Assalamualaikum,

Ramai yang hubungi Maria... Bertanya banyak ker "modal" yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan online ini.

Maksud saya, semua orang nak tahu berapa modal nak mulakan perniagaan online ini.

Bukan senang ok, saya nak 'guide' Maria from Zero to Hero. Dari seorang yang bekerja sebagai Engineer untuk menjadi W.A.H.M (Working At Home Mum). Seriously, it's not easy.

Bila saya bercakap untuk memulakan bisnes online, saya maksudkan bisnes Shaklee yang Maria buat.

Antara soalan famous yang sering menerjah masuk ke emel dan sms Maria, 

"Kak, berapa ribu nak start biz shaklee mcm akak buat skrg?"

Semua ingat Maria keluarkan modal riban riban..... 

Sebenarnya... Tak...

Modal Sebenar Yang Diperlukan

Modal untuk mulakan perniagaan Shaklee pula adalah serendah RM75. Itu sahaja....

Bila Maria terangkan kepada mereka yang bertanya... Ramai yang terkejut... Murahnya......


Modal itu sebenarnya diperlukan untuk mendaftar menjadi ahli syarikat dan melayakkan kita menjadi wakil syarikat untuk mengedarkan barang barang mereka.

Mengapa perlu daftar jadi ahli?

Sebabnya.... Banyak sangat faedah menjadi ahli. Yang paling penting, bonus jualan setiap bulan. Dapat menghadiri seminar keusahawanan yang dianjurkan. Dan lain lain lagi.

Selain daripada itu, bila menjadi ahli.. Anda akan 'dimasukkan' dalam group facebook team usahawan Shaklee.

Dalam group itu, anda akan dapat menyaksikan betapa ramainya orang yang berjaya dalam perniagaan online ini. Income mereka.. Allahuakbar. Serendah 2 angka... Sehinggalah 6 angka.

Dalam group itu, anda akan dikelilingi orang orang yang ber'aura' positif yang akan memberi perangsang dan semangat untuk anda terus berjaya dalam perniagaan ini.

That's how Maria started her business.... Every step is guided.

Kalaulah Modal Besar

Kalau lah saya sebut modal diperlukan RM10k, RM20k atau pun RM30k... Akan ada orang yang masih mampu sediakannya... Tak kisahlah caranya.. 

Bergolok bergadai, pinjam bank, pinjam saudara mara, merompak bank dan sebagainya... semua orang mampu sediakan... Sebabnya.. Manusia ni, nak jalan cepat sahaja untuk menjadi kaya.

Namun ...... Modal Yang Sebenarnya 

Yang Pertama

Bagi saya, modal sebenar pertama yang diperlukan oleh seseorang untuk menjalankan perniagaan adalah 'diri' beliau sendiri.

Dalam Kursus Dr Azizan, beliau ada menceritakan bagaimana memulakan perniagaan tanpa modal... Hanya melalui business online sahaja.... Dan apa yang beliau ceritakan amat praktikal. Saya tak mahu cerita bagaimana caranya... Sapa suruh anda tak pergi kursus free hari tu....

Modal sebenar yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah menyediakan 'sekeping hati yang kental dan otak yang 'fresh'.'

Itu sahaja...

Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. Untuk berjaya dalam perniagaan, bukan bergantung kepada modal yang dikeluarkan. Sebaliknya.. Bergantung kepada kekuatan hati  orang yang 'run' perniagaan itu.

Modal ini... Tak ramai yang boleh berikan... Ramai yang teragak agak nak jawab sama ada mereka boleh keluarkan atau tidak 'modal' ini.

Modal ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia perlu datang dari lubuk hati anda sendiri. Insya Allah... Kalau anda ada semua itu, anda boleh pergi jauh dalam apa jua perniagaan yang anda jalankan dan boleh mendapat income macam yang Maria dapat sekarang. Insya Allah.

Berapa ramai yang boleh berikan 100% komitmen bila buat business? Jawapannya.. Tak ramai. Mereka tidak fokus dengan apa yang mereka mahukan.

Baru mula perniagaan, sales kurang. Dah cuak. Lepas sebulan... Semangat berkubur... Dan akhirnya... "Tersungkur Di Pintu Syurga".... Seorang lagi syahid dalam dunia perniagaan.... Nauzubillah.

Nak berniaga, sediakanlah hati yang kental. Otak yang sentiasa berfikiran positif... Insya Allah.. Lebih mudah untuk berjaya.

Sebab itulah saya minta anda dengar lagu Suci Sekeping Hati dalam entri sebelum ini. Liriknya.. Amat bersesuaian dengan keadaan ini.

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Siapa yang boleh menghayati dan memahami lirik di atas ni. Mudah untuk beliau berjaya.


Modal Kedua

Modal kedua yang diperlukan untuk berjaya adalah 'ilmu' dan 'mentor'. Buatlah apa sahaja busines, kalau anda tak ada ilmu dan tak ada mentor.... Sekian. Terima kasih.

Anda akan langgar 'banyak dinding' sepanjang perjalanan perniagaan itu. Dan akhirnya.. Lebih mudah untuk anda tersungkur dan tidak mampu untuk bangkit kembali.

Modal Ketiga

Modal ini lebih sukar dikeluarkan oleh ramai orang. Modalnya... Jagalah hubungan dengan Allah. 

Kalau saya katakan nak berjaya kena rajin bersedekah. Kena keluarkan zakat. Ramai yang boleh buat dengan senang hati.

Tapi, kalau saya katakan tips tambahan adalah kena rajin bangun malam untuk bersolat tahjud. Berdoa kepada Allah pada waktu itu. 

Percayalah... Berdoa pada waktu ini amat mustajab. Saya dah berjumpa ramai Jutawan yang bertakwa... Semuanya mengatakan mereka menunaikan Solat Tahjud secara konsisten setiap malam. Semuanya mengatakan doa pada waktu itu amat mustajab.

So.... Nak kena buat lah....

Ramai yang senyum senyum kelat nak cakap, boleh buat ke tak.

Buat anda di luar sana, yang bercita cita untuk memulakan perniagaan. Pastikan anda mampu mengeluarkan 'modal' yang diperlukan.

Bukan mudah untuk berjaya... Usah mengharap senang dalam berjuang... 

Ayuh.. Kita sama sama berdoa.. Semoga kita semua kaya dan berjaya....

Pagi Ini

Pagi ini, Maria akan bertemu dengan salah seorang pembaca blog ini. Maria akan memberi tunjuk ajar bagaimana mahu menjalankan perniagaan secara online ini. Tempatnya. Di rumah saya.

Pembaca itu menghubungi Maria dan minta Maria ajar bagaimana memulakan perniagaan online. Saya beritahu Maria... ajar secara percuma... Jangan kenakan sebarang caj.

Saya ajar Maria, kalau mahu menjadi kaya. Bantulah orang lain untuk menjadi kaya. Lebih ramai yang kita bantu.. Lebih mudah untuk menjadi kaya.

Sebab itulah sekarang ini Maria berhenti kerja. Mahu fokus membantu orang lain untuk berjaya.

Kalau kita faham.... kalau nak berjaya... kena bantu orang lain.... Insya Allah.. Lebih mudah untuk berjaya..

Semoga Allah mudahkan urusan ini...

Wassalam

Kalau anda bersetuju dengan entri saya hari ini mengenai modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Anda boleh tekan LIKE button di bawah ini. Insya Allah. Mungkin ia akan memberi info terbaru buat rakan rakan anda yang lain.


0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top