Assalamualaikum,
Selepas mencapai persetujuan antara saya dan owner berdasarkan sebut harga yang saya beri, owner mula membayar first payment sebanyak 40% kepada saya.
"Abang, abang jangan takut bila abang bagi duit sebanyak ni kepada saya. Insya Allah, saya akan cuba buat yang terbaik untuk abang. Sebenarnya, sekarang ni saya tengah takut. Saya takut kalau saya tak amanah dengan duit yang abang berikan kepada saya ni. Maksud saya, saya takut kalau saya tak buat untuk abang seperti mana yang saya janji dalam kontrak ni. Di akhirat esok, Allah akan tanya saya kalau saya buat tak ikut perjanjian dengan abang", saya memberitahu kepada Abang Agus.
Sebenarnya, saya memang takut.
Sebagai kontraktor, banyak ruang untuk saya 'menipu'. Saya boleh memberikan kepada tuan reban barang yang kurang kualiti tanpa diketahui oleh tuan reban. Tapi saya tak mahu buat begitu. Saya takut, di akhirat nanti Allah akan mencampakkan saya ke dalam api neraka sekiranya saya menipu secara halus ni.
Saya berjanji dengan Abang Agus dan Kak Faz, "Saya janji dengan abang, saya akan guna barang yang baik untuk reban abang dan kakak. Dan saya akan buat reban sepertimana saya buat reban ayam saya sendiri. Kalau saya tak mahu orang lain guna barang yang tak elok untuk reban saya, saya pun tak mahu guna bahan yang tak elok untuk reban abang."
Itu komitmen saya kepada mereka. Dan itu janji saya kepada Allah.
Dan sekiranya ada sedikit terkurang yang saya lakukan berbanding apa yang saya janjikan, saya akan gantikan dengan benda lain untuk reban itu lebih dari yang sepatutnya.
Tugas saya bermula sekarang.
Saya berdoa dalam solat saya, "Ya Allah, permudahkanlah aku untuk mencari barang barang untuk membina reban ini. Doronglah hatiku untuk pergi beli di kedai yang boleh menawarkan harga yang terbaik untukku. Jauhilah aku daripada ditipu oleh orang lain dalam proses pembinaan reban ini. Bantulah aku ya Allah"
Ini penting. Saya mahu segala tindakan saya dibantu dan didorong oleh Allah.
Saya mula membuat pencarian barang barang di hardware hardware sekitar Kuala Kangsar, Taiping dan Parit Buntar.
Setelah membuat semakan hampir di 7 hardware, saya membeli barang yang diperlukan untuk membina reban ayam.
Syukur Allah permudahkan.
Spesifikasi untuk reban ayam ini adalah 360' x 50' x setingkat. Menggunakan tiang konkrit dan kuda kuda besi. Dan menggunakan atap Aloi Zink.
Setelah ditempah dan membuat bayaran, satu persatu barang mula sampai ke tapak reban di Kuala Kangsar.
Satu hari kerja saya berlalu.Dan kerja masih tidak selesai. Saya masih tidak dapat 4 segi tepat seperti yang saya perlukan. Step ini amat penting, kalau saya tersalah buat empat segi ni, reban saya nanti akan senget. Dan segala kerja kerja selepas ini akan jadi susah.
Pulang ke rumah, di sebelah malam. Saya menunaikan solat Hajat. Dan seawal jam 5 pagi, saya bangun sekali lagi menunaikan solat Tahjud dan Solat Hajat.
Saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku ada masalah sekarang ini ya Allah. Dah seharian aku cuba buat 4 segi di reban tu, tapi tak dapat ya Allah. Aku mohon kepada Mu, Kau bantulah aku ya Allah."
Keesokkan harinya, saya pergi ke tapak reban itu. Sepanjang perjalanan. Saya berdoa dan berselawat kepada Rasulullah. Berniat di dalam hati. "Ya Allah, permudahkan urusan ku hari ni. Bantulah aku hari ini"
Saya mulakan kerja saya di reban dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha. Berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah. Menjelang tengah hari, segala kerja saya untuk buat 4 segi di reban selesai.
Saya sujud syukur kepada Allah.
Maka, kerja kerja lain boleh diteruskan setelah masalah 4 segi ni diselesaikan.
Amin.
Wassalam
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING

Mula mula, tiang konkrit dan bata yang sampai dulu |
Kayu 2"x4", kayu 2"x1" dan beberapa saiz lagi |
Simen |
Bata |
Zink |
Lori yang agak besar masuk ke tapak. Agak sukar untuk lori ini bergerak di tapak reban dengan kawasan yang terhad. |
Proses menurunkan zink bermula. |
Proses menurunkan C Channel. Bukan mudah untuk turunkan dalam kuantiti yang banyak ni |
Tapak Reban yang sudah tersedia |
Satu hari kerja saya berlalu.Dan kerja masih tidak selesai. Saya masih tidak dapat 4 segi tepat seperti yang saya perlukan. Step ini amat penting, kalau saya tersalah buat empat segi ni, reban saya nanti akan senget. Dan segala kerja kerja selepas ini akan jadi susah.
Pulang ke rumah, di sebelah malam. Saya menunaikan solat Hajat. Dan seawal jam 5 pagi, saya bangun sekali lagi menunaikan solat Tahjud dan Solat Hajat.
Saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku ada masalah sekarang ini ya Allah. Dah seharian aku cuba buat 4 segi di reban tu, tapi tak dapat ya Allah. Aku mohon kepada Mu, Kau bantulah aku ya Allah."
Keesokkan harinya, saya pergi ke tapak reban itu. Sepanjang perjalanan. Saya berdoa dan berselawat kepada Rasulullah. Berniat di dalam hati. "Ya Allah, permudahkan urusan ku hari ni. Bantulah aku hari ini"
Saya mulakan kerja saya di reban dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha. Berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah. Menjelang tengah hari, segala kerja saya untuk buat 4 segi di reban selesai.
Saya sujud syukur kepada Allah.
Maka, kerja kerja lain boleh diteruskan setelah masalah 4 segi ni diselesaikan.
Pekerja mengangkat tiang ke tapak reban. |
Alhamdulillah. Masalah awal saya dapat diselesaikan. Semoga Allah terus mempermudahkan urusan saya selepas ini.
Amin.
Wassalam
===============================================
Adakah Anda Berminat Menceburi Bidang Ternakan Ayam Daging Secara Komersial?
Ikuti Kursus Ternakan Ayam Secara Online Yang Saya Buat.
Untuk makluman anda, semua video ini diletakkan di Youtube secara Unlisted. Semuanya ada 32 siri Video yang saya dah pecahkan ikut topik.
Saya dah berjumpa dengan terlalu ramai orang yang bertanya itu dan ini mengenai bisnes ayam. Jadi saya buat video untuk bagi anda mudah faham macam mana nak mulakan bisnes ini.
Cuba baca satu persatu tajuk yang saya dah buat. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda boleh beli Video Kursus Ternakan Ayam Daging ini.
Tengok dulu tajuk tajuk ini, adakah ini yang anda cari?
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING
Atau Whatsapp Saya Di 019-5782515
Video ini BERBAYAR YER. Bukan Percuma. Harap maklum.
Semoga impian anda menjadi penternak ayam dipermudahkan Allah.
Mohd Firdaus Mat Saad
Penternak Ayam Daging Sejak 2005
Kapasiti Ayam 120,000 Semusim
Kontraktor Reban Ayam
Konsultan Ternakan Ayam Daging
Assalam,
ReplyDeleteSemuga di rahmati Allah.
Tahniah tuan haji.
Semuga di permudahkan Allah.
Assalamualaikum Tuan Firdaus,
ReplyDeleteSy tlah lma mngikuti blog ini,alhamdulillah byk bnde dpt dplajari..
teruskan dgn usaha tuan,smuge berjaya..
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteWah2, patutlah lama senyap je. RUp2nya ada orang nak ternak ayam pula ya. Hehe
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
Assalamualaikum Tn Haji,
ReplyDeleteTahniah. semuga Allah permudahkan dan besarkan lagi rezeki tuan hj. Tajuk blog ni kena tukar ke Kontraktor Reban Ayam.
Assalamualaikum tn haji. Moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah.
ReplyDelete