Assalamualaikum,

Entah di mana silapnya, entri saya yang lepas mengundang respond daripada pembaca sebegini:

"Ntah tu pun nk bg tau... 30 ekor. Ada seorg tua (pakcik) membawa bekas makanan dlm plastik itu juga ada beg duit didalam perjalanan menaiki motosikal tetiba ia diragut dan jatuh. dengn muka yg tersenyum smbil berkata alhamdulillah, Aku bersyukur kerna aku yg jatuh bkn org meragut itu yg jatuh.. Mgkin dia lebih susah dr aku sesungguhnya Allah lebih mengetahui.. Kejadian ini betul2 terjadi dihadapan aku minggu lepas.."

Ini Jawapan Saya:

Senario yang berlaku semasa ayam ayam tu mati begini:

1) Driver lori berkenaan 'cuba' untuk potong giliran lori lain yang datang lebih awal. Kebiasaannya, lori yang datang awal akan masuk dahulu. Yang lewat, dikemudiankan. Driver ini, datang lewat dan nak potong giliran lori lain.

2) Dia tergesa gesa masukkan bakul ke dalam reban saya. Tiada siapa yang suruh pun. Dan sebenarnya kerja itu sepatutnya pekerja saya yang buat. Pekerja saya dah ada experience untuk masukkan bakul ke dalam reban untuk elak ayam mati berhimpit kalau salah cara.

3) Driver ni masukkan bakul dalam reban, semata mata nak suruh saya tangkap ayam untuk lorinya dahulu. Perbuatan ini dah salah. Potong giliran orang lain.

4) Dia masukkan bakul ke dalam reban sendiri, dia halau ayam dalam reban hingga ayam menjadi sesak dan terhimpit. Kemudian, disebabkan keadaan terlalu sesak. Ayam mati. This is 'silly mistake'.

5) Dia susun bakul dalam reban tak betul. Semua pekerja saya marah sebab nak kena buat kerja dua kali. Nak kena susun balik bakul dalam reban tu sebelum boleh tangkap ayam.

6) Benda itu tak sepatutnya berlaku. Ia berlaku disebabkan 'sikap' pemandu yang tidak beretika. Nak potong giliran orang lain. Masukkan bakul ke dalam reban tanpa izin. Halau ayam sampai terhimpit. Mati... Menyebabkan kerugian di pihak orang lain.

7) Nasihat CP, ambil gambar. Buat official report kepada CP. CP akan claim duit dari majikan dia. Dan majikan akan potong gaji dia bulan bulan.

8) Setelah dikira kembali, ayam yang mati adalah 45 ekor. Jumlah yang saya boleh tuntut adalah sekitar RM450.

Itu senario yang berlaku pada waktu itu.

Apa Yang Saya Cerita.....

Dalam entri yang lepas, point yang saya ingin highlightkan adalah :

1) Saya terasa ada perubahan dalam diri saya menguruskan situasi ini.

i) Jika dahulu, saya pasti dan pasti akan marah driver itu. Saya pasti dan pasti akan maki dia dan mungkin 'mencarut' kepadanya disebabkan semua tindakan dia yang tidak beretika.

ii) Tapi, saya bersyukur kepada Allah. Kerana, selepas kejadian itu. Saya boleh kawal 'kemarahan' saya. Saya boleh bercakap dengan lembut dengan dia. Saya masih boleh menasihatkan dia, apa yang dia buat tu salah. Dan cara yang betul nak masukkan bakul ke dalam reban. Supaya dia tak buat salah lagi lain kali di tempat tempat lain.

2) Kesabaran saya itu bukan sesuatu yang dirancang. Dan saya sendiri hairan dengan respon saya semalam. Berbeza dengan saya dahulu. Bila difikirkan, saya bersyukur kepada Allah, kerana Allah hantar dia kepada saya untuk menguji tahap kesabaran saya.

Dan bagi saya secara peribadi, saya 'lulus' ujian sabar itu. Saya bukan seorang yang penyabar dahulu.

Disebabkan itu, saya rasa ia unik dan mahu dikongsi dengan para pembaca. Kisah Allah 'hantar' seorang pemandu yang buat kesilapan dan menyebabkan kerugian kepada saya.

Tetapi, saya boleh bersabar. Saya tak marah dia. Saya tak buat tuntutan untuk dia ganti rugi ayam yang mati. Saya maafkan dia. Saya tegur dia dengan cara yang lembut.

Bayangkan, driver lori lain kata. Kalau benda ni jadi kat reban lain... Hmmm... "Kandaq  (Driver Lori) jadi Nasi Kandar la." Mungkin tuan reban akan minta dia ganti RM450 atau tuntut dari majikan dia.

3) Memang betul, dah bukan rezeki saya ayam ayam tu nak mati. Konsep itu memang saya faham. Bahkan, saya pernah ayam mati beratus ratus ekor sehari disebabkan ayam sakit. Saya tak pernah merungut pun. Saya redha.

4) Yang saya highlightkan, kita cuba berbuat baik dengan orang yang buat silap dengan kita. Kita sabar. Kita tegur dengan cara baik. Kita maafkan. Dan lupakan. Kita doa kepada Allah, "Gantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik".

Konsep ini yang ingin saya kongsikan. Itu sahaja. Tiada niat yang lain.

Kisah Pak Cik Tua Diragut

Berbalik kepada kisah pak cik tua yang diragut, terjatuh, kemudian ucap Alhamdulillah. Kasihan kepada peragut. Saya rasa, pak cik ini dengar banyak ceramah Prof Muhaya. Sebab itu dia boleh jadi macam tu.

Tahniah kepada pak cik yang diragut ini. Saya kagum.

Ayuh kawan kawan. Doakan pak cik ini semoga Allah menggantikan kepada pak cik ini sesuatu yang lebih lagi berbanding apa yang dia hilang.

Dan kita doakan juga kepada peragut itu, semoga Allah beri hidayah dan murahkan rezeki dia supaya dia tak perlu meragut lagi...  Mana tahu, ada di antara kita yang doanya makbul... Allah beri hidayah kepada dia.

Namun, satu peroalan saya.... jika yang menulis komen itu yang diragut dan terjatuh macam pak cik tua itu. Apakah respon dia?

Adakah dia akan melakukan perkara yang sama macam pak cik tua itu.

Atau....

Apa-Apa Pun

Apa pun jua, saya mengajak diri saya dan kita semua. Ayuh.. Tanamkan sifat sabar dalam diri kita. Semoga sifat mahmudah ini ada dalam diri kita.

"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam golongan hamba Mu yang bersyukur, hamba Mu yang bertakwa dan hamba Mu yang bersabar".

Amin...

Wassalam

* Jutaan terima kasih kepada En Yahya (Kalau tak silap). Yang hadiahkan buku "Bersyukur Saat Diuji" hasil tulisan Prof Kamil kepada saya. Katanya, nak cari 'pencen kubur' bila saya amalkan ilmu yang ada dalam buku itu.

* Masa situasi itu berlaku, saya teringat kisah Prof Kamil bersabar ketika diuji. Dalam keadaan rumahnya yang dipenuhi lumpur akibat banjir kilat di Segamat. Selepas beliau pulang ke rumah, perkara yang pertama beliau lakukan selepas menyaksikan kemusnahan yang berlaku adalah menunaikan solat sunat dua rakaat diluar rumah beralaskan kertas bersama isterinya. Berdoa kepada Allah. Dan beliau terasa tenang walaupun ditimpa musibah yang amat besar.

* Kisah ini benar benar memberi pengajaran kepada saya. Bila ditimpa musibah, sabar. Kembali kepada Allah....

*Syukur pada Allah atas nikmat 'sabar' yang diberikan kepada saya.

6 comments:

  1. Assalamulaikum tn hj dan keluarga. Moga diberkati oleh Allah dengan rahmatNya...amiin. Apo nak di kato? yg memberi komen tu tak ada sikap positif lagi...dia mungkin tak dpt nak tangkap maksud yg tersirat dibalik penulisan tn hj. kita doakan moga2 dia sedar selepas membaca entri tn hj hari ini, mendengar talk prof muhaya dan membaca buku2 prof kamil. secara peribadi, saya rasa saya lebih positif hari ini setelah menghayati entri dan buku2 prof kamil dan roza, mendengar ceramah prof muhaya dan membaca entri tn hj. juga dari lain2 sumber yang amat hebat juga...alhamdulillah. blog tn hj ini saya jumpa secara tidak sengaja, dan sekarang ini menjadi pembaca tegar secara diam-diam.. :). inilah kali pertama saya masuk sini....

    ReplyDelete
  2. Salam Aleyka Haji

    Setiap manusia ada ujianntya masing-masing dan Allaah ta3ala maha mengetahui diatas setiap ujian yang diberikan dan Allaah ta3ala tidak memberi ujian melainkan mengikut kemampuan hamba-hambaNya ada yg berat ada yang ringan.

    Apa-apa pun yang terjadi haji Allaah nak beri kebaikan kepada haji my Hero

    Kelebihan orang mukmin ini haji apabila dia mendapat nikmat dia bersyukur dan sekiranya dia ditimpa ujian dia bersabar.


    ReplyDelete
  3. Salam En. Firdaus... Tahniah kerana mampu mengawal diri.

    ReplyDelete
  4. Salam.. sy rasa org ni mungkin nak menyampaikan sesuatu yg dia rasa kurng betul..cth.. saudara selalu menceritakan ttg sedekah.. amal baik.. buat ini.. tapi saudara tak bg plak org lain cerita kan apa yg mereka bt..cth bagi derma rm10 pon nak cerita,saudara ada bagi entry tentang email yang saudara terima..jangan bagi tau saudara yang dia(pengemel) telah mendoakan saudara..dan banyak lgi.. entah lah..ignore ja saudara..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Firdaus telah dapat mengawal emosi dengan sabar, sesungguhnya sifat sabar itu satu sifat yang amat terpuji.

    ReplyDelete
  6. Soalnya mungkin bersabar tu hal yg besar dan menceritakan pd org 'aku sabar' itu yg remeh.Ceritanya ttg org lebih bersabar dr anda yg mati 45 ekor. Tp sebenanya isi pengajaran itu yg lebih menarik. Berkeringat juga tuan hj nk terangkan balik. 2kali sabar... Apapun yg menegur baik yg menerima juga baik.. Bagi aku lebih elok kita menceritakan hal org drpd kita mnceritakan hal diri kita dan mendapat pujian dr org.. Mmg blh dan tuan hj ikhlas itu aku xnafikan. Tp nk mengelak dr sangkaan@fitnah itu lg terpuji.. Byk lg kan cerita2 nabi cerita2 sahabat yg kita blh berkongsi bersama disini. Sesungguhnya cintanya kita pd nabi muhammad saw mengatasi cinta kita pd diri dan kedua ibu bapa.

    Wasslam
    Dr sahabt lama yg bercerai

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top