Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Ayam semuanya dah pun selamat dijual. Mlm tadi pukul 9 mlm lori terakhir keluar dari pintu reban menuju ke Kelantan...

Hari ni plan CP jadi caca merba. Plan asal CP akan hantar 5 lori ke reban ayam sy. Alih alih ada miscommunication antara CP ngan customer. Customer tu bawa lori tambahan. Dia kata dia dah book dengan CP. Yg jadi masalahnya, kalau bagi lori tambahan ni tangkap ayam, nanti akan ada lori lain yg datang kemudian yg ikut plan tak dapat ayam... Ni kes berat ni...

Lepas di kautim, CP bagi juga customer ni tangkap ayam utk lori tambahan. Cumannya bilangan ayam dikurangkan dari 8 ekor sebakul kepada 7 ekor sebakul. Aduh.. tak pernah pernah sy masukkan 7 ekor sebakul. Biasanya sebakul 10 ekor.

Dan akibatnya, satu lori CP kena adjust masuk ke reban lain. Dan lori terakhir yg datang ke reban sy tak dpt ayam yg mencukupi. Dia bawa bakul 12o bakul, tapi yg dapat hanya 75 bakul saja, nasib dia la. Yg penting, ayam sy dah habis.... Lega rasanya.. So, mulai esok.. Sy akan start cuti utk 50 hari. Mula kerja masa nak tangkap ayam next cycle... Hehehehe... jangan marah yer... ( Maria jealous aja, sian dia.. Bekerja keras dari awal pagi, pukul 6-7 petang baru sampai rumah, sy pulak "terpaksa" berehat di rumah sambil main main ngan Farees ).

Rasanya cukup la dulu setakat ni. Esok ada customer yg nak datang untuk ambil baja taik ayam. Alhamdulillah, last minute ada gak org yg order. Cun cun pulak tu. Bilangan yg dia order dengan baki baja taik ayam sy yg belum ditempah... Lega rasanya...

Wassalam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top