Assalamualaikum,

Setelah menunggu sekian lama, Alhamdulillah. Maria selamat melahirkan anak kami yang kedua. Meneruskan tradisi keluarga saya yang lebih ramai lelaki.

Jumaat 7/9/2012

Kami ke Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh sekitar jam 10 pagi untuk melakukan check up rutin. Pada waktu itu, kandungan Maria sudah pun 36 minggu 5 hari. Maria mengadu yang dia selalu merasai 'contraction'.

Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor mengatakan yang sudah ada 1-2cm bukaan. Jadi, doktor menasihatkan kami untuk terus masuk ke wad sementara menunggu waktu bersalin.

Pukul 4.00 petang. Bukaan rahim meningkat kepada 3-4 cm. Alhamdulillah.

Pukul 8.00 malam. Bukaan rahim 5 cm.

Jam 12.00 malam. Masih 5 cm.
.
Sabtu 8/9/2012

Jam 4.00 pagi. Masih 5 cm.

Jam 9.00 pagi. Masih 5 cm.

Jam 1.00 petang. Masih 5 cm.

Masya Allah. Mengapa rahim tak mahu membuka lagi? Saya memperbanyakkan doa kepada Allah. Memohon yang terbaik daripada Allah.

Jam 1.00 petang, abang saya  menelefon bertanya perkembangan di sana. Saya mengatakan yang rahim tidak terus mengembang. Berhenti di 5 cm.

Setelah berbincang dengan abang saya, dia menasihatkan saya untuk memberitahu doktor untuk memecahkan kutuban untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Pukul 5.30 petang, doktor memecahkan air kutuban. Dan Maria mula terasa 'contraction' yang lebih kuat.


Urat tangan Maria yang timbul akibat menahan kesakitan ketika mengenggam tangan saya. Tengok shujung jari saya, sampai jadi warna merah. Kuat tak kuat dia genggam. Beginilah 'sakitnya' seorang ibu apabila melahirkan anak. Dan saya sendiri rasa yang genggaman Maria amat kuat pada waktu itu. Pada waktu lain, dia tak akan mampu menggengam tangan saya sekuat itu.


 Selepas sejam, bukaan rahim mengembang dengan begitu cepat. Alhamdulillah. Maria di bawa ke Labour Room.

Alhamdulillah. Di Labour Room, perkembangan amat baik. Maria mula terasa seperti bayi nak keluar.

Nasihat doktor, "Teran kuat kuat macam dah seminggu tak berak".

Masya Allah. Air mata saya mengalir melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Maria pada waktu ini. Dia 'meneran' sekuat kuatnya. Dan syukur, selepas 3 kali 'push'. Saya mula nampak kepala bayi keluar. Dan selepas kepala dah keluar, semuanya mudah. Semua tali pusat keluar dan akhir sekali doktor mengeluarkan uri.


Semasa kepala bayi keluar. Doktor terus membisikkan kalimah syahadah di telinga bayi. Doktor memotong tali pusat. Kemudian, bayi dibersihkan. Dimandikan. Kemudian, diserahkan kepada saya untuk di azankan.


Bayi diletakkan di tempat yang sedikit panas. Kemudian dibuat pemeriksaan denyutan jantung.

Nasihat untuk ibu bapa sempena menyambut kelahiran bayi baru.


Maria, baru kembali ke bilik selepas bertarung nyawa untuk melahirkan bayi kami yang kedua. Terima kasih sayang. Kerana mengandung dan melahirkan anak kita yang kedua. Moga Allah merahmati sayang dengan memberikan syurga tanpa dihisab. Amin.


Bayi kami yang sedang rehat.


Ini adalah resit bayaran. Total bayaran adalah RM2170. Anda boleh klik gambar ini untuk lihat detail pecahan bayaran.

.
Alhamdulillah. Semuanya selamat. Kami pulang ke rumah jam 2.00 petang hari Ahad.


Nama Baby: Muhammad Fateh Bin Mohd Firdaus

Ia nama yang kami dah pilih sekian lamanya. Tapi, kami menghadapi kesukaran untuk meletakkan nama ini.

i) Terlalu ramai kawan saya yang meletakkan nama anak mereka Muhammad Fateh @ Muhammad Al Fateh

ii) Adik saya sendiri, bayinya baru berumur 2 bulan. Dan namanya juga Muhammad Fateh.

Entah mengapa, kami berebut nama yang sama. Mungkin kerana kami masing masing mengkagumi kehebatan Sultan Muhammad Al Fateh. Pejuang Islam yang menakluk Kota Konstantinapol.

Untuk anda yang tidak tahu siapa itu Sultan Muhammad Al Fateh? Insya Allah, akan saya ceritakan nanti. Siapakah beliau.

Semoga, Muhammad Fateh saya akan menjadi sehebat Sultan Muhammad Al Fateh. Seorang yang akan menjadi pejuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Insya Allah. Semoga Muhammad Fateh menjadi ahli syurga insya Allah.

Saya semakin bersemangat untuk mendidik Muhammad Fateh saya seperti mana Sultan Murad ( Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh ) mendidik Sultan Muhammad Al Fateh.

Amin. Doakan kami.

Wassalam.

13 comments:

  1. ALhamduilillah..

    Tahniah tuan Haji atas kelahiran putera..ana doakan akan menjadi sehebat Sultan Mohamad AL-Fateh..Insyaallah..:-)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Tn haji

    ReplyDelete
  3. MAbruk.. Mabruk Moga Allah jadi kan anak sehebat namanya Muhammad Fateh. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Salam Firdaus dan Maria
    Tahniah...tahniah :)
    Al-Fateh pun salah satu nama pilihan kami kalau ada rezeki dapat anak boy lagi. Sejarah Sultan Al-Fateh terlalu hebat dalam sejarah Islam
    Selamat berpntang pada Maria. Semoga ibu dan anak sihat selalu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah & tahniah untuk Firdaus & Maria...Semoga Muhammad Fateh akan membesar menjadi anak yg soleh & mengembirakan kan ibu-bapa.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah,

    Tahniah buat keduA IBU dan BAPA Muhammad Fateh. Ameen, ameen, ameen....mudah-mudahan doa kedua ibubapanya dimakbulkan Allah.

    Merenung gambar genggaman tangan Maria, teringat saat saya juga bertarung kesakitan yang sama. Hebatnya Allah, sakit itu hilang sebaik melihat permata hati.

    Tidak seperti sakit luka yang berdenyut berhari-hari, sakit yang ini hebatnya hanya yang menanggung sahaja tahu keajaiban rasanya.

    Salam Assalamualaikum untuk Maria, semoga cepat sembuh.

    Untuk saya diuji kesakitan itu disusuli dengan kembalinya semula dua Muhammad kepada penciptanya tanpa sempat saya memberi mereka kasih sayang dan dakapan ibu.

    Semoga Dia menggantikan apa yang telah hilang dari saya dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

    Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Tahniah atas kurnian Ilahi, semoga bertambah rezeki. Saya dan isteri akan berangkat ke tanah suci pada 20hb ni, kt13. Blog tn hj cukup membantu saya dalam melengkapkan info asas sebelum betul2 berada disana nanti, t.ksh. Kalau hj usahawan ayam, sy baru berjinak2 jd usahawan walet. Dah ada sebuah, x sampai setahun beroperasi, belum ada apa2. Mudah2an kat tanah suci nanti boleh doa byk2 supaya cepat burung masuk dan bersarang. Saya doakan bisnes hj bertambah maju dan tlg doakan serupa untuk saya. Assalam

    ReplyDelete
  8. Salam Semua,

    1) Terima kasih atas ucapan tahniah melalui emel, mesej di telefon dan di blog.

    2) Terima kasih juga atas doa yang anda berikan.

    3) Kak Misabammas, semoga Allah menggantikan dua Muhammad itu dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Dan yakinlah, mereka sekarang sedang berbahagia di Taman Taman Syurga. Sedang menanti ibu bapanya di pintu syurga nanti. Apa yang penting, redha dan tabah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Tahniah Tn Hj.
    kelahiran baby yg kedua

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah & Tahniah utk Firdaus dan keluarga

    Moga Muhammad Fateh terus mekar sesuai dgn namanya.

    dan moga terus dimurahkan rezeki olehNya.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dan tahniah buat seisi keluarga. Fateh is a very very good name indeed, dan semoga anak ini mengikut jejak langkah Muhammad al Fateh :-)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah

    Tahniah Maria dan Firdaus. Moga anak2 nya menjadi insan hebat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  13. tahniah...

    baru hari ni dapat tahu kewujudan DBM hospital

    tq for sharing

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top