Assalamualaikum,

Sebulan selepas pulang dari Tanah Suci selepas menunaikan haji, ada sepasang suami isteri yang datang ke reban ayam saya dan meminta saya untuk membina reban ayam mereka.

Memandangkan saya masih belum pernah membina reban sepenuhnya sebelum ini, saya perlu mendapatkan pandangan beberapa penternak yang lain mengenai pembinaan reban ayam sistem tertutup.

Saya merantau dari satu reban ke satu reban yang lain. Berjumpa dengan owner dan berbincang mengenai kelemahan kelemahan reban ayam mereka. Saya mahu memperbaiki apa yang terkurang sebelum ini.

Saya tidak mahu melakukan kesilapan yang sama yang telah dilakukan oleh orang lain.

Saya mahu yang terbaik untuk reban ayam yang saya bina untuk kakak dan abang ini nanti.

Gambar gambar di bawah adalah gambar gambar reban ayam yang saya ambil dari reban ayam para penternak yang lain.


Reban yang dalam proses pembinaan. Sebelum lantai dituang ke dalam reban

Pemandangan kuda kuda dan bumbung yang sudah siap dipasang



Reban sahabat yang lain yang sudah siap sepenuhnya.


Reban ini menggunakan zink. Agak panas. So, reban yang akan saya bina tidak akan menggunakan zink. Akan guna bahan lain.


Kipas yang digunakan untuk reban ini. 10 buah kipas semuanya.




Tauke reban ini selalu menjadi rujukan saya semasa proses pembinaan reban ayam



Cost saving. Guna kipas Prestin dan bata yang tidak diplaster



Kipas jenis Prestine



Reban 200'x40'x 1 tingkat. Walaupun buruk, ada suatu keistimewaan pada reban ini yang menjadikan ia sejuk. Idea ini akan digunakan di reban baru nanti.


Reban yang baru di bina. Semasa melawat, tuan reban tak ada. So, ambil gambar dari luar sahaja.


Contoh gambar reban ayam yang baru siap. Di dalam reban. Reban ini juga selalu dijadikan rujukan saya bila saya ada masalah.


Tong tong yang sudah di pasang. Reban ini baru siap.




Reban ini walaupun uzur, tetapi saya masih mendapat ilmu daripada struktur bangunan ini. Banyak lagi yang boleh diperbaiki dalam reban yang akan saya bina nanti.

Jika anda perhatikan, saya tidak menyatakan nama dan lokasi reban reban ayam di atas. Ini adalah untuk menjagai privacy tuan reban itu sendiri.



Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, reban ayam bukanlah tempat untuk dilawat. Ia kawasan larangan. Dan kebanyakan reban ayam tak suka reban mereka diziarahi. Atas dasar ini, saya tak boleh menceritakan kepada anda semua lokasi lokasi reban ini. Saya memohon maaf.

Siapa punya reban tak penting. Yang penting, anda dapat perhatikan struktur reban ayam itu sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda mengenai reban ayam sistem tertutup.

Wassalam

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan Haji.

    Terima kasih atas info terkini. Jika perniagaan kontraktor reban ni berkembang sampai ke melaka, sudi2 la info kat saya ye.. Insya Allah, saya akan mnggunakan khidmat Tn Haji.

    ReplyDelete
  2. reban yang firdaus kata sejuk tu pasal ada gap dalam 1kaki antara siling dan atap ke?

    k.ros k.trg

    ReplyDelete
  3. untuk 1 ekor ayam brape kaki square diperlukan. Standard size reban brape kaki panjang & lebar?

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top