Assalamualaikum,

Semasa anda baca post ini, saya sedang berada dalam kelas Dr Azizan Osman. Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan di Menara PGRM, Cheras.

Hari ini, saya nak share dengan anda satu rahsia. Rahsia macam mana nak buat iklan dengan baik. Ramai orang nak berniaga. Tapi, mereka tak menuntut ilmu dengan betul untuk berniaga.

Dulu saya kempen suruh pi kursus AMP Dr Azizan Osman, ramai yang memandang sepi. Walaupun ada beberapa pembaca yang turut serta program itu.

Dan mereka yang pergi kursus Dr Azizan Osman bulan 5 yang lepas, sekarang dah ramai yang menjana ribuan ringgit. Seriously. Maria pun sama. After balik kursus AMP, sales Maria meningkat. 

Ini tak termasuk buku EBOOK saya. Alhamdulillah, tak sampai sebulan. Bilangan buku terjual hampir 300 unit. Not badkan untuk orang yang baru macam saya.

Tapi, itu sikit. Sebab target saya untuk EBOOK ini adalah 10,000 unit jualan. Yes. 10,000. Ini sasaran saya. Walaupun nampak macam banyak. Masih jauh lagi. Tapi, saya tak risau. Saya yakin, Allah akan membantu saya untuk mencapai angka ini. Sebab, saya agak confident dengan kualiti EBOOK yang saya ada.

Sekarang, saya dalam proses untuk membelanjakan sekitar RM3000-RM5000 untuk kos promosi fasa kedua EBOOK saya ini. Insya Allah, jika tiada aral melintang, saya jangka promosi fasa kedua secara besar besaran akan bermula middle of Julai nanti. Semoga Allah mudahkan.

Ok, di bawah ini adalah contoh bagaimana anda mahu menulis iklan dengan bagus. Cara penulisan sebegini akan menyebabkan ramai pembaca yang teringin nak membelinya. Serious. Mengapa? Cuba anda fikirkan. Apa yang beliau tulis. Cara penulisan beginilah yang diajar dalam kelas Dr Azizan Osman. Macam mana kita nak 'sentuh' hati pembaca supaya beli produk kita.

Saya tak mahu explain apa yang perlu tulis, apa yang tak perlu tulis. Tapi bagi saya, contoh iklan di bawah ini agak baik. Agak cukup sempurna. Kalau anda sebelum ni 'menjual secara direct'. Cuba perbetulkan ayat anda supaya jadi macam ni. Kalau tak faham, buat buat faham. Tanya orang lain, apa yang dia faham. Bandingkan cara penulisan iklan anda di FB.

*************************************************
Bateri IPHONE/SAMSUNG cepat habis & TAKDE tempat nak charge ?
*************************************************
# memang sakit jiwa bila merayau2 cari port untuk cas masa rehat Seminar
# bila jumpa port cas, kene tunggu & tak boleh ke mana2

Boleh caj sekurang2nya 5 kali round untuk Samsung.
Boleh caj 2 phone serentak.

Saya nak bantu seramai mungkin kawan2 di AMP/IMKK untuk caj phone dari
tempat duduk anda waktu Seminar. Ini ialah powerbank TERBAIK dan Original.

^^^^^^^Harga pasaran RM 359^^^^^^^

Harga SAYA TOLONG BELIKAN : Bukan RM359. Bukan RM300. Bukan RM250.
Lebih rendah lagi !

SLV --> ek eleh, betul ke murah ? tipu je tu .. macam mana boleh bagi murah.
Saya kan tolong belikan dengan harga borong untuk kawan2 AMP/IMKK.

Bukti harga rm359.
http://dazzletech.com.my/zitech/ZiTech%20T1000%20Portable%20Power%20Bank%2011200mah%20(Dual%20Output)

P/s : buat apa beli yang harga lebih rendah tapi kapasitinya rendah?
Saya belikan yang TERBAIK dengan harga BORONG TAK INGAT
Saya tolong pos sebelum pergi IMKK supaya boleh standyby siap2.
PM / Komen saya untuk tempahan : Say "Saya nak cas hp sambil duduk belajar"
Setiap pembelian ada transaksi sah via Maybank/CIMB.


****************************************************************************************

Saya bukan nak kempen untuk anda beli power bank ini ok. Saya pun tak kenal penjual ini. Cuma saya tahu, cara beliau tulis. Beliau student Dr Azizan. Dan saya yakin pernigaan boleh pergi jauh.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. 

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top