Assalamualaikum,

Semalam, hari Rabu 30 Oktober 2013 saya ke Shah Alam. Saya ada Mastermind Group Coaching bersama Dr Azizan Osman bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Bermula jam 9.00 pagi sehingga 1 petang.

Secara dasarnya, pertemuan kami ini adalah sekadar Dr nak cek balik apa yang kami dah buat selepas pulang dari Seminar Jutawan Industri 1 bulan yang lepas.

Action item yang diberikan kepada kami semua adalah buat buku. Kami semua di suruh buat perkara perkara asas untuk berjaya misalnya Online Presence.

Kalau kami nak berjaya sebagai Industry Expert, kami perlu 'tonjolkan' expertise kami di blog dan Facebook menggunakan konsep sharing.


Cantik tempat ni. DAO pilih buat disini sebab dekat dengan rumah beliau. Senang sket beliau nak keluar masuk rumah. Hehe.


Habis program, semua orang dah keluar dewan. Tinggal beberapa orang lagi yang ada dalam dewan. Apa lagi, saya terus pergi ambil gambar di tempat keramat. Hot Seat. Ambil berkat. Semoga suatu hari nanti impian saya nak naik atas Hot Seat akan tercapai.

Untuk anda yang tak tahu, Hot Seat adalah tempat dimana Doktor Azizan akan panggil beberapa pelajar beliau yang dah berjaya dalam perniagaan untuk naik ke pentas dan berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan para peserta program.

Naik ke atas pentas adalah satu penghormatan buat bekas para pelajar DAO. Ini menunjukkan mereka dah berjaya. Berjaya apply semua teknik yang DAO ajarkan dalam seminar sebelum itu.

Sessi Master Mind Group Coaching

Semasa coaching ini berlangsung, kami diberi peluang untuk bertanya soalan atau berkongsi apa yang kami dah buat selepas tamat IJI dalam tempoh sebulan yang lepas.

Saya berdiri. Berdebar debar jantungku ini. Bukan senang. Nak bercakap dengan DAO ni.

Tapi, satu perkara yang saya lakukan. Saya share dari hati. Just share. Tanpa ada skrip. Sebab kalau ada skrip nanti akan jadi skema. Terikat dan bukan dari hati.

Saya berkongsi dengan para peserta yang lain apa impak selepas saya buat konsep sharing di blog. Apa impak selepas saya buat ceramah. Apa impak lepas saya tulis ebook dan berikan secara percuma kepada orang lain.

Saya berkongsi melalui teknik ini, saya tidak lagi perlu mencari customer. Sebaliknya customer yang mencari saya.

Saya berkongsi berdasarkan apa yang DAO suruh kami buat dan kesan terhadap perniagaan. Dan yang best, DAO suruh saya submit manuskrip Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang kepada Richwork. Sekiranya melepasi tahap yang mereka benarkan, ia akan diterbitkan oleh mereka dalam bentuk buku fizikal.

Wawww.... That's amazing. Niat saya hanya satu, saya mahu Ebook ini dibaca oleh lebih ramai orang lain. Ia dibaca agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Agar dapat membantu anak bangsa saya untuk lebih berjaya.

So, malam tadi saya dah emel manuskrip ebook ini kepada pihak Richworks. Now masa untuk berdoa. Bagi saya, jika ia dijual secara Ebook. Keuntungan pastinya akan lebih tinggi.Tapi jika diterbitkan, ia akan menjadi lebih eksklusif. Sebab ia berbentuk buku fizikal. Ia akan membawa nama mariafirdaus.com.my ke dalam buku itu.

Selepas Habis Perkongsian

Ada beberapa orang peserta yang datang berjumpa saya. Bertanya bagaimana cara menulis ebook. Bagaimana nak memasarkan ebook. Saya berkongsi dengan mereka seadanya.

Semoga ia memberi manfaat dan dapat menambah nilai hidup mereka yang lain.

Apa yang lebih best, sebelum saya pulang. Sempat berjumpa dengan Jerry. "Aqram, ambil nombor phone abang ayam ni. Nanti interview dia buat testimoni."

Huhu... Ini satu penghormatan buat saya jika ia benar benar berlaku.

Walau apa pun, saya berazam mahu melakukan yang terbaik dalam bisnes saya dan Maria lepas ni. Insya Allah, many more to come. Mahu lebih memberi, mahu menambah nilai hidup orang lain, mahu menyelesaikan masalah orang lain.

Semoga ia menjadi pencen kubur buat saya kelak.

Wassalam

1 comments:

  1. 1 hari nanti, saya pun akan duduk di hot seat!
    Semoga kita semua berjaya dan bahagia..amin.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top