Assalamualaikum,

Sebiji Kelapa

Semalam, pada sebelah petang. Semasa saya keluar dari pintu reban ayam untuk pulang ke rumah. Saya ternampak pekerja saya sedang membawa masuk sebiji kelapa yang sedang basah.

"Bachu, mana you ambil kelapa ni?"

"Dalam sungai ni." Ringkas beliau menjawab.

"Bachu, you mana boleh ambil kelapa ni. Kelapa ni orang punya. Siapa punya kita tak tahu, tapi mana kita boleh ambil kelapa ni. Hak orang lain."

"Kalau kita tak suka orang lain ambil hak kita, kita jangan ambil hak orang lain"

Ia nasihat ringkas yang saya berikan kepada pekerja saya.

Walau pun kelapa itu mengalir di dalam sungai dan 'tersinggah' di depan reban ayam saya, saya tidak boleh sewenang wenangnya ambil kelapa itu kerana ia 'hak' orang lain.

Nasihat Yang Mudah

Ia selalu berlaku dalam kehidupan kita semua. Kadang kadang kita 'terjumpa' sesuatu barang yang bukan hak kita, tapi kita tanpa rasa bersalah mengambil hak orang lain.

Misalnya, di pejabat, kita terjumpa pen di atas meja kita. Terus kita ambil pen itu.

Percayalah, jika kita bersikap begitu dalam hal hal kecil.Dan bila 'amalan' mengambil hak orang lain yang kecil kecil ini 'sebati' dalam diri kita. Kita ada potensi untuk bersikap begitu untuk perkara perkara besar.

Takutlah.. Kita akan ditanya diakhirat kelak atas segala kelakuan kita.

Kisah Farees

Jika saya ke supermarket, saya biasa membawa Farees bersama. Suatu hari, Farees memberitahu saya yang dia mahu biskut yang dijual secara timbang. Saya membawa dia ke situ. Apabila saya mengambil biskut untuk dimasukkan ke dalam plastik untuk ditimbang.

Farees 'meragut' biskut itu dan mahu makan. Saya cepat cepat ambil balik biskut itu dari tangan dia.

Saya tak mahu dia makan walaupun hanya sekeping biskut tanpa haknya.

Dan saya perlu ajar dia begitu walaupun dia masih belum faham apa yang saya buat.

Saya yakin, pihak supermarket mungkin tak kisah kalau budak sekecil Farees makan sekadar sekeping biskut. Tapi, saya tak mahu ia berlaku begitu.

Saya perlu mendidik Farees untuk tidak mengambil hak orang lain.

Di Hari Yang Lain

Pernah satu hari, ketika beratur untuk timbang barang di supermarket, di tepi tempat timbang itu ada banyak biskut biskut yang dijual secara timbang.

Farees 'meronta' mahu biskut lain pula.

"Abi, Ayis nak biskut tu" Farees menjerit.

Ada seorang mak cik yang beratur di belakang saya, terus membuka penutup biskut itu dan mengambil sekeping biskut dan memberikan kepada Farees.

"Terima kasih mak cik. Tapi, anak saya tak boleh makan biskut ni. Sebab saya tak beli. Tak per, nanti saya beli untuk dia biskut yang lain" saya menerangkan kepada mak cik itu. Sambil dia meletak kembali biskut itu di dalam bekasnya.

"Farees, nanti Abi belikan biskut Oreo. Lagi sedap." Farees tenang kembali lepas mendengar Oreo.

Kisah Lain

Di supermarket yang sama, saya sering terlihat orang 'merasa' buah buahan dan makanan dulu sebelum membelinya. Misalnya, mereka mahu membeli manggis, mereka makan manggis itu dahulu tanpa meminta izin daripada sesiapa.

Ada seorang pembeli itu makan limau untuk merasa sedangkan di hypermarket, mana kita boleh suka suka makan buah yang dijual.

Mungkin, dia 'jahil' dalam hal ini. Harap kita tidak begitu.

Nasihat Saya

Jika sebelum ini, kita ada 'terambil' barang barang orang lain. Cepat cepatlah kita kembalikan barang orang itu.

Jika kita ada termakan makanan orang lain tanpa meminta izin daripadanya, perbanyakkanlah memohon ampun kepada Allah.

Kita mohon ampunlah daripada Allah dan perbanyakkanlah sedekah. Mudah mudahan. Allah ampunkan dosa kita semua.

Ringkas, mudah, tapi besar kesannya diakhirat kelak.

JANGANLAH KITA DIBAKAR API NERAKA SEMATA MATA KITA MENGAMBIL HAK ORANG LAIN TANPA HAK. SEMOGA KITA TIDAK BEGITU.

Wassalam

1 ulasan:

  1. kalau ikut hukum kelapa yang hanyut itu buleh diambil, sama juga dengan keadaannya buah mempelam jiran yang berbuah di sempadan tanah kita.... :PS jangan terpengaruh dengan riwayat israiliyatpalsu kisah pemuda yang memakan buah epal sampai terpaksa berkahwin dengan anak tuan pokok...........

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top