita yang mencari rezeki.

Selain itu, saya juga mahu berkongsi dengan anak didik saya bagaimana untuk mempengaruhi orang lain untuk berurusan dengan kita dalam bisnes.

Saya dah banyak melabur wang untuk mempelajari semua ilmu ini. Jadi, kali ini saya anjurkan untuk saya pula berkongsi dengan anak didik saya.

Saya mahu lebih ramai orang faham. Rezeki lebih mudah untuk mendatangi kita kalau kita tahu rahsia untuk menariknya.

 Program Berjalan Lancar

Syukur Alhamdulillah, program yang saya rancangkan berjalan dengan sangat lancar. Semuanya berjalan hampir sempurna. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda gambar gambar yang sempat kami ambil pada hari program berkenaan. 


Sebahagian daripada krew yang bertugas pada hari itu. Mereka membantu saya untuk menguruskan pendaftaran.


Maria menjadi penyambut tetamu di Kaunter Pendaftaran. 


Perkongsian banyak mengupas kandungan yang terdapat dalam buku ini. Bagaimana untuk menjadi magnet kekayaan dan kebahagiaan dalam diri.


Khairul Izham dan Norazreen sedang bersedia untuk memulakan kelas pada hari berkenaan. Untuk pengetahuan anda, mereka sudah memperoleh pendapatan 4 angka secara konsisten setiap bulan sekarang ini walaupun mereka hanya menjalankan secara sambilan kerana masih berkerja.


Saya membuat ucapan untuk majlis pembukaan


Saudara Zuhairi Nopiah. Penceramah motivasi yang saya jemput untuk berkongsi rahsia menarik kekayaan dan kejayaan. Sejujurnya, saya dah belajar banyak ilmu ini. Cuma, saya tak ada modul untuk dikongsikan.

Sebab itulah saya perlul mencari penceramah untuk menyampaikan ilmu ini kepada anak didik saya. Tugas saya pula adalah untuk mengulas setiap topic yang beliau sampaikan agar ia terus berkaitan dengan bisnes Shaklee yang sedang kami jalankan.


Penulis buku Law Of Universal Attraction


Topik pertama yang disentuh adalah Niat kita dalam melakukan perniagaan. Beliau berkongsi, kita mesti berniat melakukan bisnes semata mata kerana Allah.

Ia tidak lari dengan matlamat perniagan yang sering saya tekankan kepada anak didik saya. Kita berniaga bukan sebab kita nak kaya. Tetapi kita berniaga sebab kita nak tambah nilai hidup orang lain. Kita nak permudahkan hidup orang lain. Kita nak selesaikan masalah orang lain. Dan kalau kita buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau. Kita terpaksa jadi kaya.

Dan yang paling penting, saya berkongsi kita buat bisnes mesti tidak lari dari niat kerana Allah. 


 

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada hari itu. Syukur Alhamdulillah. Saya rasa seronok sangat sebab dapat menambah nilai hidup orang lain.

Saya sangat yakin, ilmu yang mereka pelajari ini sangat sangat bermanfaat untuk mereka gunakan dalam kehidupan dan perniagaan mereka.

Antara video yang ditayangkan semasa program tersebut. 

Adik manis yang bertugas untuk mengambil gambar pada hari berkenaan.
Seterusnya, saya berkongsi dengan mereka kepentingan matlamat dalam kehidupan. Saya berkongsi dengan anak didik saya kita mesti mempunyai matlamat dalam kehidupan.
Saya tunjukkan kepada mereka 121 matlamat hidup saya. 121 perkara yang ingin saya lakukan sebelum saya meninggal dunia. Saya kongsikan dengan mereka semua impian saya.
Ada yang terkejut. Sebab mereka sudah berusia 40 an. Tetapi tidak pernah menulis matlamat dalam kehidupan. Tidak pernah mempunyai impian yang jelas apa yang hendak dicapai dalam hidup.
Saya kongsikan dengan mereka, kalau kereta sebelum nak jadi kereta pun mesti ada plan dan design, macam mana kita boleh biarkan hidup kita tanpa ada matlamat. Kita tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi dalam hidup kita pada masa akan datang kerana kita tidak ada matlamat yang jelas apa yang ingin kita capai.



Para hadirin yang terhibur dengan penyampain yang kami berikan.

  Selepas itu, program diteruskan dengan perkongsian dari Saudara Zuhairi mengenai konsep kerohanian dalam mencapai apa yang kita impikan.

Bila kita mahu menjadi magnet kekayaan dan kebahagiaan, kita tidak dapat lari dari mendekatkan diri dengan Allah.


Bagi mengelakkan peserta boring. Program diselang seli dengan aktiviti. Ini merupakan aktiviti nyanyian untuk memberi motivasi kepada para peserta program.

Tengah hari, saya dan Saudara Zuhairi berbincang untuk pengisian seterusnya. Bagi saya sebagai pengarah projek ini, saya mesti berikan yang terbaik kepada anak didik saya.
Saya mahu mereka faham dengan jelas, konsep menjemput rezeki. Saya mahu mereka faham, rezeki boleh datang mencari kita. Tanpa kita perlu bersusah payah mencarinya.
Para peserta bersedia untuk sessi petang. Bersemangat akak ni. Duduk di barisan hadapan sekali. Bagus, menunjukkan ciri ciri orang yang berjaya.
Dalam group saya, mereka yang hadir boleh membawa anak anak mereka bersama. Bagi saya, apa guna buat bisnes kalau anak anak ditinggalkan di sana sini. Anak anaklah pengikat kasih saying kita semua. Jadi, mereka harus dibawa bersama.
Alhamdulillah, ramai anak anak yang join program ini. Dan ia percuma untuk mereka. Bagi  saya, saya tak mahu seseorang itu memberi alasan tidak ada orang yang boleh jaga anak dan tidak hadir ke program ini. Program ini sangat bagus. Kalau ada anak, bawa mereka untuk join sekali.
Berkongsi bagaimana menghilangkan perasaan negatif dalam diri kita. Ini sangat sangat penting. Sebab jika terlalu banyak perkara negative dalam hidup kita. Ia akan menyebabkan kita 'jauh' dari perkara perkara yang positif.
Saya menyampaikan dengan penuh perasaan. It's Now Or Never.

 Para peserta khusyuk memberikan perhatian.
Program pada hari kedua bermula. Warna tema kami berdua adalah warna biru.
Hari kedua, saya berkongsi dengan mereka mengenai kepentingan mempunyai Vision Board. Bagaimana Vision Board mempengaruhi hidup kita seharian dan mempengaruhi masa depan kita.

Sejujurnya, saya bayar mahal dari Dr Azizan Osman untuk belajar semua ilmu ini. Tetapi, saya kongsikan dengan anak didik saya dengan kos yang sangat sangat sangat murah.
 (Berapa kali 'sangat' tu. Nak menunjukkan sangat murah) 

Gambar di atas ini adalah salah seorang sahabat saya yang turut menjalankan perniagaan Shaklee. Dahulu beliau menjalankan bisnes takaful.

Tetapi, selepas mengenali Shaklee, beliau semakin mengorak langkah dan akhirnya sekarang beliau memperoleh pendapatan 5 angka sebulan bersama Shaklee dengan hanya melakukannya dari rumah.


Saya menjemput seorang lagi peserta untuk berkongsi Vision Board beliau. Salah satu yang beliau impikan adalah untuk berhenti kerja dalam tempoh satu tahun dari sekarang.
Beliau mahu menjadi Working At Home Mum seperti Maria. Saya kemudiannya menunjukkan step by step yang beliau perlu lakukan dari sekarang untuk mencapai apa yang beliau impikan.
Untuk pengetahuan anda, beliau sekarang memperoleh pendapatan hampir 3 kali ganda daripada apa yang beliau dapat dari kerja tetap sekarang sebagai seorang Engineer.
Para peserta sangat bersemangat pada hari kedua ini.
Bayi yang sedang dikendong itu baru berusia 55 hari. Tapi tetap dibawa bersama.
Akak Kay Bee... Begitu bersemangat selepas menyertai group ini. Hadir bersama suami dan anak.
Akak akak ni sangat terhibur menyertai program ini.
Perkongsian dari Aisyah. Allahuakbar. Saya mengalirkan air mata bila mendengar perkongsian daripada beliau. Sungguh terharu bila beliau mendoakan agar Allah tidak mengambil nyawa saya lagi pada waktu terdekat kerana saya perlu lebih banyak masa untuk berbakti kepada lebih ramai orang.
Allahuakbar. Tanpa saya sedari, air mata mengalir membahasahi pipi. Beliau merupakan pembaca blog saya sebelum ini.
Kak Kiah sedang berkongsi dengan para peserta yang lain. Jangan risau Kak Kiah, saya tidak meng 'NLP' kan akak. Hehe...
"Berapa ramai di antara anda yang nak jadi Master angkat tangan say 'I'?" Ramai yang mengangkat tangan. Semoga mereka semua bakal menjadi Master Coordinator dalam Shaklee.
Jom pelajari teknik menjemput rezeki dengan mudah.
Hari kedua, kami lebih banyak belajar teknik NLP. Neuro Linguistic Programming. Ia adalah untuk mempengaruhi orang lain untuk ikut apa yang kita lakukan.
Para peserta sedang khusyuk mendengar.
Kita buat exercise sket. Nak make sure para peserta stay alert.
Mendengar sambil berdiri pulak. Dalam program yang mengambil masa yang lama, kami perlu bijak untuk mengawal peserta. Sejujurnya, sepanjang 2 hari ini. Saya tidak nampak para peserta tidur walaupun seorang. Syukur sangat. Ini menunjukkan para peserta sangat komited untuk mendengar ilmu yang hendak disampaikan.
Baby aja yang tidur. Mak mak tak tidur ok.
Macam happy ajer akak akak ni.
Tuan Haji Anuar turut menjadi peserta dalam program ini.
Tuan Azlan, macam bersemangat aja.
"Best Nadia program ni?"
Sangat sangat best !!!!
"Best program ni bang?"
Sangat best !!!! Ramai peserta sangat sangat berpuas hati dengan perkongsian yang diberikan pada hari itu.
"Kenaper senyum ni kak?"
Salah satu aktiviti berpasangan. Berbincang dengan orang sebelah apa yang dipelajari dari sessi berkenaan. Akak yang sedang pegang baby ini baru berhenti kerja. Beliau mahu komited dan serius dalam Shaklee. Saya doakan akak berjaya.
Adik ni pun nak dengar jugak cara cara menjadi magnet rezeki.
Seperti yang saya katakan. Dalam bisnes yang kami jalankan, family first. Sebab tu lah anda boleh tengok anak anak kecil dibenarkan untuk dibawa bersama ke dalam program.
Baby baby Shaklee. Hehe... Mendapat khasiat yang cukup daripada produk Shaklee melalui ibunya.
Adik ni siap bawa buku mewarna lagi. Duduk di luar bilik seminar untuk menulis dan mewarna.
Ini part yang paling best. Melepaskan apa yang selama ini terbuku di hati. Ramai yang mengalirkan air mata pada waktu ini.


Selesai seminar. Sekarang misi bergambar dengan para peserta pulak. Ini Nadia dan Din. Mereka lah yang banyak bantu saya dalam program ini. Mereka menguruskan makan minum para peserta seminar. Terima kasih banyak banyak. Hanya Allah lah yang akan membalasnya.

Saya memberi tips kepada Mak Ngah Marina, Amirah Rifhan dan juga Aisyah. The Power Of Visualisation.




Saya bergambar dengan Maria. 



Saya bergambar dengan Tuan Zuhairi.


Sebelum semua bersurai. Saya bergambar dengan para peserta yang hadir. Inilah sebahagian daripada anak didik saya yang memilih untuk mengubah hidup mereka. Dari hidup biasa biasa kepada hidup yang luar biasa.

Apa Kata Mereka Yang Menyertai Seminar Ini

"Syukur Alhamdulillah sebab dapat attend program ni. Akak bukan saje dapat apply dalam Shaklee tetapi dalam kehidupan akak. Ada a few moment masa talk tu sangat touching sampai akak nangis-nangis. Memang boleh feel yang gerakkan hati akak ke sana ialah Allah sbb tgk biras Firdaus yg jaga 8 anak tu pun Akak boleh menitis air mata tau. Tak tau nak cakap apa lagi.. JAZAKALLAH KAIRAN KASIRA. Semoga Allah beri kebaikan dan kekayaan kepada Firdaus dan Maria serta semua ahli dalam group ini" - Pn Marfuza Zainal.



"Syukur kerana Dia menggerakkan hati kami disaat akhir utk hadir program ni. Even masa mula-mula Master Firdauas keluarkan notis untuk dapat feedback tu, tak berani nak komen boleh hadir atau tak. At last, terkeluar jugak ayat, "kita pegi nak program ni. Mesti best ni.." End up, Alhamdulillah. Satu keputusan yg tepat." - Pn Amirah Rifhan

"ALLAH HU AKHBAR......Takda apa sangat MASTER atas pertolongan tempoh hari kalo nak dibandingkan dengan ILMU yang dah diberikan oleh MASTER selama ini. ALHAMDULILLAH...saya BERSYUKUR sangat. Lagi terharu lepas MASTER ajar teknik MINDA SEPARA sedar hari tu. Tak sampai 30minit saya bayang kan sapa yang saya nak bantu tetiba dia col nk order barang 200PV. ALHAMDULILLAH...SYUKUR sangat2. KESUKARAN sepanjang hadir ke class MASTER dibayar dengan KEGEMBIRAN yg tak terhingga. IZINKAN saya mengunakan segala ILMU yg dah MASTER dan isteri berikan selama ini ye  " - Pn Nur Zahidah

"Im very happy dapat bertegur sapa dengan kawan group ni in person tempohari dan of course .,sangat puas hati dengan progam ini. Sangat-sangat effective ..bukti ..finaly im here, im seen im heard..im on my way to success ..inshallah saya / dan semua yg membaca di post cni pasti berjaya bahagia dunia dan akhirat " - Pn Yasmin
Membaca feedback sebahagian daripada mereka sahaja sudah pun memberi motivasi untuk lebih banyak memberi selepas ini. Saya yakin dengan konsep, The more you give. The more you get back.

Apa Yang Saya Impikan

Di dalam Empayar Maria Firdaus, saya sangat sangat menitik beratkan Transformasi Minda kepada anak didik saya. Saya percaya, hidup seseorang hanya akan berubah apabila mereka upgrade minda mereka ke tahap yang lebih baik.

Saya bukan sekadar mahu membantu mengubah hidup mereka dari segi kewangan, saya juga mahu membantu mereka mereka dari segi kesihatan, hubungan kekeluargaan suami isteri, improve dari segi kerohanian untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Saya tidak mampu mengubah dunia. Saya tidak mampu mengubah negara. Tetapi, bagi saya saya mampu untuk membantu mereka yang mahu mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik lagi.

Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ini. Saya berjaya membantu ramai orang untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui bisnes Shaklee. Mereka ini, ramai yang tidak pernah menjalankan perniagaan sebelum ini.

Komen ramai peserta, sejak mereka menyertai Empayar Maria Firdaus, mereka dapat merasai perubahan dalam hidup mereka. Mereka lebih positif, hubungan mereka dengan Allah semakin baik dan yang best, mereka memperoleh pendapatan 3-4-5 angka sebulan walaupun hanya menjalankan perniagaan ini secara sambilan.

Seminar Seterusnya

Insya Allah, selepas ini saya sedang merancang untuk mengadakan seminar yang seterusnya. Kali ini saya akan mengadakan Seminar Marketing pula. Saya akan berkongsi dengan mereka strategy pemasaran terkini yang akan memudahkan mereka untuk menjalankan perniagaan Shaklee secara online dan offline.

Saya akan berkongsi dengan anda segala ilmu marketing yang telah saya pelajari dari Dr Azizan Osman dalam seminar seminar yang telah saya sertai sebelum ini.

Untuk makluman anda, seminar ini hanyalah untuk anak didik saya di bawah Empayar Maria Firdaus' Millioanaire In Shaklee.

Kepada Anda Di Luar Sana

Jika anda berminat untuk menyertai Empayar Maria Firdaus' Millioanaire In Shaklee (MFMS), anda boleh menghubungi Maria. Anda boleh PM, Whatsapp 019-2592731 atau hubungi Maria di FB beliau.

Insya Allah, kami akan bantu anda sekadar yang kami mampu untuk mengubah hidup kita semua ke arah yang lebih baik.

Kita kejar dunia dan akhirat bersama Shaklee.

Kepada anak didik saya di bawah Empayar MFMS, saya doakan agar semua urusan anda akan dipermudahkan Allah. Dunia dan akhirat.

Insya Allah. Kita bertemu lagi.

Mohd Firdaus Mat Saad
"Pencetus Ummah Bisnes Buat Empayar MFMS"

Jika tidak keberatan, jika anda rasa entri ini bagus dan bermanfaat. Mohon anda tekan LIKE Button dibawah ini. Jika jumlah LIKE melebihi 81, saya akan berkongsi dengan anda TIPS bagaimana menjemput rezeki dengan mudah.

Jangan tanya kenapa 81 LIKES, saya pun tak tahu kenapa saya pilih nombor itu. Mungkin itu tahun saya lahir kot.

Anyway, MOHON LIKE yer. Thanks semua.


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

3 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top