Assalamualaikum,

Baru baru ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar, Perak untuk membincangkan persediaan Majlis Sambutan Ramadhan 1434H kali ini.

Di surau, saya merupakan Penolong Setiausaha dan juga AJK Pemuda. Banyak juga tanggung jawab yang sudah mereka amanahkan kepada saya.

Antara perancangan AJK Pemuda sepanjang Ramadhan adalah:

1) Menyertai program gotong royong bersihkan surau pada 7 Julai 2013. (Saya di KL masa ni, tak dapat join).
2) Membantu menyelaraskan majlis berbuka puasa di surau.
3) Melatih para pemuda untuk mengetuai Majlis Bacaan Tahlil dan Doa sebelum berbuka.
4) Program 'Geng Muda Baca Quran'. Mencari 30 pemuda di kawasan surau untuk membaca sekurang kurangnya satu juzuk satu orang.
5) Menganjurkan buka puasa Perdana bersama ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin pada 28 Ramadhan.
6) Membaca Khutbah Hari Raya. ( Bukan saya, saya raya di KL tahun ini ).


Mesyuarat yang sedang dijalankan di atas surau. Sila perhatikan Karpet Biru ini, ini adalah hasil sumbangan daripada para pembaca blog www.mariafirdaus.com.my yang dikutip menjelang tahun lepas. Terima kasih kepada anda semua. Cuba bayangkan, setiap kali para jemaah menunaikan solat di surau ini, anda yang sudah menderma terus menerus mendapat 'Pencen Kubur'. Allahuakbar. Banyak pahala yang anda 'jana' di sini.


Antara Minit Mesyuarat yang lalu. Makluman mengenai sumbangan yang diberikan oleh pembaca blog ini melalui saya di Surau Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar. Kutipan RM6,000 untuk Majlis Berbuka Puasa dan RM9000 untuk menukar karpet yang baru.


Dan ini salah satu daripada tugasan baru yang mencabar buat saya. Pihak Surau meminta saya untuk mencari penaja bagi Majlis Berbuka Puasa di Surau saya. Setiap hari, di anggarkan seramai 100 orang yang akan datang berbuka puasa di surau saya. Setiap orang dianggarkan kos sebanyak RM4. Untuk sehari, peruntukan yang diperlukan adalah sekitar RM400. Maka untuk sebulan diperlukan RM12,000.

Berpeluh saya. RM12,000. Bukan mudah tugas ini.

So, saya dengan rasa suka citanya, ingin membuat tawaran bisnes yang pasti menguntungkan kita semua.

Walaupun sasarannya adalah RM12,000. Saya agak positif untuk mencapai jumlah yang disasarkan. Insya Allah, dengan niat semata mata mencari redha Allah. Allah akan bantu saya untuk mencapai matlamat ini.

Selain daripada itu, saya juga sudah booking sumbangan kurma untuk surau saya. Sumbangan derma untuk tempoh satu bulan. Maksudnya, semua yang datang berbuka di surau akan makan kurma yang disumbangkan oleh pembaca blog ini.

In total, saya perlukan RM12,000.

Sebenarnya, pahala memberi makan orang berbuka amat besar. Kita akan mendapat pahala seperti mana pahala orang itu berpuasa. Tidak terkurang walaupun sedikit.

Bayangkan, setiap hari kita dapat pahala 100 orang yang berpuasa. Subhanallah. Besar pahalanya tu.

Bagi anda yang berminat untuk menyumbang, anda boleh beri sumbangan melalui akaun Maybank saya.

Nama : MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD
Akaun : Maybank 1521 1604 0160
Emel : mariafirdausblog@yahoo.com

Terima kasih kepada yang menyumbang. Bagi saya, jika sekarang ini Allah kurniakan rezeki yang 'lebih' kepada anda, apa salahnya anda berkongsi rezeki itu dengan orang lain. Jika ada sedikit, sumbanglah walaupun sedikit.

Kalau anda tak dapat menyumbang di sini, harap anda dapat menyumbang di tempat anda. JANGAN SESEKALI TIDAK MENYUMBANG KERANA ANDA MENGATAKAN ANDA TAK CUKUP WANG. 

Sumbanglah walaupun sedikit. Insya Allah, yang sedikit itulah yang akan memberikan lebih banyak kepada anda.

Semoga usaha kita yang kecil ini dipandang besar oleh Allah. Semoga Allah menanam perasaan untuk 'memberi' dalam hati kita.

Bagi pihak surau, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan anda untuk program di surau ini. Semoga Allah memberikan ganjaran syurga kepada kita semua.

Sekian. Wassalam.

* Jika tak keberatan, saya mohon agar anda dapat LIKE post ini. Mungkin ada seorang dua rakan anda yang mahu menyumbang, dapat menyumbang di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top