Assalamualaikum,

Petang tadi saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan berbangsa India.

Setelah berbual seketika. Baru masuk topik penting mengapa dia call saya.

"Bang, ini kali abang undi mana bang?"

"You undi mana?" saya bertanya beliau kembali.

"Saya mesti undi XXX. Saya harap abang pun undi XXX. Bla bla bla......"

Sambil dia mula ceramah kepada saya mengapa perlu undi XXX. 

"Ok ok.. Saya setuju dengan you. Nanti saya undi XXX... Sama macam u" saya membalas.

"Ok bang.. Terima kasih.. terima kasih... Jangan silap undi tau abang.. Ini untuk masa depan kita semua," balas beliau.

Boleh tahan mamat ni berkempen kepada saya.

"You call saya sebab ini saja ka?" saya bertanya beliau kembali.

"Ya la bang... Saya call semua kawan kawan saya bang... Mau bagi tau. Kena cerita apasal mau undi XXX. Ini demi masa depan kita bang. Demi masa depan anak anak kita bang," beliau membalas.

"Bagus lah you ni. Rajin call semua orang. Minta satu undi, satu undi. Berapa undi you sudah dapat sekarang?" saya bertanya kembali.

"Ada la bang. Kita buat kerja sket bang. Takkan mau duduk diam saja bang. Ini demi masa depan negara kita bang," katanya.

Bagus sungguh la mamat ni... Saya bangga ada kawan macam ni. Rajin. Nampak matlamat. Ada hala tuju dalam kehidupan.

Semoga Allah beri yang terbaik kepada kita semua rakyat Malaysia. Memilih pemimpin yang terbaik utk kita, di dunia dan di akhirat.


Jangan tanya saya undi mana... Undi saya adalah rahsia.... Heheheh.. 

(Ramai org dah dapat agak pun... Tak derlah rahsia sangat)

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top