Assalamualaikum,

"Ya Allah. Temukanlah aku dengan orang orang yang boleh merubah hidupku ke arah yang lebih baik. Temukanlah aku dengan orang yang boleh meningkatkan imanku supaya aku boleh menjadi insan yang lebih bertakwa"

Ya. Ini adalah doa yang saya selalu baca. Dan saya sering menasihatkan sahabat sahabat saya untuk mendoakan perkara yang sama.

Dan Alhamdulillah. Syukur kepada Nya. Allah sering mendengar doa saya. Minggu ini, Allah mempertemukan saya dengan dua orang tokoh jutawan yang menceritakan pengalaman mereka dalam perniagaan. Ia benar benar memberi inspirasi kepada saya.

Jemputan MARA

Minggu ini, MARA Negeri Perak menjemput saya untuk menghadiri Seminar Transformasi Usahawan Muda Peringkat Negeri Perak.

Sekadar berkongsi dengan anda sepintas lalu mengenai program yang berlangsung.

1) Pembiayaan Perniagan

Terdapat banyak tempat untuk mereka yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan. Antaranya, SME Bank, MARA, PUNB, PNB, Bank Rakyat, Agrobank dan lain lain lagi.

Ada wakil wakil mereka yang datang memberi taklimat kepada kami para peserta.

Tempat nak mohon banyak. Yang menjadi masalahnya, pemohon ramai yang blacklist, ramai yang tak tahu cara untuk memohon.

2) Perkongsian Pengalaman Perniagaan

En Khairil dari Dream Edge Sdn Bhd telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bagaimana susah payah yang telah beliau lalui sehingga berjaya dalam perniagaan.

Saya teruja dan terinspirasi melihat kegigihan yang telah beliau tunjukkan untuk berjaya dalam perniagaan sehingga menjadi sebuah empayar yang besar.

Bermula dengan 2-3 staf yang pada masa itu, nak bayar gaji pun tak ada duit. Sehinggalah kini mempunyai 80 orang pekerja sekarang. Dan sedang memperbesarkan lagi perniagaannya.

Saya doakan semoga beliau terus berjaya. Menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bertakwa.

3) Slot Bersama Irfan Khairi - Perniagaan Internet

Saya amat teruja dikhabarkan oleh pihak MARA yang Irfan Khairi akan hadir untuk memberi ceramah kepada para peserata berkaitan perniagaan internet.

Jika diluar, saya mungkin terpaksa bayar sehingga RM2000-RM3000 untuk mendengar ceramah beliau.

Namun, di sini ia PERCUMA. Ia satu peluang yang tidak dapat dilepaskan.

Frankly speaking. Terlalu banyak ilmu yang Irfan kongsikan dalam seminar itu.

Subhanallah. Mudahnya nak buat perniagaan melalui internet. Cumanya, kita sahaja yang tidak tahu caranya.

Sebelum ini, saya tertanya tanya apa yang boleh saya buat? Apa yang saya boleh jual di internet?

Tetapi, selepas Irfan Khairi menceritakan bagaimana mencari kekuatan dalaman kita dan kelebihan yang kita ada. Baru saya sedar, sebenarnya banyak yang saya boleh 'jual' di internet.

Dan sekarang. Saya dalam proses mengorak langkah untuk memulakannya. Insya Allah. Para pembaca yang budiman. Tolong doakan saya ya.


 Bersama Shahril, Irfan Khairi dan Pengerusi MARA Perak.

 Alhamdulillah. Dapat duduk semeja lagi dengan Irfan Khairi. Dapat bersembang dengan beliau dengan lebih dekat. Syukur pada Allah.
Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup Irfan Khairi. Semoga beliau boleh berkongsi dengan lebih ramai lagi supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya.
Bertemu Lynn Razali
Saya pernah menceritakan kepada anda mengenai Lynn Razali. Beliau merupakan Ex-Schoolmate saya di MRSM Taiping.
Sekarang beliau menjalankan perniagaan produk kesihatan melalui facebook. Teruja melihat perniagaannya yang berjaya, saya menelefon beliau untuk berjumpa. Saya mahu belajar cara cara beliau mengembangkan perniagaannya.
Pendapatan beliau sekarang ini. Taklah banyak sangat. Sekadar RM100,000 sebulan. Itu bukan sales ok. Itu Untung Bersih.
Saya tak terkejut dengan jumlah itu bila dibandingkan dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan dalam perniagaan.
Saya tak bercadang menceritakan strategi perniagaan beliau.
Tapi saya nak berkongsi amalan yang beliau lakukan yang beliau rasa, selepas melakukan amalan amalan ini. Allah membuka jalan seluas luasnya untuk beliau dalam perniagaan.

Berjumpa Lynn Razali di Gurney Plaza, Penang bersama Haji Saufi Mohd Noor. Haji Saufi mahu belajar cara cara menjalankan perniagaan di internet. Beliau mahu menjual Quran Digital di internet.
Antara nasihat Lynn Razali kepada saya dalam bentuk amalan adalah:
1) Bangun melakukan qiamullail setiap malam. Berdoa kepada Allah disepertiga malam yang terakhir. Mohonlah kepada Allah pada waktu itu. Ia waktu yang amat mustajab.
2) Amalkan membaca Al Mathurat setiap pagi dan petang. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita didunia dan di akhirat.
3) Amalkan Solat Sunat Dhuha. Allah akan membuka jalan rezeki kepada kita dari pintu yang tidak disangka sangka.
4) Banyakkan Bersedekah. Allah akan gantikan apa yang kita berikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Saya rasa cukuplah dulu perkongsian buat masa ini. Semoga dengan cerita cerita sebegini, ia memberi inspirasi kepada kita untuk sama sama berjaya dalam lapangan yang kita ceburi.
Wassalam

2 ulasan:

  1. As salam,
    Terimakasih atas perkongsian yang amat bermakna, semoga tuan haji mendapat apa yang dicitakan dalam masa terdekat.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Boleh saya sharekan amalan lynn Razali itu di blog saya? Terima kasih


    -azura-

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top