Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah. Berdasarkan makluman daripada abang saya. Pesakit itu sudah selamat dibedah pada hari Rabu lepas. Sekarang ini pesakit dibawah pemerhatian doktor untuk tindakan susulan.

Jumlah keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul adalah RM5680 walaupun jumlah yang dipohon hanyalah RM4500.

Jumlah kutipan daripada blog ini sekitar RM1500. Terima kasih kepada yang telah menderma dan yang mendoakan kesihatan pesakit ini.

Selepas menjalani pembedahan, rupa rupanya ada kos tambahan untuk menjalani pembedahan ini dimana mereka perlu membeli satu lagi alat tambahan. Kos IVC adalah RM4200 dan Retriever RM1200. Menjadikan kos keseluruhan RM5400.

Maka, baki RM280 yang dikutip diberikan kepada pesakit untuk membuat bayaran pembedahan kepada pihak hospital.

Apa Sebenarnya Penyakit Deep Venos Thrombosis ini?

Sebenarnya, darah pesakit ini terlalu pekat. Ada darah yang sudah membeku. Dan jika darah beku ini termasuk ke jantung atau paru paru, pesakit boleh meninggal dunia secara mengejut.

Penyelesaiannya adalah dengan memberi pesakit makan ubat untuk mencairkan darah. Supaya darah boleh berjalan secara normal dalam badan.

Masalahnya, darah tidak akan mencair secara serentak. Kesannya, akan ada darah yang membeku yang turut berjalan dalam saluran darah bersama darah yang cair. Dan jika darah beku termasuk ke jantung, ia akan tersumbat. Maka pesakit akan mati.

Bagi mengelak ini berlaku, doktor perlu memasukkan IVP ( Filter ) di dalam saluran darah utama untuk mengelak darah beku memasuki jantung. Darah beku akan tersangkut di filter ini dan lama kelamaan darah beku ini juga akan mencair dan boleh melalui filter dan berjalan ke seluruh badan seperti biasa.



 Ini gambar yang saya cari dari internet. Salur darah sebelah kiri menunjukkan ia darah yang sihat dan tidak berketul. Ia mengalir dalam badan secara normal. Gambar yang tengah pula adalah salur darah yang tersumbat akibat darah beku. Hanya sedikit darah cair dapat melalui saluran darah itu. Gambar ketiga adalah kesan yang mungkin berlaku. Di mana darah membeku terlepas melalui saluran darah ini. Jika ia ke jantung, maka pesakit akan mati.

Ini pula gambar yang diambil oleh abang saya selepas sudah memasukkan filter ke dalam salur darah pesakit. Sebelah kiri macam obor obor itulah yang kita sama sama berkongsi duit membeli untuk pesakit ini. Harga benda kecil ini RM4200. Dan ia dimasukkan melalui 'batang besi' sebelah kanan tu. Pada asalnya, obor obor ini menguncup. Tetapi selepas keluar dari retriever tu. Dia akan mengembang seperti dalam gambar. Ia berfungsi untuk menahan darah beku daripada melalui saluran darah itu.

Harap apa yang saya tulis ini dapat memberi sedikit ilmu kepada kita. Bersyukurlah kerana Allah tidak memilih kita untuk diuji dengan sakit ini.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top