Assalamualaikum,

"Abang jadi datang KL tak minggu ni?" seorang isteri menelefon dengan penuh kasih sayang suaminya yang tinggal berjauhan di utara tanah air.

"Abang tak sure lagi, kalau ada kelapangan. Abang akan pi. Nak kena tengok jadual weekend ni macam mana. Takkan la abang tak mau pi," balas suami yang kegersangan.

"Alah, mana boleh tengok tengok. Datang la. Dah lama tak jumpa ni. Rindu," si isteri membalas dengan penuh harapan.

"Kalau sayang rindu, abang pun sepuluh kali rindu," si suami membalas.

Begitulah saya dahulu

Inilah yang terjadi kepada saya dan Maria di awal perkahwinan kami. Maria bekerja di KL. Dan saya pula menternak ayam di Parit Buntar.

Hampir setahun kami menjadi 'weekend husband'. Ia ujian yang amat mencabar buat kami berdua.

Alhamdulillah. Selepas setahun, Maria ditawarkan untuk bekerja di sebuah kilang di Utara. Syukur. Allah perkenankan doa kami.

Maka berakhirlah episod 'weekend husband' kami berdua.

Saya yakin. Ramai di antara kita yang pernah melalui pengalaman yang sama. Susah senang kita tempuhi, hanya Allah yang tahu.

Sekarang

Petang tadi, ada sahabat saya datang ke rumah saya. Dia bekerja di Penang dan isterinya bekerja di Kuala Lumpur. Sudah dua tahun mereka 'berjauhan' begini.

Di sebelah siang, saya menerima emel daripada isterinya yang bertulis begini.

"Minta Tuan Haji tolong doakan saya di dalam doa Tuan Haji, saya dan anak berjauhan dengan suami, saya berhajat berpindah dan tinggal bersama2 suami"

Di sebelah petang, suaminya pula datang ke rumah saya dan memohon perkara yang sama. Meminta saya doakan agar isterinya dapat berpindah ke sini.

Kasihan

Melihat keadaan ini. Saya amat kasihan. Keadaan sebegini sebenarnya mengganggu emosi kedua dua pihak. Si isteri yang terpaksa berjuang di KL bersama seorang anak yang masih kecil. Dan si suami pula, kadang kadang 'kegersangan' duduk bersendirian di sini.

Allah Allah. Saya amat memahami keadaan begini sebab saya dah lalui.

Cumanya, ujian buat mereka lebih kuat. Mereka sudah ada anak kecil yang turut memerlukan kasih sayang seorang bapa disisinya.

Mereka mengatakan yang si isteri sudah berusaha untuk memohon ditukarkan ke sebelah sini. Namun, hampir dua tahun. Permohonan mereka masih tidak diluluskan.

Isterinya bekerja sebagai seorang guru di KL. Sepatutnya, ia tidak sukar. Tetapi, perancangan Allah pasti lebih baik buat mereka setakat ini.

Sahabat saya menceritakan perancangan mereka sekiranya isterinya dapat berpindah ke sini. Mereka mempunyai perancangan yang pelbagai. Insya Allah. Taraf hidup mereka akan lebih baik jika si isteri dapat dipindahkan di sini.

Nasihat

Ini nasihat yang biasa saya berikan kepada mereka yang sudah puas berusaha dan berdoa tetapi masih belum mendapat apa yang mereka hajati.

i) Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Walau dah banyak kali mereka mohon tukar tapi tak dapat. Percayalah. Ini yang terbaik. Allah nak tanam perasaan kasih sayang di hati mereka apabila tinggal berjauhan.

ii) Bangunlah di sepertiga malam yang tersisa. Berdoalah kepada Allah dengan bersungguh sungguh. Mengangislah kepada Allah dengan penuh harapan. Insya Allah. Allah akan penuhi permintaan anda kerana ini janji Allah. Allah akan memperkenankan doa yang dimohon disepertiga malam tersisa.

iii) Berdoalah begini. "Ya Allah, aku mohon kepada Mu. Permudahkanlah urusanku untuk dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan suamiku. Gerakkanlah hati pegawai yang menguruskan permohonan ku ini untuk meluluskan permohonanku ini. Ya Allah. Sesungguhhnya Engkaulau yang berkuasa ke atas semua perkara. Permudahkanlah urusanku. Bantulah aku. Kami mahu tinggal bersama. Membesarkan anak kami bersama. Dan mendekatkan diri kami kepada Mu secara bersama. Ya Allah berilah yang terbaik kepada kami"

Yakinlah dengan pertolongan Allah. Semoga anda dapat ditukarkan ke sini untuk tempoh persekolahan yang baru nanti.

Kepada Semua Para Pembaca

Saya memohon kepada anda. Boleh tak. Sudi tak. Kiranya kita semua membaca doa buat mereka.

Jumlah yang membaca blog ini beratus ratus orang. Takkanlah tiada seorang pun di antara kita yang makbul doanya.

Saya yakin dan pasti. Kita semua kasihankan mereka. Ayuh. Kita berikan mereka sokongan dengan kiriman doa dan semoga Allah berikan kekuatan buat mereaka.

Ok. Sekarang. Perbetulkan cara duduk kita. Kita bersedia untuk membaca doa dengan penuh khusyuk untuk mereka. Angkat tangan dan bacakan doa untuk mereka dengan penuh perasaan.

Al Fatihah

"Ya Allah, kami mohon kepada Mu. Kau bantulah sahabat Firdaus ini. Perkenankanlah hajat mereka. Satukanlah mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Berikan yang terbaik buat mereka di dunia dan di akhirat" ( Baca 3x)

Semoga dengan kiriman doa yang amat ikhlas di hati kita untuk mereka. Semoga Allah memperkenankan doa kita semua ini.

Dan jika anda mahu menolong dengan lebih lagi, tolong bacakan doa ini selepas solat anda. Mudah mudahan. Allah memperkenankan hajat mereka.

Yakinlah. Tiada siapa pun di antara kita yang mengenali sahabat saya ini. Dan doa daripada seseorang yang tidak diketahui amatlah mustajab.

Maka, bacalah doa ini seikhlas mungkin. Mungkin, sedikit pertolongan kecil kita ini memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Memberi sinar kebahagian buat mereka.

Si isteri yang sentiasa memerlukan belaian kasih sayang suaminya. Si anak yang sentiasa mahu bermain dengan ayahnya. Dan si ayah yang selalu merindui isterinya.

Sekurang kurangnya. Kita sudah menambah satu amalan yang boleh memberi nilai dalam kehidupan orang lain.

Semoga, usaha kecil kita ini menyebabkan Allah mempermudahkan urusan kita yang lain.

Sama sama kita doakan. Semoga kita semua semakin hampir kepada Nya.

Wassalam

2 comments:

  1. Ya tuan..beginilah kisah hidup saya sekarang..saya kerja di Gua Musang,kelantan dan isteri saya mengajar di Kuala lipis,Pahang..jarak antara Gua Musang dan Kuala lipis lebih kurang 140KM...disebabkan x sanggup berjauhan dengan isteri dan anak saya sanggup berulang-alik sejauh 280km sehari dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja.perjalanan lebih kurang 2jam sehala.hujan panas,lenguh sakit badan tu xpayah cerita lah..janji saya dapat lihat wajah isteri dan anak saya.. -hafiz-

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. ya tuan haji.. hebat nya dugaan yang mereka tanggung. Ada rakan saya seoarang guru juga.. terpaksa membesarkan anak 3 orang sendirian tanpa suami disisi.. Alangkah sedihnya.. anak tidak kenal bapa.. mana mungkin bapa datang setiap minggu untuk melawat anak2 dan isteri.. perbelanjaan semakin meningkat.. kos sara hidup makin tinggi.. pada ALLAH swt lah di minta kekuatan..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top