Assalamualaikum,

Semalam, umur ayam saya 35 hari.

Yang menjadi masalahnya, CP sekarang ini kekurangan ayam. Mereka menelefon saya untuk mula 'menangkap' ayam saya untuk dijual semalam.

Saya 'berkeras' untuk mula menjual pada hari ke 36.

"One day can make a difference." Sekurang kurannya, RM1000.

Mula mula, Technical Manager telefon saya. Memohon bantuan untuk jual juga ayam hari ke 35. Saya agak keberatan untuk membenarkan.

Kemudian, Branch Manager pula yang call saya. Merayu untuk tangkap ayam saya juga. Mereka sudah kehabisan stok ayam. Dan ayam di tempat lain yang sama umur dengan ayam saya ada masalah. Masih kecil.

Maka, ayam saya menjadi sasaran mereka.

Kebiasaannya, kami mula menjual ayam pada umur 36-37 hari.

Selepas Branch Manger deal dengan saya, dia janji untuk tangkap ayam betina sahaja pada hari ke 35. Saya nampak ia sesuatu yang positif. Bagus juga keluarkan ayam betina dahulu.

Sebabnya, peningkatan berat untuk ayam betina agak perlahan. Kalau keluar awal ayam betina, boleh jimatkan kos dedak ayam saya. Maka, saya bersetuju. Kira 'win-win' situation.

Tangkapan Ayam

Maka, semalam 4 buah lori telah datang ke reban ayam saya. Dengan jumlah bakul sebanyak 171 bakul + 171 bakul + 152 bakul + 104 bakul. Semuanya ambil ayam betina.

Selepas ditimbang, saya lihat average berat ayam betina pada hari ke 35 adalah 1.9kg. Which is not so bad untuk ayam betina umur 35 hari.

Para pekerja saya sedang menangkap ayam. Bukan mudah untuk 'berjuang' dalam bulan puasa dengan menangkap ayam ni. Daripada 5 pekerja saya, hanya seorang yang berpuasa. Nak kena bagi duit raya lebih kat dia ni.
Ayam ayam yang sudah ditangkap dimasukkan ke dalam bakul. Siap sedia untuk di timbang.
Kerani CP yang datang untuk menimbang ayam.

Hari ini, saya akan terus berjuang. Jika semalam hanya ada 4 lori. Hari ini dijangka ada 6 lori yang akan datang menangkap ayam di reban saya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua di sini. Amin.

Wassalam

3 comments:

  1. Pn boleh tanye sikit?D farm pnh berlaku swollen kidney tak?

    ReplyDelete
  2. Salam En Firdaus.

    Saya juga berminat untuk membela ayam pedaging dan insya allah ingin membina reban tertutup saya dalam masa beberapa bulan lagi. Sekarang saya di dalam proses untuk mencari kontraktor dan pembekal anak-anak ayam juga pembekal makanan ayam.

    Bagi saya 1.95kg untuk 35 hari adalah terlalu lambat kerana makananan yang dikeluarkan dan dijual oleh seorang rakan saya terbukti berupaya untuk mencapai secara puratanya tidak kurang daripada 2kg dalam masa tidak sampai 30 hari. Mungkin En Firdaus sendiri ingin mencubanya.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan firdaus, bagaimana caranya untuk saya memulakan perniagaan menternak ayam? Bolehkah tuan membantu kerana saya tiada pengalaman dan tiada modal untuk beniaga...apakah cara terbaik untuk saya berjaya seperti tuan? Sila emailkan kpd saya di azian7475@gmail.com

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top