Assalamualaikum,

Aduhhhh.... Baru sempat nak share pasal Magic Raya Shaklee ni.....

31 Ogos yang lepas, mentor kami Master Hafsah dan Master Zahirah buat gathering raya untuk kami anak-anak murid semua, tempatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Ini first time saya sampai ke Kelab Sultan Sulaiman. Before this, tak pernah pi pun. 


Bangunan Kelab Sultan Sulaiman


Magic Raya Anugerah Terindah dan Inspirasi


Ini Mentor Maria. Nama aja mentor. Tapi, baru first time jumpa after 10 months. Sebelum ni, Maria hanya kenal Master Zahirah di Facebook sahaja. Orangnya kecil sahaja. Tapi semangatnya besar. Telah membantu 700 orang usahawan Shaklee bersamanya. Dah ramai yang berjaya. Dulu beliau merupakan bekas seorang engineer di sebuah syarikat minyak terkemuka di Malaysia. 'Terpaksa' berhenti kerja sebab buat bisnes online Shaklee.


Ini pun Mentor Maria juga, Master Hafsah. Beliau seorang yang hebat. Isteri kepada kawan baik saya di Sheffield, UK dulu. Beliau juga hanya buat bisnes secara online di Facebook dan blog sahaja. 

Anda tak perlu tanya berapa income mereka. Sebab terlalu banyak. Atas faktor keselamatan.... Jumlahnya tidak dapat didedahkan. Subhanallah. Memang tak terjangkau memikirkannya. 

Pendek kata, kalau saya kerja engineer dulu. Masa saya pencen kot, baru boleh nak dapat apa yang mereka capai sekarang. Syukur Alhamdulillah, segalanya mudah dengan bisnes online Shaklee.


Maria bersama mentor-mentor dan anak didiknya.


Ini pula kakak Maria, Kam Haryatie. Seorang ibu beranak 3 dan bekerjaya. Baru betul-betul serius dalam bisnes Shaklee sejak 3 bulan lalu. Alhamdulillah dah berjaya genggam income 4-angka bersama Shaklee. 


Antara juadah yang disediakan. Satay ayam dan kambing.... Memang sedap.....


Kuew Teow Goreng


Laksa


Rendang dan lemang


Ini Aizan. Sahabat baik di Sheffield dulu. Last jumpa pun masa saya kahwin dulu. Bayangkan, dulu beliau sanggup 'terbang' dari Bintulu ke KL untuk datang ke perkahwinan saya di Parit Buntar. Terharu sangat saya rasa.


Another couple from Sheffield. Anisah dan Asyraf. Yang bestnya, mereka bukan 'kawan' saya di Sheffield dulu. Tapi, saya berkawan dengan ibu bapa mereka. Kedua dua parents Anisah dan Asyraf belajar di Sheffield dulu. Dan mereka pun 'diperkenalkan' oleh keluarga di sana.... Alhamdulillah.. Dah anak dua sekarang.

Anisah sekarang ni sedang buat Master. Tapi, tetap semangat buat bisnes Shaklee secara online. Semoga Allah mudahkan urusan mereka.


Sessi perkongsian pengalaman dari Master Zahirah. Beliau share macam mana nak berjaya dalam bisnes. Satu perkara yang saya tersangat suka dalam group ini adalah suasananya yang Islamik. Para mentor semuanya bertudung labuh. 

Bila jumpa mereka, nasihat mereka.... "Jangan lupa buat masterchecklist yer!!" Itu saja pesanan mereka buat kami semua. Master checklist adalah ibadah yang kami perlu lakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya membuka semua pintu rezeki buat kami.



Saya turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman bagaimana Maria berjaya capai bonus 5 angka selepas 10 bulan serius buat bisnes Shaklee.


Perkongsian gambar. Mereka yang datang ke rumah untuk belajar buat bisnes Shaklee.


Antara tetamu yang hadir. Suasana yang Islamik, penuh meriah dan mesra kanak-kanak...


Farees bertemu dengan sepupunya. Ammar. Apa lagi, kecohlah bilik tu dengan jeritan mereka.


Fateh pun seronok ajee kat sini..


Kek Shaklee


Upacara memotong kek.



Sebahagian daripada ahli-ahli dalam group Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS). 
Meriah tak? Meriah sangat.....

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana berada dalam group ini. Kami dibimbing oleh para mentor yang sangat hebat. Syukur rasanya. Mereka bimbing kami tanpa rasa erti jemu. Ada saja masalah, terus kami hubungi mereka.

Saya rasa, inilah salah satu faktor bagaimana untuk berjaya dengan mudah dalam bisnes. 

Meeting Dengan Master Sifu

Actually, hari Jumaat ini saya dan Maria akan ada personal coaching dengan mentor terbaik dalam Shaklee. Beliau adalah leader dalam group kami. Umur pun baru 33 tahun. Tapi, income.... Masya Allah. Hampir 40 kali ganda dengan income masa beliau berhenti kerja dulu. Eventhough beliau seorang yang berjaya. Tapi, beliau tak jemu jemu membimbing kami semua anak muridnya untuk berjaya.

So, petang ini kami akan ke Kuala Lumpur dan pulang ke sini hari Sabtu. Semoga Allah mudahkan segala urusan kami di sana nanti... Amin.....

2 ulasan:

  1. Seronoknya..saya baru nak joint shaklee ni..semoga berjaya seperti mereka juga

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, great family. Tahniah!

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top