Assalamualaikum,

Minggu lepas, saya ada menerima panggilan telefon daripada salah seorang Lecturer UiTM Seri Iskandar Tronoh. Beliau meminta saya untuk menyampaikan ceramah motivasi usahawan kepada para pelajarnya di UiTM.


Actually, saya rasa macam tak dapat nak memenuhi undangan ini. Tapi, disebabkan saya dah lama tak menyampaikan ceramah motivasi, saya rasa "something is missing in me."

Saya dah lama tak 'memberi' kepada adik-adik saya. Dah lama saya tak memberi 'inspirasi' kepada orang lain. Beberapa jemputan ceramah sebelum ini terpaksa saya tolak atas kesibukan saya.

In fact, minggu ni pun saya sibuk sebenarnya. Ayam-ayam saya sedang dijual. Memang waktu ni saya sibuk la. Minggu ini juga saya sibuk launching EBOOK SIRI MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG.

So, pendek kata. Dalam kesibukan ini juga, saya terima tawaran untuk menyampaikan ceramah motivasi usahawan di UiTM Seri Iskandar.

In term of timing, memang tak kena rasanya.

Saya perbetulkan slide ceramah yang biasa saya sampaikan dulu. And so bad, the content become worst. Dah tak teratur. Saya sebenarnya sibuk gila minggu ni. Saya betul-betul tak sempat nak buat preparation yang terbaik untuk student UiTM ini.

Saya menjangkakan perjalanan saya ke UiTM Seri Iskandar akan mengambil masa 2 jam. Saya sepatutnya tiba di sana jam 2.30 petang. Ceramah akan bermula jam 3 petang.

Saya keluar dari rumah jam 12.30 tengah hari. Sahabat baik saya, Okaz sekali lagi mahu ikut saya ke UiTM untuk sessi ceramah ini. Beliau datang all the way dari Kelantan untuk join saya.

Tiba-tiba saya terperasan. Subhanallah. Saya lupa nak allocate masa 30 minit untuk saya berhenti makan dan solat.

Semuanya jadi haru biru at the first place.

Saya berhenti makan tengah hari di Hentian R&R Sungai Perak. Tengok-tengok R&R tu pulak tutup untuk maintenance. Saya makan di gerai tepi jalan dekat R&R tu. To make thing worst, makanan yang saya order lambat pula nak sampai. Saya order nasi goreng ayam. Hampir 15 minit tunggu. Allahuakbar. Saya dan Okaz serta kawannya terpaksa makan dengan cepat.

Dengan pantas kami makan dan kemudian segera untuk menunaikan solat di Petronas Sg Perak. Selepas solat, saya rasa macam nak ke tandas. Bila masuk saja tandas di Petronas tu, saya tengok ada satu tandas saja yang berfungsi. Lagi satu rosak. Dan ada orang yang sedang que nak masuk toilet.

Terpaksalah saya tangguh dulu hajat saya ini.

Saya terus memecut kereta saya ke UiTM Seri Iskandar. Masa semakin suntuk. Dalam kereta, saya cuak. Perust saya juga semakin memulas-mulas. Allahuakbar. "Something is wrong somewhere."

"This is the first time I will be late arriving to the programme."

Subhanallah. Macam mana ni. Dalam kereta, saya hanya mampu berselawat sebanyak mungkin so that I will arrive at least on time. Dah la perut saya sakit. Nak berhenti ke tandas dah tak sempat.

Dalam hati, tak putus-putus saya berdoa. "Ya Allah, permudahkan urusanku."

Tepat jam 3.00 petang, barulah saya tiba ke tempat program.

If you are on time, then you are late. Huhu..

Para pelajar sudah pun menunggu saya di dalam dewan. Saya tiba ke dalam dewan dalam keadaan tergesa-gesa dan cuak.

Setiba di dewan, saya keluarkan pen drive saya untuk di masukkan ke dalam laptop penganjur.

Tiba-tiba mereka mengatakan mereka tidak ada laptop. Mereka mahu guna laptop saya. Masya Allah. Lap top ada dalam kereta pula. Syukur ada saudara Okaz yang membantu.

Pihak pengangjur mula memasang laptop saya ke LCD Projector.

Masya Allah.... Not compatible pulak. Gambar tak boleh display di LCD. Surely, saya tak akan boleh sampaikan ceramah tanpa slide. Pihak penganjur berusaha untuk mendapatkan lap top lain.

Pada masa yang sama, saya pula memasang wireless microphone saya ke audio system mereka. Subhanallah. Another thing happen. Wireless microphone pulak tak berfungsi. Allahuakbar. Apalah musibah hari ini.

Saya rasa bateri mungkin dah kong. Saya minta Ahmad, kawan Okaz untuk ambil bateri Smart Tag saya di dalam kereta untuk digantikan ke dalam microphone itu. Dalam kekalutan itu, saya baru tersedar, rupa-rupanya, saya tersalah pasang terminal negative dan positif bateri ke microphone tu.

Allahuakbar. Lega satu bab.

Pada masa yang sama, masalah laptop masih belum dapat diselesaikan. Jam sudah 3.10 petang. Kecuakan dalam diri saya pada tahap maksima. Jantung berdegup kencang. Entah macam mana, saya rasa cuak sangat dengan ceramah ni.

Perut yang memulas tadi masih terasa lagi. Saya hanya berdoa,

"Ya Allah. Apa-apa pun, biarlah selesai ceramah ini dahulu."

The risk is always there. In case terbarai..... Macam mana tu. Di depan pulak tu. Tapi saya rasa masih tahap boleh di control.

Jam 3.15 saya minta izin mereka untuk memulakan ceramah. Pada waktu itu, masalah laptop di lcd masih belum selesai. Saya sangka, saya boleh lah dulu buat pendahuluan.

Saya mulalah berceramah. Selang 10 minit, masalah laptop masih belum setel. Saya yang sedang membuat ucapan pendahuluan dah habis modal 'intro'. Puas saya cuba untuk 'goreng', dah tak boleh 'goreng' dah. Dah 'hangit'.

Idea "JAMMMMMMMED".

Di hadapan, saya cuba menenangkan diri. Sambil berselawat, saya berucap. Memang cuak tahap maksima waktu ni.

Dah banyak kali saya berceramah, this is the worst. Macam manalah boleh 'cuak' sangat ni.

Alhamdulillah. Jam 3.30 masalah laptop dan lcd dapat diselesaikan oleh pihak penganjur. Syukur Alhamdulillah.

Saya memulakan ceramah. Sekali lagi, saya tersalah buat percaturan. Jam 4.00 petang, saya baru habis bab intro.

Pihak penganjur memohon saya untuk berhenti pada jam 5.00 petang.

Masya Allah. Mengikut perkiraan. Slide ceramah saya ini masih lagi memerlukan 1 jam 30 minit untuk dihabiskan.

Di hadapan, saya jadi tak keruan. Satu persatu idea yang saya biasa cakap sebelum ini 'blank'. Saya dah biasa cakap tajuk ini, tapi entah kenapa saya terlupa beberapa point-point penting.

Semasa menyampaikan ceramah, saya menayangkan video bisnes yang saya jalankan. Video ini mengambil masa 5 minit.  Masa itu, saya pergi ke Okaz. Dan beliau berkata kepada saya.

"Awat hang nampak lain macam sangat ni? Rileks sket."

"Saya rasa tak selesalah bang kat depan ni. Rasa cuak lain macam aja kali ni. Perut sakit lagi ni. Dah la tu, panas kat depan. Saya berpeluh-peluh ni. Tak selesa nak bercakap. Feel tak mari," saya menceritakan kepada beliau.

"Tak pa. Rileks-rileks... Boleh tu," Okaz memberi semangat kepada saya.

Selepas itu, saya menyambung kembali ceramah saya.

Suasana dalam dewan itu betul-betul saya buat rasa tak selesai. Dewan terlalu besar. Lebar dewan ini pun saya rasa dekat 200 kaki. Dan pelajar pulak duduk memanjang dewan. Saya tak pernah berucap di dewan yang selebar ini. Saya terpaksa berjalan dari kiri ke kanan yang agak jauh ini.

Seriously, saya rasa saya 'lost contact' dengan student. Saya tak dapat 'control' student. Mereka berada terlalu 'jauh' daripada saya.

Saya hanya boleh fokus kepada pelajar yang duduk dihadapan saya.

Masa berjalan begitu pantas. Di hadapan pentas, saya rasa panas. Saya rasa tak selesa. Saya berpeluh. Saya sakit perut. Saya cuak. Dan macam-macam lagi. Tak pernah say rasa macam ni. Dalam keadaan macam ni, memang idea tak datang.

Dah la waktu petang, pelajar rasa letih. Mereka mengantuk. Ada la yang 'terparking' di sana sini. Keadaan sebegini betul-betul melemahkan semangat saya yang sedang berceramah di hadapan.

Saya dah menyampaikan ceramah berpuluh-puluh kali. But....

This is the worst. Level of confidence saya very low. Energy level saya menurun. Everthing didn't go as per plan.

Inilah kali pertamanya, saya rasa... "Bilalah aku nak habis ceramah ni?"

Selalunya, saya rasa... Perlahankanlah masa. Banyak lagi yang saya tak kongsi ni. Tapi kali ni saya rasa, cepat-cepatlah habis. Aku dah tak ada feel ni.

Macam manalah saya beri ceramah motivasi usahawan. Pada waktu tu, saya sendiri tak termotivasi.

Allahuakbar. Kalau anda berada dalam dewan tu, anda dapat merasakan betapa teruknya ucapan saya.

Saya juga ada menayangkan beberapa video motivasi yang lain kepada para pelajar. Pada waktu itu, saya sekali lagi ke Okaz.

"Rileks Firdaus.. Rileks... Jangan cuak... Buat biasa saja"

"Bang, saya sakit perut. Saya panas. Saya rasa tak selesa. Tapi rasanya boleh bertahan sampai habis ceramah ni".

Saya meneruskan ceramah. Jam 4.45 petang, Azan Asar berkumandang. Saya berhenti seketika. Pihak penganjur datang kepada saya. Sekali lagi mereka mengingatkan saya untuk berhenti jam 5 petang.

Saya mempercepatkan ceramah saya selepas itu. Cumanya, di akhir-akhir sessi ceramah ini. Baru saya rasa feel datang balik. Baru saya rasa selesa nak bercakap. Namun dah terlambat. Dah nak habis pun. Orang kampong kata, "Masa dan time" (Dah cukup masa).

Saya menghabiskan ceramah saya tepat jam 5.05 petang untuk memberi ruang kepada pelajar untuk sessi soal jawab. So bad, tak ada sorang pun yang nak tanya soalan. Sama ada mereka faham apa yang saya sampaikan. Ataupun mereka langsung tak faham.

Saya sendiri tak tahu apa yang pelajar dapat dari saya petang tadi.

Habis ceramah. Perut saya rasa stabil kembali. Tak rasa memulas dah macam tadi. Allahuakbar.

Sebentar tadi perut memulas hanya sebagai cubaan buat saya. Menguji diri saya untuk bertahan.

Dah habis ceramah. Ada sessi minum petang pula bersama pensyarah di situ. Saya memohon maaf kepada para pensyarah jika apa yang saya sampaikan tidak memenuhi apa yang mereka mahukan.

Tetapi, para pensyarah mengatakan saya dah buat yang terbaik tadi. In fact, mereka hairan. Selalunya kalau ada ceramah motivasi, para pelajar akan bersembang dan bising. Tapi, mereka hairan macam mana para pelajar hari ini boleh mendengar ceramah saya.

Mereka rasa 'bangga' seketika dengan para pelajar mereka.

"Oh, ye ke.. Saya pun tak perasan sebenarnya. Sebab dewan ni terlalu lebar. Saya hanya dapat beri tumpuan kepada pelajar di hadapan saya sahaja. Yang duduk di tepi dewan, saya tak nampak. Sebab terlalu jauh."

Bagi saya, apa yang berlaku hari ini banyak pengajarannya.

1) Jangan suka-suka terima job motivasi ceramah kalau masa tu nak jual ayam. Memang sibuk sangat waktu tu. So, jangan cari pasal nak terima job lagi lepas ni kalau harvest ayam.

2) Buatlah preparation sebaik mungkin sebelum menyampaikan ceramah walaupun tajuk tu dah banyak kali cakap.

3) Jangan over confidence. Kadang kala, ia memakan diri saya kembali.

4) DATANG AWAL KE TEMPAT CERAMAH. BAGI MARGIN MASA 30 MINIT-1 JAM UNTUK TIBA LEBIH AWAL. INI MEMUDAHKAN PROSES PERSIAPAN BAHAN CERAMAH.

5) Nak bagi ceramah, jangan makan pelik pelik. Saya makan nasi goreng ayam bersos. Lepas makan tu, terus sakit perut. Dah la minum teh ais. Bersusu pulak tu. Menambahkan lagi kesesakan pada perut saya.

Inilah pengajaran yang saya belajar hari ini.

Anda yang membaca mungkin tak pernah mengalami apa yang saya alami ini. Tapi, percayalah... This is very tragic moment in my life actually. Berceramah dalam keadaan very uncomfortable.

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua....

Insya Allah, saya tak serik untuk terus memberi selepas ini. Saya akan buat preparation yang lebih baik jika saya terima tawaran untuk memberi ceramah.

Balik rumah, cek emel. Dah ada lagi satu jemputan ceramah. Kali ini di Shah Alam. Tarikhnya 3 Julai. Insya Allah, tarik ni saya free... Ayam pun dah habis jual waktu ini. Saya dah pun reply untuk menerima jemputan ini. Waiting for their comfirmation sahaja.

Insya Allah, saya akan cuba untuk terus memberi. Mudah mudahan Allah memelihara saya. Memberi yang terbaik kepada saya. Di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top