Assalamualaikum,

Pernahkah anda mendengar kanak kanak ini membaca Al Quran?

Beliau adalah Ahmed Saud. Suaranya, Subhanallah. Amat merdu dan amat sedap didengar.

Saya pernah mengikuti kursus mendidik anak dengan Al Quran. Dan salah satu daripada saranan yang diberikan adalah dengan memperdengarkan anak anak kita dengan bacaan Al Quran sepanjang masa.

Terutama bagi mereka yang bayi masih kecil.

Penganjur menceritakan pengalamannya yang memasang bacaan quran ini kepada anaknya semenjak hari pertama bayi itu dilahirkan.

Setiap hari, anaknya hanya mendengar bacaan Al Quran daripada Ahmed Saud ini. Dari Surah  Al Buruj ( Surah ke 85 ) hinggalah ke Surau An Nas ( Surah ke 114 ).

Selama 3 tahun. Sekurang kurangnya, beliau akan memberi anaknya dengar bacaan Al Quran ini sebanyak 2 kali sehari. Itu yang minimum. Dan maksimum, dia pasang tanpa henti.

Selepas 3 tahun, anaknya sudah menghafal kesemua 30 surah ini. Bayangkan, Budak 3 tahun menghafal 30 surah. Allah Allah....

Tolong Lakukan

1) Tolong dengar bacaan quran  kanak kanak ini. Kalau anda suka, pasti anak anda pun suka. Dan saya pasti anda akan suka.

2) Download video klip ini dari youtube.

3) Pasangkan di rumah anda. Biarkan anak anak anda mendengar bacaan quran ini. Jadikan ia 'makanan rohani' mereka.

Ayuh

Ayuh, kita jadikan anak anak kita seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Al Quran. Dan segalanya bermula dengan kita biasakan mereka dengan Al Quran.



Sultan Muhammad Al Fateh telah menghafal Al Quran, ketika berusia 12 tahun.... Semoga Muhammd Fateh saya juga begitu. Sedang berazam mendidik Muhammad Fateh seperti Sultan Murad mendidik Sultan Muhammad Al Fateh.

"Ya Allah, jadikanlah anak anak ku. Farees dan Fateh seorang yang hebat agamanya seperti Sultan Muhammad Al Fateh"

Ia akan menjadi doa saya dan Maria setiap kali kami menunaikan solat. Semoga Allah memperkenankan doa kami ini.

Amin.

3 comments:

  1. Aminn.... Anyway, korg pergi tak kursus parenting style alfateh. Takde rezeki la plak nak join this time.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top