Assalamualaikum,
Jika anda mengikut blog saya dari dahulu, anda pasti mengenali Saudara Okaz. Beliau banyak membantu saya. Namanya pun sudah beberapa kali keluar di blog ini.
Semasa saya ke Johor Baharu untuk sampaikan ceramah motivasi di MRSM JB, beliau sanggup datang dari Kelantan ke Parit Buntar. Untuk pandu kereta saya ke sana. Saya tak larat nak drive 8 jam ke JB, berceramah lagi 8 jam, kemudian nak drive balik ke Parit Buntar lagi 8 jam.
Dan yang lebih mengharukan, beliau sanggup melakukannya secara percuma. Beliau tak mampu berceramah, jadi beliau ambil peluang untuk membawa saya ke tempat ceramah. Ini 'pencen kubur' yang beliau mampu lakukan.
Semasa saya memberi ceramah motivasi di UNISZA, Kuala Terengganu. Sekali lagi beliau sanggup menemankan saya ke sana. Pandu kereta saya ke sana. Dua hari program kami di sana. Alhamdulillah.
Beliau banyak membantu saya.
Banyak Membantu
Beliau dah banyak kali dengar ceramah motivasi yang saya sampaikan kepada para pelajar. Motivasi Pelajar Cemerlang, Motivasi Keusahawanan, Rahsia Hidup Luar Biasa serta Remaja & Cinta.
Setiap kali mendengar ceramah yang saya sampaikan, beliaulah yang menjadi tulang belakang saya. Beliau memberi komen membina apa yang saya perlu teruskan dan apa yang perlu saya perbetulkan.
Selepas mendengar beberapa siri ceramah, beliau bertanya sama ada saya boleh memberi ceramah yang sama di Sekolah Mengenah Hamzah, Machang, Kelantan. Isteri beliau bekerja sebagai Kaunselor di situ.
Saya bersetuju.
Setelah dirancang, Alhamdulillah. Semalam, saya sudah melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada saya.
Sebagai perkongsian dengan anda, ini ada beberapa gambar yang sempat di ambil ketika saya berada di sana.
Logo SMK Hamzah Machang
Program ni secara dasarnya bagus. Tapi, pemilihan tema "Menjadi Remaja Berkualiti" tak berapa Catchy. Lebih best kalau jadi "Insan Cemerang, Insan Berjaya". Tak pun, "Rahsia Hidup Luar Biasa".
Ini jadual program. Tapi, disebabkan saya datang jauh dari Parit Buntar. Travel sejauh 350km. Selama 5 jam. I need to give more. Biar datang jauh berbaloi. Pesan guru saya, bila memberi, always give more then what they expect. So, saya modify sendiri jadual program ni dengan persetujuan pihak sekolah.
8.30-10.00 Motivasi Pelajar Cemerlang
10.00-10.30 Rehat
10.30-12.00 Rahsia Hidup Luar Biasa
12.00-1.00 Remaja &Cinta
Perkongsian pengalaman sebagai pelajar ketika di MRSM Taiping dahulu. Saya menceritakan rahsia bagaimana saya mendapat 9A dalam SPM, kemudian score semasa buat diploma dan apa rahsia saya dapat First Class ketika belajar di University of Sheffield dahulu.
Para pelajar yang khusyuk mendengar perkongsian yang saya berikan.
Memandangkan pihak sekolah hanya memilih dua kelas terbaik dari tingkatan 4, dan dua kelas terbaik dari tingkatan 5. So, tak ramailah 'kumbang' yang hadir. Kebanyakan pelajar dari dua kelas terbaik ni 'bunga'.
1/3 pelajar lelaki. 2/3 pelajar perempuan.
Video motivasi untuk memberi inspirasi kepada mereka.
Berkongsi pengalaman apa sifat sifat yang perlu ada untuk menjadi pelajar cemerlang.
Sessi kedua. Berkongsi "10 Rahsia Hidup Luar Biasa" dengan para pelajar. Saya amat percaya, semua pelajar harus mengetahui rahsia ini untuk berjaya dengan lebih mudah. Semua rahsia ini saya ada tulis dalam buku yang saya sedang siapkan. Insya Allah, dalam tempoh sebulan lagi. Buku ini akan siap dan mula akan mula dijual. ( Ade ke orang yang nak beli ? )
Anda jangan tanya saya apa rahsia hidup luar biasa. Jawapan saya, "Biarlah Rahsia".
Sessi terakhir, saya berkongsi pengalaman "Remaja & Cinta".
Berkongsi pengalaman saya dulu 'couple' tak jadi, kesan dalam pelajaran, emosi dan perasaan.
Lepas tu, berkongsi kisah pengalaman ada beberapa pelajar perempuan yang nak 'tackle' sy. Tapi, saya dah insaf tak mahu 'couple' dah.
Kisah bagaimana saya bertemu Maria. Apa doa yang saya baca. Macam mana Maria berjaya 'tackle' saya. (Oppssss....Lawak ajer, saya yang tackle Maria).
Kisah kisah yang saya lalui ini saya ceritakan dengan detail kepada para pelajar.
Dan sungguh ramai yang teruja dengan pengalaman saya ini.
Matlamat saya mudah, sekarang bukan masa untuk ber'couple'. Sekarang masa untuk mereka fokus untuk study. Masanya akan tiba nanti untuk mereka 'couple'. Saya juga menceritakan cara cara ber'couple' mengikut Islam.
Selepas habis berceramah, saya bertemu dengan Penolong Pengetua. Beliau sempat mengikut sedikit sessi ceramah saya ini. Dan beliau katakan kepada saya.
Bagus ceramah saya. 100% daripada pengalaman diri saya sendiri. Pelajar pun seronok. Khusyuk mendengar. Dan tak ada yang tidur.
Mendapat sedikit cenderahati daripada pihak sekolah.
Para pelajar menyanyikan lagu "Gemuruh" dari Faizal Tahir bagi membakar semangat mereka.
Para pelajar yang bersemangat nak bergambar dengan saya. Haa.. Sapa suruh ambil gambar dengan saya, kan dah masuk blog.
Wah... Banyaknya bunga...
Bergambar bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Dari kiri, Puan Zaiti Aflah, Okaz, Saya, Puan Siti, Yuyu Atiqa ( Pembaca setia blog ni ) dan Anis.
Lepas cerita pengalaman bagaimana saya bertemu Maria, para pelajar teruja nak tahu kesudahan ceritanya. So, saya letakkan video ni sebagai kemuncak persahabatan kami yang bertukar kepada perkahwinan.
Maka lahirlah blog www.mariafirdaus.blogspot.com ni.....
Nasihat Terakhir Buat Pelajar SMK Hamzah
Kepada para pelajar, selepas mendengar ceramah motivasi semalam. Saya yakin, pasti ada di antara anda yang mula 'tersedar' dan mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Satu tips mudah daripada saya. Jangan berubah sorang sorang. Ajak kawan yang rapat dengan anda. Buat akujanji. "Kita sama sama mahu berubah".
Bila anda ajak kawan kawan anda untuk sama sama berubah, anda akan lebih kuat. Lebih bersemangat. Anda boleh tolong menolong antara satu sama lain.
Jika anda mahu berubah seorang diri, saya takut anda tak cukup kuat. Saya takut semangat anda bertahan seminggu sahaja. Takut takut, minggu hadapan semangat itu hilang. Then, anda akan kembali hidup seperti biasa.
Wassalam.
Jika anda suka dengan entri ini, anda boleh klik LIKE button di bawah ni. Pelajar SMK Hamzah, anda wajib klik LIKE button ni. Hehe...
assalamualaikum.
ReplyDeletetuan haji, saya dah request kat fb.
dah baca kat blog..
nama dimention! terharu. cehh..
terima kasih atas perkongsian yang tuan haji berikan.
salam puan puan hajah Maria.
hopefully, saya akan dapat peluang untuk jumpa puan hajah satu hari nanti. :)
wassalam. :)
Yuyu Atiqa