Assalamualaikum,

Hmm... setiap minggu sy akan terima 1-3 emel yg bertanya sy pasal ayam. Macam2 yg ditanya. Kebanyakan soalan yg tanya sy, dah pun sy ceritakan dlm blog sy ni. Cumanya, pembaca tak baca habis entry2 sy yg terdahulu dan tanya soalan2 yg sama. Sebab tu, sy nak minta maaf kepada sesetengah yg hantar emel kpd sy, ada yg sy tak jawab. Dan ada yg sy jawab, tapi sy minta refer balik kepada entry2 sy yg terdahulu. Semuanya sy dah cerita pun...

Cumanya, kalau yg bertanya tu betul2 berminat dengan industri ayam ni, dia pasti akan baca setiap entry sy yg terdahulu. Dia akan dapat jawapan kepada soalan2 yg dia tanya dlm emel tu. Dan kalau yg bertanya tu sekadar nak bertanya, bila sy suruh baca entry2 terdahulu dia tak akan baca. So, kita boleh bezakan antara org yg betul2 minat nak buat dan yg saja2 nak tanya.. Jadi, tak lah sy perlu menjawab soalan yg sama setiap kali.

Kepada yg tanya sy, dan sy minta refer entry2 terdahulu tu. Bukan sebab sy tak nak tolong, tapi sy nak org yg bertanya tu baca satu persatu entry pasal ayam ni. Tahu dulu selok belok industry ni, dan kalau betul2 berminat dan nak tanya soalan yg sy tak ceritakan lagi dlm blog ni, boleh contact sy utk detail. Sy bersedia membantu sekadar yg termampu.

Bayangkan, ada yg contact sy melalui emel, then kata nak no phone sy sebab nak call. Betul betul berminat dlm ternakan ayam. Bila sy bagi no phone, mula mula cakap ok la. Macam2 tanya... Dan soalan terakhir macam ni "Abg, sy kagum la dgr cerita abg ni.. Kalau boleh sy nak jadi macam abg. Abg, macam mana sy nak buat macam yg abg buat skrg ni, tapi sy tak ada modal dan sy tak ada tanah utk buat reban?"....

Perghh.... ni kes kes tak baca entry2 sy yg terdahulu la... Bila dah beberapa kali terkena macam ni, sebab tu la sy kurang minat bagi no phone sy. Kalau boleh, tanya melalui emel dulu. Kalau sampai satu tahap sy rasa perlu berhubung melalui telefon, then sy akan bagi no phone sy. Kalau tak, berhubung melalui emel saja la..

Ni belum sy cerita org yg datang ke reban sy dan bertanya pasal ayam. Setiap kali org datang, masa yg sy spend almost 2 jam setiap kali ada org datang. Macam2 yg ditanya dan macam2 yg nak diterang. Kalau beberapa org, tak pa la... Sy dah ternak ayam dlm 5 tahun. Sy rasa dah lebih 150 org yg datang jumpa sy secara personally dan tanya sy pasal ayam. Last2 2 org aja dari yg beratus2 ni yg bela ayam.

Bila sy tulis ni, bukan sy bermaksud nak menghalang sesiapa yg berminat utk contact sy, cuma sy berharap mereka yg berminat ni dah betul2 faham pasal industri ni. Dah baca semua entry2 sy... Dah faham apa yg perlu di tanya dan apa yg tak perlu ditanya.... Sy seribu kali sudi membantu mereka yg betul2 minat dan ada kemampuan dari segi fizikal, mental dan yg paling penting kewangan. Jgn takut, sesiapa yg dah pernah datang jumpa sy, insya Allah sy akan ceritakan sebaik yg mungkin... So, jgn takut utk emel sy utk tanya soalan. Tapi pastikan soalan2 tu belum ada lagi dlm entry sy.

Sy rasa cukup dulu untuk entry kali ni... Nanti sy sambung lagi..

Wasalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top